Monday, August 17, 2009

Cerita Hari Q

Hari ni hari Q di organisasi saya. Seronok melihat rakan-rakan seperjuangan naik ke pentas menerima Anugerah Khidmat Cemerlang dan Anugerah Pengarah. Sambil bertepuk tangan, terdengar juga desas desus di kiri kanan, patut ke orang tu dapat, apa kriteria dia dipilih dll. Biasalah, kalau tak takkan manusia namanya. Manusia kan tak pernah puas dengan apa yang dimiliki, apa yang belum dimiliki dan apa yang orang lain miliki.Betul tak?
Dalam pada tu, teringat kisah APC sewaktu mula-mula dilaksanakan sekitar tahun 1996.Masa tu saya Penolong Kanan di sebuah sekolah kampung kurang murid. Staf ada 9 orang, kerani takde, jadi Penolong Kanan kena buat semua, gaji staf ,mengajar dan kerja-kerja perkeranian yang lain. Guru Besar, datang sekolah, semak dan sain.Pastu sibuk dengan urusan di luar. Apa terjadi di sekolah atas batu jemala Penolong Kanan. Masa tu saya masih muda.Nak jadi cite, bila masa nak beri markah APC, Penolong Kanan penilai kedua selepas Guru Besar. Jadi markah Penolong Kanan Guru Besar yang nilai.Cite menariknya, Guru Besar jumpa saya, cakap ngan saya, tolong baiki borang prestasi saya, tambahkan catatan keja-keja yang saya buat supaya nampak saya lebih bekerja. Terkejut saya.Kenapa? Sebab saya yang buat keja Guru Besar, bukan satu semua sehinggalah mewakili dia pergi kursus ,mewaili mesyuarat guru besar, apa itu bukan keja ke? Dia tak sedar ke semua tu atau buat-buat tak sedar? Untuk arahan dia, saya pun beri jawapan, Cikgu, kalau bukan haknya saya dapat APC ,saya tak akan dapat, kalau cikgu rasa bukan hak saya, cikgu berilah hak itu pada orang lain.Maka tahun itu orang lain yang dapat APC walaupun pada awalnya ia dicadangkan utk saya. Saya redha dan saya anggap rezeki saya di tempat lain. Alhamdulillah tahun itu saya tak dapat APC, tapi saya dapat melanjutkan pelajaran. Saya dapat APC akhirnya tahun 2006 setelah 21tahun berkhidmat dengan mengorbankan keluarga semata-mata bekerja utk anak bangsa yang pada saya ikhlas tetapi rupanya belum cukup ikhlas kerana ia hanya dibayar nilai keikhlasan setelah 21 tahun. Jadi fikirlah sejauh mana kita bekerja dengan ikhlas......

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin