Monday, August 10, 2009

cabaran & tercabar

Salam untuk semua anak-anak pelatih,ada yang kondem blog saya tak menarik.tak ramai yang minat.Bagi saya tu tak penting. Yang penting saya dapat meluahkan rasa hati,dapat berkongsi segala pengalaman dan ini cukup menjadikan saya lebih dan gembira.Awet muda tau. Jika ada yang baca blog ini, mungkin dia dapat sesuatu atau mungkin tidak. terserah pada yang membaca. Semua ni kan subjektif.

Anyway,saya nak kongsi juga pengalaman terkini. Anak-anak pelatih PISMP MT Sem 2, merancang Projek Bina Insan Guru mereka di Kuala Tahan, Pahang. Saya yang yang menjadi pencetus idea. akhirnya atas rasa tercabar mereka berjaya melaksanakan Projek ini.7 Ogos saya,bersama 2 pesyarah lelaki dan 27 orang bertolak ke Kuala Tahan. 7 jam perjalanan amat mencabar.Untuk sampai kami menyabung nyawa dengan keadaan bas yang teruk(bas lama, bas baru pelajar Thailand lebih istimewa. Inilah kera diutan disusukan, anak dirumah dianaktirikan). Pelatih merungut saya jawab caaaabaaarannn. Hehehe macam cite P.Ramlee lak.Yang bestnya bila sampai Jerantut Ke Kuala Tahan, jalan dahlah kecik, berliku-liku, driver bas memandu macam orang yang sedang tunjuk bakat untuk 'race'. Yang dalam bas,9 orang 'muntah belilah.'(kata orang nogori).Berhenti tepi jalan meredakan situasi. Pujuk saya caaabaaraan. Anak-anak pelatih jawab terrrcaaabaaar,saaabaar! Maka jadilah dialog ini lawak bodoh kami bagi menghilangkan stress. Nak jadi cerita, bas yang tak de hawa dingin, hujan pun turun dengan lebatnya.Maka kami teruskan perjalanan dalam tempias hujan sebab cermin tingkap tak boleh ditutup.'Side mirror" pulak tu macam nak jatuh je,kejap-kejap kena betulkan,sebab tak nampak kat kiri dan kanan.Hanya Allah yang menyayangi Hambanya sahaja yang memberikan banyak ujian seperti ini. dan kami akhirnya sampai ke destinasi dengan penuh cabaran tapi puas dan gembira.Itulah kekuatan rombongan ini. Sambung nanti pengalaman di Kuala Tahan

Monday, August 3, 2009

you are a teacher , i am a counselor

2 pekerjaan yang berbeza dari segi sebutan dan ejaan tetapi mempunyai persamaan dari segi tugas dan sumbangan.Hari ini, kejutan buat saya. Berbagai rasa, berbagai fikiran yang terpacak dibenak . Sedih, terharu, sayu, kesal dan ntah semuanya bercampur gaul.
Seorang kaunselor selalu membantu kliennya dalam pelbagai masalah yang dihadapi, mendampingi dan menyelami situasi demi untuk memberikan perkhidmatan yang berkesan.Tapi hari ini bila membaca 'you are a teacher' dalam blog anak sendiri, hati terkilan yang amat sangat. Terkedu pun ada. Selama ini saya anya melihat orang lain , membantu orang lain, memberikan 'inside touch 'yang mendalam kepada orang lain, akhirnya anak sendiri terlepas pandang. Membaca'you are a teacher' ckp untuk menggambarkan betapa kesunyian dan keseorangannya dia dalam perjalanan hidup sejauh 22 tahun.Cukup utk memberikan maknya bahawa sepanjang perjalanannya hanya kosong, tampa sesiapa yang menemani dan dia mengikut arus tampa memperdulikan bahawa dia sendiri mempunyai potensi yang sangat tinggi dan mampu utk digagumi oleh orang lain. tapi malangnya, saya tidak pernah memberikan cukup masa utk menyelaminya seperti menyelami klien saya, memahaminya seperti memahami klien saya dan memberikan 'inside touch' yang sebaiknya sebagaimana yang dimiliki oleh klien saya.Sedihnya saya, terasa amat terpukul apabila berdepan dengan kelemahan diri di tangan anak yang disayangi.Wahai kaunselor semua muhasabahlah diri secepat mungkin, jangan jadi seperti saya.Wahai pelatih-pelatih bimbingan dan kaunseling, jadilah guru bimbingan yang terpilih dan perbaikilah diri dan keluarga terlebih dulu sebelum kita cemerlang di luar tapi kecuncang di dalam rumah sendiri. Wahai anak, maafkan mak,terima kasih atas tulisan mu yang menyedarkan mak. Inshaallah kita mungkin tidak mampu saling meluahkan bila berhadapan tapi melalui tulisan ini kita mungkin boleh berkongsi segala rasa agar kesilapan dapat diperbaiki,agar luka dapat diubati.Sayang mak utk anak tersayang hingga ke akhir hayat.

Wednesday, July 29, 2009

Yang menarik dan yang menakutkan

H1N1 sesuatu yang panas diceritakan. Organisasi saya tidak terkecuali.7 hari diberi rehat. Barangkali masa ini cukup panjang untuk kita muhasabah diri.Cukup untuk kita menahan sabar dengan ujian yang diberi.Lapang kepala , dapat berehat dari rutin harian yang selalu memenatkan. Tapi..terpikir juga untuk berkongsi suasana H1N1. Dulu masa kecik-kecik bila cikgu tanya apa cita-cita, kita jawab nak jadi doktor. Bila besar tak jadi pun doktor. Hari ini dapat juga merasa jadi doktor dan berada di suasana macam kat hospital. Pengamalan bersama pelajar yang di kuarantin, bersama doktor dan jururawat sambil memakai topeng ,tidor dan melawat bilik kuarantin agak menarik kerana tidak akan ada ke dua kalinya. Rata-rata ada yang takut bagai nak gila, tengok muka pelajar yang dikuarantin pun macam tengok hantu.Malah kalau diberi pilihan nak tengok hantu ke nak tengok orang yang suspect pembawa H1N1. Jawapannya mesti tengok hantu. Itulah yang menarik tentang persepsi manusia. sedangkan kalau Allah kata ni bahagian kau, tak campur pun kita boleh dapat H1N1.



Tu yang menarik, yang menakutkan pula bila saya dipanggil ceramah untuk IPK Negeri Melaka.Tajuknya je dah takut Pengurusan Stress. Lagi takut bila audiennya 100 orang IPK Negeri Melaka.Takut tadi menjadi stress bila panggilan untuk dapatkan persetujuan boleh ke beri ceramah lebih kurang tak sampai 24 jam.Kira-kira bidan terjunlah.Tapi...dek dah tau sakitnya kecewa, kita taknaklah kecewakan orang. Terima sebagai satu takdir kita untuk hari itu.



Ceritanya...hari yang ditunggu pun tiba. 1.45 ptg di dewan audotirium IPK Melaka. Cantik dan besar. Gerun hati. Tunggu punya tunggu 2.30ptg baru ada peserta. 100 yang dijangka adalah 40 orang yang datang. Semua beruniform kemas. Tak pelah, nilah rezeki. Ceramah pun bermula. Confident menyampaikan terus jadi tak Confident bila audien nak gelak pun takut. Senyum payah sekali. Lawak pandai tak gelak, lawak bodoh lagi tak gelak .Ingat nak selang seli dengan content agar tak ngantuk.Dalam ati ngumpat juga, patutlah stress tak gheti nak gelak. Lalu jadilah ceramah macam kat kelas.Strait to the point. Terpikir juga dalam ati, agaknya orang beruniform ni tak tau gelak ke? Mungkin kot. Dah dilatih untuk serius seumur idup. Tapi minum kat kedai kopi retilak gelak-gelak. Jadi..kesimpulannya memang takut beri ceramah kat orang beruniform. Uniform melambangkan kuasa....Berkuasakah kita? atau ada yang lebih berkuasa? Lu....pklah sendiri....kata Nabil.

Sunday, July 19, 2009

pengalaman menarik











14-17 Julai di Astana Hotel,Port Dickson satu penglaman yang menyeronokkan bagi saya.Kursus Perkhemahan Pemimpin PPIM Lanjutan mengajar kami tentang pentingnya menjadi guru serba tau. Dalam kursus ini walaupun tidak tidor di khemah tetapi peluang untuk memasak makanan tengahari bermenukan,nasi dalam buluh,ayam dan sayur dalam buluh,telur dalam bawang, telur dalam kentang,roti bakar, ikan sangat menyeronokkan. Pengalaman 15 tahun di sekolah rendah cukup memberi manafaat kerana di sekolah rendah kami telah biasa dengan kehidupan serba kekurangan.Mesin rumput bila ada pertandingan bola, buat garisan padang bila nak sukan, mendirikan khemah bersama anak-anak kecil bila musim perkhemahan pengakap dan pandu puteri dll survival yang kami lalui cukup mengajar kami independent bila berada di IPGM sebagai pensyarah. Jadi pengalaman inilah yang dapat membantu kami mengajar bakal-bakal guru dengan lebih kreatif dan inovatif.Jadi, guru-guru pelatih sekelian timbalah ilmu sebanyak yang mungkin sebelum menjadi guru kerana dengan ilmu inilah kita dapat mendidik anak-anak di sekolah dengan sebaik mungkin.

Saturday, July 11, 2009

P&P berkesan

Salam sayang untuk yg mengikuti saya.Dua perkara menarik yang hendak saya kongsikan bersama anda semua.Pertama P&P berkesan dan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.Sebagai seorang pendidikan kedua-dua aspek ini sangat penting dan perlu dititikberatkan sepanjang kerjaya kita.Kenapa?

Pertama,kita berhubung atau berurusan dengan manusia.Manusia yang masih mentah,yang belum tahu membuat keputusan untuk masa depan mahupun permasalahan yang dihadapinya.Pendekatan dulu jauh berbeza dengan pendekatan sekarang, Dulu,ibubapa datang sekolah,bawak rotan dan sertah pada guru. Pukul dan didiklah anak mereka asal jangan patah dan buta. Mudah sungguh dan istimewanya kepercayaan yang diberikan kepada guru.Namun kini, pendekatan lebih humanis.Tak boleh sentuh,jeling pun satu penderaan mental kepada pelajar dan boleh didakwa.Begitu delimanya guru masa kini.Tapi..itu bukan ukurannya,yang penting kita melayani setiap insan yang berada di hadapan kita seadanya, kerana mereka pelbagai potensi ,pelbagai latarbelakang, pelbagai didikan dan budaya,yang perlu difahami dan didekati. Mereka ini perlu diterokai perkembangannya dan dibimbing ke arah yang tepat agar kita sebagai pendidik tidak memusnahkan anak didik kita sendiri.

Bercerita tentang P&P berkesan pula , 11 Julai lalu saya dipanggil oleh sebuah sekolah untuk menyampaikan ceramah P&P berkesan yang lebih kepada refreshment kepada guru di sekolah. Maka terpikir saya satu perkara, setelah hampir 25 tahun berkhidmat sebagai pendidik apa yang saya lalui ialah saya selalu rasa kekurangan dan sentiasa untuk berusaha meningkatkan prestasi. Saya tidak pernah merasa puas dalam P&P yang saya jalankan. Satu saja peringatan saya, pelajar sekarang semakin canggih,semakin advanced dari dari kita.Jadi sentiasalah kita sebagai guru bersedia, supaya kita tidak ketinggalan. Wujudkan kelas yang kondusif kerana tarikan di rumah lebih kuat dari sekolah, gunakan pelbagai kaedah dan teknik, pelbagai bahan yang menarik agar pelajar tidak bosan .Apapun kita lah pendidik yang mencorakkan masa depan pelajar-pelajar. Ingatlah kita guru,kalau kita ada 30 tahun perkhidmatan lagi, kita mengajar satu kelas yang ada 30 orang murid setahun,darablah,berapa ramai yang akan kita corakkan ke arah kejayaan, atau ke arah kemusnahan.Lu pklah sendiri seperti kata Nabil.

Wednesday, July 8, 2009

Jangan bermain dengan kata-kata

Hari ini satu yang menarik berlaku bila saya menyelia pelatih saya. Katanya ada rumous mengatakan guru pelatih bimbingan kaunseling berlaku kurang ajar dengan guru pembimbing.Laporan kononnya disampaikan kepada Unit Praktikum dan nama pelajar berkenaan telah dihantar ke HEP. Aduh sakitnya dadanya mendengar cerita ini. Kenapa boleh jadi begini?Tak cukupkah ilmu dan tunjuk ajar ,peringatan yang diberi sehingga perkara seumpama ini boleh berlaku?

Saya menyusur perjalanan rumous ini.Saya hubungi individu2 yang terlibat.Jauh saya menyusur.Semua menafikan,semua berkata tidak tahu dan tidak pernah dengar rumous ini.Akhirnya saya buat andaian sendiri, inilah padahnya jika bermain kata-kata. Memang sedap mengeluarkan kata apa yang terlintas difikiran tetapi kesannya memakan banyak orang dan ruang.Jadi peringatan saya,jangan main-main dengan kata-kata. Betul kata orang tua-tua 'menganga dulu sebelum mengeluarkan kata-kata' yang bermaksud ambil masa berfikir sebentar sebelum meluahkan apa yang difikirkan. Oleh itu,harapan saya kepada 20 orang pelajar kaunseling yang dikasihi, hati-hati dengan sesiapa sahja sepanjang praktikum ini dan sepanjang perjalanan hidup, tak semua yang baik itu permata, yang cantik itu berlian. Jadi hati-hatilah.

disiplin penjawat awam

salam sayang untuk pembaca semua, terutama pelajar-pelajar saya dan rakan sejawatan. Saya baru balik dari kursus etika penjawat awam. satu kursus yang menarik dan banyak memberi ilmu. Kalau sebelum ini saya membaca tentang etika penjawat awam untuk peperiksaan ptk sahaja tetapi sekarang perlu lebih memahami tentang etika dan hukuman tatatertib penjawat awam demi tugas , diri dan bimbingan pada pelajar-pelajar agar tidak melanggar disiplin/tatatertib penjawat awam. nampak mudah,kecil,remeh tapi memberi kesan yang besar pada profesyen kita. contoh hukuman surcaj kadang-kadang nilainya hanya rm1 tetapi bila direkodkan kedalam buku rekod perkhidmatan kesannya melibatkan kredibiliti kita serta hal-hal berkait kenaikan pangkat dll.

so hati-hati dalam tindakan,pergaulan ,personaliti dan kata-kata.

Salam sayang untuk semua

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin