Sunday, January 12, 2014

CERITA SEORANG KAWAN III

Mungkin satu kebetulan. Kami berkahwin pada bulan dan tahun yang sama. Isteri kami meninggal dunia pada tahun yang sama. Rawana lelaki misteri kali ini bercerita tentang diri nya tanpa aku pinta. Aku jadi pendengar yang paling setia.

Walaupun raut mukanya yang brutal, garang dan sukar senyum dia mempunyai taman dalam hati. Suka menulis sajak, Hari tu dia serahkan cd yang mengandungi  sajak-sajaknya. "Woi, wa tak sangka lu jiwang jugak la bro hahahaha" aku terjah dia. "You under estimate  me, wa ada perasaan halus jugak la. Lu ingat wa ni ganas sangat sangat ke hahahaha." balasnya. Aku ambil laptop dan baca sajak-sajaknya hingga ke sajak Monolog Suami Bangang aku terhenti. "Apa crita ni bro?" tanya aku. Dia tersengih macm kerang busuk.

Rawana- manusia misteri menyingkap cerita yang lama dia pendam. Rupa-rupanya dalam gelak ketawanya, riak cerianya tersimpan kisah yang menyayat hatinya. Rawana yang "gila" rupa-rupanya menyimpan duka sekian lama, Semua gerak laku yang happy go lucky, selalu menyanyi, gelak tawanya dan sifat workoholic adalah untuk membalut lukanya.

Kisahnya bermula bila isterinya menyambung pelajaran. Terdapat riak perubahan pada tingkah laku isterinya setiap kali balik pada hujung minggu. Bila habis pengajian, isterinya selalu menyatakan hendak ke Pulau Pinang dan  Terengganu. Rawana senang hati hendak membawa isterinya ke mana-mana je. tetapi isterinya hendak pergi sendiri. Itu yang menghairankan Rawana dan menimbulkan banyak pertanyaan. Selama ini ke mana-mana sahaja mereka akan pergi berdua. Selepas tiga tahun peristiwa itu, mereka bercadang mengerjakan umrah. Malangnya isterinya berkursus selama tiga minggu dan tamat sehari dari tarikh dijangka berlepas ke Mekah. Semasa isterinya berkursus tergerak dihati Rawana untuk "mengusik" isterinya dengan menyamar sebagai Anuar, Dengan menggunakan nombor baru, Rawana bersms dengan isterinya dn terbongkarlah cerita yang isterinya telah mencari bekas kekasihnya pertama di Pulau Pinang dan Terengganu. Remuk hati Rawana. Rawana telah mengambil isterinya di tempat kursus sehari sebelum berlepas ke Mekah. Rawana bertanya apa yang berlaku. Tidak ada jawapan yang pasti dari isterinya. Jawapan yang terkeluar ialah tak tahu kenapa dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. 

Rawana adalah Rawana yang tidak mahu menghampakan orang tersayang. Dia berusaha mendapt kan segala maklumat tentang bekas kekasih pertama isterinya. Alamat, tempat kerja, nombor telefon dan lain-lain. Diberikan kepada isterinya untuk memudahkan dia menghubungi bekas kekasihnya itu.

Semasa menunaikan umrah, Rawana berdoa di multazam  agar isterinya diberi lelaki yang baik dan dapat membahagiakannya.Sekembali dari mengerjakan umrah, Rawana hidup seperti biasa dengan gelak ketawa dan cerianya. Selang dua tahun, Rawana terpukul sekali lagi bila dapat tahu isterinya telah bertemu semula dengan bekas kekasih keduanya pula. Rakan sejawat isterinya yang merupakan suami kawannya ketika baru posting dahulu. Mereka merancang untuk berkahwin, walaupun ketika itu,Rawana dan isteriya sudah bertunang. Sekali lagi Rawana terjelepuk jatuh terduduk,hati hancur berderai bagai kaca terhempas. Kalau dahulu Rawana memyamar sebagai kekasih pertama isterinya. kali ini dia membaca setiap e mail mereka berdua, Entah bagaimana Rawana boleh access e mail isterinya. Katanya pada masa itu jari-jari bagai digerakkan oleh suatu kuasa menaip pasword dengan betul. Rawana bertanya isterinya apa yang berlaku tetapi isterinya merenung marah dan berkata,"awak mengganggu privasi saya"  Berdentum bagai ditembak senapang gajah.

Bila teringat kembali doanya di Mekah, Rawana telah meminta isterinya sama-sama mengerjakan solat istikharah selama tujuh hari. Hasilnya, Rawana diberi petunjuk untuk melepaskan isterinya. Rawana bertanya isterinya apa petunjuk yang isterinya dapat tetapi isterinya diam sahaja. Kata Rawana " Dengan petunjuk yang saya dapat selama 7 hari beristikharah, puncak segala kasih sayang saya pada awak, sekiranya awak telah bersedia untuk bersama dia, saya bersedia lepaskan awak demi kebahagian awak. Saya hargai kasih sayang awak selama ini.Terima kasih kerana melayan saya sepanjang kita bersama-sama. Saya beri masa untuk awak berfikir dan buat keputusan yang paling untuk awak,bukan untuk saya. Saya akan  hidup seperti biasa"

Selepas sebulan, isterinya memberi kata putus untuk terus hidup bersama-sama Rawana. Rawana terima dengan tangan terbuka dan berjanji," Selagi awak hendak hidup dengan saya, saya akan tunaikan tanggungjawab,terus menyayangi dan jaga awak sebagai suami sampai saya mati. Saya tidak mengharapkan awak melayan saya sebagai suami. Teruskan kehidupan awak seperti yang awak hendak. Saya tidak akan mengganggu privasi awak, kehidupan peribadi awak. Sebaik sahaja awak keluar dari rumah  untuk berkerja, saya tidak akan campur urusan awak. Bila balik ke rumah, saya akan layan awak sebagai seorang isteri."

Rawana adalah Rawana yang mengotakan janji-janjinya. Dia tidak lagi mengambil tahu tentang isterinya bila isterinya keluar berkerja. Tidak pernah bertanya tentang kerja atau apa yang berlaku semasa isterinya di luar rumah. Kalau dahulu Rawana selalu telefon atau sms tetapi sejak itu dia tidak lagi ambil peduli. Bila di rumah dia melayan isterinya sebagai seorang isteri. Kehidupan bersuami isteri terhad di rumah sahaja.

Rawana adalah Rawana yang terus menyayangi dan menjaga isterinya sehingga isterinya menghembuskan nafas terakhir walau pun hatinya telah dicincang lumat. Rawana masih ketawa dan ceria seperti Rawana dahulu.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin