Sunday, January 12, 2014

CERITA SEORANG KAWAN-i

Lama aku tak update blog ni. Bukan apa dah tak tau nak tulis apa lagi. Tapi bila seorang kawan aku ni datang ke rumah aku setelah hampir 5 tahun tak berjumpa memberi aku idea untuk menulis semula. Tu pun setelah meminta kebenaran dari nya.

Mula-mula aku nak bercerita serba sedikit tentang kawan aku ni. Aku kenal dia semasa sama-sama belajar di UKM. Umur lebih kurang sebaya. Rupa hampir-hampir seiras. Kawan-kawan panggil kami kembar sebab tak berenggang. Pergi UKM sama-sama naik kapcai, peperiksaan duduk dekat-dekat, keluar awal masa peperiksaan sama-sama. biasa aku keluar dulu dia akan ikut keluar. Aku kenal keluarga dia dan begitu sebaliknya. Aku namakan dia Rawana-watak antagonis dalam Hikayat Ramayana.

Rawana-seorang kaunselor yang boleh dikira hebat. Seorang periang, mudah membantu orang lain, suka menyanyi, seorang pendengar yang baik disebalik raut wajahnya yang brutal hehehehe. Orang yang tak kenal dia, akan seram sejuk bila berhadapannya dengannya. Orang selalu kata dia sombong tetapi sebenarnya dia seorang happy go lucky, peramah dan boleh ke tepi dan ketengah. Ramai yang dah kenal akan suka dengannya. Kutuklah dia, keji lah dia, hinalah dia- paling kuat dia akan senyum dan tersengih. Yang pasti Rawana seorang yang sangat misteri. Serapat mana dengannya, banyak yang disembunyi dan dipendam kerana dia penuh rahsia. Dia akan menjawab soalan-soalan dengan penyataan yang menimpulkan persoalan-persoalan lain. Dalam kata lain jawapannya menimbulkan pertanyaan.

Semasa belajar di UKM, dia pernah mengangkat seorang rakan wanita mengandung yang pengsan dari tingkat 3 besahaja je  kerana ambulan dan tunggu kat bawah tapi masalah nak usung guna strecher. Dah hampir 10 tahun peristiwa tu belaku, perempuan tu baru tahu, Rawana yang angkat dia ke bawah.

Semasa di sekolah rendah, dia dikenali sebagai ' the singing teacher" kerana suka menyanyi. Murid-murid takut dengannya kerana sangat tegas dan berjalan sekeliling sekolah dengan rotan. Rawana sanggup pertahankan rakan sejawatnya. Dua orang guru besar hendak ditumbuk dan ditamparnya kerana memberi arahan yang bukan-bukan kepada guru-guru. Orang PPD atau nazir pun sanggup dilawannya. Pernah ketua nazir dicabarnya  ke sekolahnya untuk pantau dan berdiskusi tapi sehingga dia bertukar sekolah, ketua nazir tak juga datang-datang. Rawana boleh dikategorikan sebagai "gila" yang "workoholic". Dia berada di sekolah dari 6.30 pagi hingga 10.00 mlm. Tidur di sekolah adalah perkara biasa baginya. Sekolah yang berhantu kononnya tak jadi masalah sebab hantu-hantu takut padanya.Pernah ke sekolah jam 3.00 pagi memantau jaga. Beberapa kali jaga terperangkap dengannya. Rawana seorang Penolong Kanan yang menjiwai kerjanya tetapi dibenci oleh guru-guru kerana sifat gila kerja.

Banyak ideanya biasa-biasa je tetapi dilaksanakan secara luar biasa. Guru-guru tak dapat mengikuti caranya. Ada yang mohon berpindah. Rawana akan bantu cikgu tersebut bertukar dan dia akan pastikan guru tersebut dapat sekolah yang dikehendakinya. Dia akan ke PPD berunding sampai dapat. Dia boleh warning pegawai PPD "kalau cikgu saya tak dapat tukar ke sekolah tu saya akan tahan cikgu ni di sekolah saya sampai dapat" Pernah seorang cikgu bermasalah ditempatkan di sekolahnya. Bila  pegawai PPD pantau dan bertanya tentang guru tersebut dia bertanya pada pegawai PPD, " Apa masalah cikgu ni? Dia tak de masalah pun. Buku rekod tak buat? Kat sini dia buat- check la kalau tak percaya. Datang lambat? Kat sini dia kena balik lambat- tanya murid-murid kalau tak percaya. Ok je. Mungkin Guru Besar sekolah lama dia yang bermasalah sebab tak tau handle masalah. Masalah kecik je " hahahaha gila betul Rawana ni. Rawana pernah menyuruh  dua kumpulan nazir persekutuan yang datang menyiasat kes di sekolahnya. "kalau tuan-tuan datang ke sini untuk mencari kesempurnaan, pergi balik, balik lah dari membuang masa kat sini. Di sini tak sempurna tetapi kami cuba menjadi sempurna. Allah sentiasa menguji sebab tu iblis dan syaitan masih wujud hingga hari kiamat" Terkedu nazir-nazir tersebut.

Pernah memohon kenaikan gred tetapi ditolak oleh panel PPD dengan memulangkan borang permohonannya. Rawana pergi ke PPD bertemu pegawai tersebut "Jangan hina saya dengan pulangkan borang permohonan saya. Kalau saya tak layak, buang kan je borang tu. Tak pernah dalam sejarah, permohonan ditolak dengan memulangkan borang semula" Sejak itu Rawana sambung belajar dan belajar dan belajar.

Semua guru besar yang ditempatkan di sekolahnya, diingatkan agar berhati-hati dengan Rawana- penolong kanan "gila" tetapi semua guru besar seronok bekerja dengan nya sebab sekolah terkawal. Rawana oh Rawana apa jenis manusia kau ni. hahahahaha

Walaupun Rawana dalam kategori tak disukai dan "gila" tetapi dia pernah dicalonkan untuk anugerah khidmat cemerlang sebanyak 5 kali dan mendapat anugerah tersebut sebanyak 2 kali.

Ini lah Rawana yang aku kenal.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin