Monday, August 31, 2009

kasihnya Mak

tahun ni,genap 6 tahun mak pulang ke alam barzakh.Tiap kali aku teringatkan mak, pasti airmata berlinang.Anya tak mengalir. Sebak tu aku telan sebab terkilannya aku mak cepat sangat perli pada usia 53tahun, sedangkan budinya belum sempat aku balas.Pada aku, tak de mak sebaik mak aku.Bayangkan pada usia muda,21 tahun dia dah jadi ibu tunggal memelihara aku dua beradik.Kami dari keluarga susah. Mak berhempas pulas membanting tulang mencari nafkah utk aku dan adik.Setiap pagi mak antar aku ke sekolah,beg sekolah mak bimbit.Sampai dipintu pagar,mak akan tengok aku sampai masuk kelas barulah mak berundur.Pastu mak akan pergi kerja mencuci kain di tiga rumah orang. Bayangkan kepenatan mak.Habis membasuh, mak akan balik memasak.Menyediakan aku air teh o panas kegemaranku.Pastu mak akan cepat2 ke sekolah menunggu aku abis kelas. Mak dah sedia di luar pagar dengan payung. Mak melayan aku macam puteri,membimbit beg sekolah dan memberikan payung kepadaku.Mak menghantar aku pergi balik sekolah dari aku darjah satu hingga darjah enam.Walau aku malu diketawakan kawan2, tapi aku tau mak sangat sayang aku,jadi aku tak membantah.Sayangnya mak padaku. Petang pulak,mak akan bawak aku ke sawah. Di sawah mak berjemur mengerjakan sawah yang dipajak dengan orang.Aku membantu mak mana yang larat. Dalam perjalanan balik mak tak lupa memungut pucuk paku,pucuk ubi, untuk dijual di gerai sayur. Malam mak tak lupa menghantar dan menemankan aku pergi mengaji. Mak setia duduk di kaki lima rumah tuk guru aku,sampai aku siap mengaji.Alasannya mak tak mahu lepas mengaji aku sendirian balik. Mak....syahdunya kasih sayang mak.Habis mengaji,mak sediakan makan malam.Lepas tu mak akan setia menunggu aku menghabiskan kerja rumah yang dibekalkan guru. Sambil tu , mak akan menjahit baju2 yang koyak atau menjahit perca kain untuk dijadikan selimut.Bayangkan, mak tak pernah menghiburkan dirinya, tak penah tengok wayang,takpenah tengok tv(kami tak mampu beli tv pun)mak tak penah pergi enjoy ke mana2 dengan kawan2.Dari usianya 21 tahun tu hinggalah ke akhir hayatnya.Rutinnya anya bekerja. Bukan takde orang berkenan kat mak, dia cantik dan menawan tapi alaasannya biarlah dia nak besarkan anak2.
Pada hari aku konvokesyen aku ajak mak datang, tapi mak tak dapat kerana mak pemabuk orangnya.Katanya kalau pergipun bukannya dia dapat tengok aku, kepala pening je.Aku faham. tapi aku tau mak sangat gembira.
Bila aku dah kawin mak macam tu juga. Tiap kali aku balik menjenguk mak, mak nampak gembira tapi tak pernah nampak senyum dibibirnya. Kesunyian dan kesepiannya jelas dan nyata. Aku ajak tinggal bersamaku, mak tak nak.Dia cakap bebas duduk sorang.tapi aku tau dia kesepiannya.Dia gembira dan bangga denganku,dia kerap bercerita tentang aku,suami dan kerjaya kami serta anak2ku.Dia dia tetap merendah diri.
Hinggalah di saat akhirnya, dia minta adiknya bawak dia ke rumahku. Masa tu dia dah sakit2.Katanya kalau nak mati dia nak mati di rumahku. Bayangkan macam mana aku tak sedih.Sayangnya mak hingga dia nak berpisah nyawa dari badan , dekat denganku.
Masih aku ingat,masa aku datang mengambil dia di rumah adiknya, dia cakap dia dah kemas baju dalam beg, tak payah kemas yang lain lagi. Aku pun angkat beg dan bawa dia balik. Di rumah, mak dah tak boleh berjalan sendiri. Mandi,kencing berak dan makan semua aku uruskan.Alhamdulillah,aku ikut apa sahaja kemahuan mak.Aku layan dia sebaik mungkin,bedakkan dia macam budak kecik.Tiap kali lepas mandi,aku pakaikan baju, berbedak,sikat rambut,aku tgk muka mak semakin sayu.Mak sebenarnya sangat sayangkan abah.Kasihnya tak kesudahan.Dia rindukan abah tapi abah tak taulah dengan isteri dan anak2 barunya.
Pagi raya aidilfitri,hari jumaat tahun 2003 ,jam 10pg selepas orang sembahyang aidiladha mak pergi dengan senang.Malam sebelum mak meninggal , mak sempat tidur dibahu aku sampai pagi.Petangnya selepas mandi,mak dah serahkan semua barang kemas dan duit simpanannya.mak...kalaulah mak masih ada.Sakitnya menahan kehilangan mak dan kasih sayang mak.Tapi yang paling aku sedih, bila aku buka beg baju mak,(aku tak buka sebab di rumahku ada baju dan kain mak) selepas mak meninggal, di dalamnya dah ada kain batik lepas untuk menutup jenazah. Rupa2nya mak memang tau dia dah nak pergi dan dah sediakan keperluannya agar tidak menyusahkan. Aku hanya mampu berkhidmat untuk dia selama 10 hari saja. Mak ampunkan semua dosa aku,moga2 segala kasih sayang dan pengorbanan mak Allah balas dengan menempatkan mak di kalangan orang2 yang dikasihinya. Aminnn.
Sesiapa yang masih ada mak,sayangilah,berkhidmatlah dengan ikhlas untuk mak,sesungguhnya pengorbanan mak tiada tolok bandingnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin