Dalam kesibukan tugas, arwah mengam


Dengan keretanya, kami pergi ke MPBP. Bila sampai terus ke tempat temuduga. Aku seperti biasa akan meninjau sekeliling MPBP. Arwah selalu komen, " Abang ni macam abah lah. Tak tau duduk diam. Asyik round je" hehehehe. Aku berjalan-jalan dan membaca apa saja yang tertampal di dinding. Tiba-tiba aku terbaca notis dokumen-dokumen yang perlu dibawa dalam temuduga. Mak oiiiiiiiii ada 15 dokumen tetapi arwah cuma membawa lima keping dokumen. Arwah terdiam bila aku beritahunya. Arwah memegang tanganku," Bang, kita balik ye. Banyak sangat yang tak de. Tak dapat pun tak pe. Lain kali kita mohon lagi. Dahlah prestasi rendah, ni banyak sijil yang tak bawak." Aku macam biasa spontan menjawab, " Dah sampai sini, masuk dan berperanglah. Kalah menang kita tak tau." Arwah diam dan mengalir airmatanya. Aku peluk arwah. "Apa saya nak jawab kalau diorang tanya mana sijil-sijil lain" arwah tanya aku. Untuk menenangkan hatinya, "..........kalau sijil-sijil itu yang menyebabkan saya tak layak, saya mohon temuduga ini diberhentikan. Senangkan !" Arwah tersengih. Aku berpesan, " Jangan sekali-kali jawab soalan directly tapi ceritalah apa yang awak buat. Betul tak betul lain cerita. Bercerita bermakna kita buat. Menjawab direct kita memberi fakta." Arwah ikut cakap aku dan menjalani proses temuduga yang agak lama-hampir 45 minit. Keluar dari bilik temuduga arwah tersenyum dan peluk aku, "Terima kasih bang. Malam ni saya upah"
Sebelum ini, LNPT perlu dibawa sama. Ini satu cerita. Pada masa ini LNPT perlu diambil di PPD. Aku minta abang ipar aku menguruskannya. Bila aku mengambilnya,abang ipar memberitahuku, " .............. markah prestasi Yani bawah 80. Kalau ikut pengalaman, takkan dapat sambung belajar." Terkedu aku. Arwah seorang guru yang sangat komited. Kami berada di sekolah dari 6.30 pagi hingga 10.00 malam. Hampir setiap hari. Arwah bukan sahaja memangku jawatan Guru Besar, membuat gaji ( masa tu gaji dibuat secara manual dan tidak ada kerani), mengajar malah menjadi jurulatih bola baling, bola jaring dan hoki. Aku redha tapi arwah betul-betul jatuh terduduk. Dia terlalu kecewa dan mengambil keputusan tidak mahu pergi temuduga. Aku memujuk arwah, " Kalau apa yang awak buat tu ikhlas saya pasti Allah akan balas sebaik-baiknya. DIA yang menentukannya. Kita redha dan kita pegi ye." Tiga malam berturut-turut aku membuat solat hajat mengadu, memohon kepadaNya agar dipenuhikan hajat arwah.
Dalam perjalanan balik dari temuduga, arwah tak cukup nafas bercerita apa yang berlaku. Aku sengih dan senyum je lah. Sesekali aku mengusik,"Tu la, awak cepat sangat mengalah.

Sekarang, arwah belajar serentak di dua tempat. Sepenuh masa di MPPM dan separuh masa di ITM. RezEkinya makin bertambah. Arwah memohon PJJ UKM pada tahun berikutnya. Dapat juga! Tamat kursus di MPPM arwah ditawarkan menyambung sepenuh masa di UPSI. Lumayan betul rezeki arwah. Bermulalah episod perjuangan seorang guru,seorang ibu, seorang penuntut,seoran

Arwah menyambung pengajian di peringkat sarjana di UTM dan seterusnya di peringkat Ph.D. Arwah tidak dapat menamatkan pengajian Ph.D. Kami berjanji untuk bersama-sama membentang proposal pada bulan Disember ini dan menghabiskan pengajian pada 2013. Impian ini tidak tercapai. Tetapi arwah telah membuktikan NOR YANI SEORANG GURU, SEORANG PENUNTUT, SEORANG ISTERI, SEORANG IBU YANG BERJIWA KENTAL HINGGA AKHIR HAYATNYA
No comments:
Post a Comment