Tuesday, August 11, 2009

ANTARA UJIAN, PASRAH & REDHA

Salam sayang utk anak mak. Sebelum saya menyambung cerita Kuala Tahan, saya sebenarnya sedang bercuti rehat dua hari. Minggu lalu adalah minggu yang amat memenatkan pada usia yang semakin lanjut.Tiba-tiba panggilan telefon dari anak tersayang, dengan rintihan dan keluhan tentang rumah sewa dan housemate,tentang hipokraitnya manusia, dll yang menyesakkan fikirannya hingga ingin berpindah tinggal bersama seorang yang lebih senior dan bukan seangkatan dengan. Hati ibu mana tak keruan,kebimbangan satu-satu anak perempuan dalam mengharung kehidupan. Macam-macam syak wasangka menerawang dalam hati.Semoden,sebijak manapun kita, sebagai ibu tetap ada curiga tentang keselamatan anak apalagi anak perempuan. Tak cukup dengan masalah ini, pagi esoknya lebih kurang jam 9pagi,sekali lagi di menelefon, kali ini latihan mengajarnya, tentang pensyarah yang menegur tapi tidak memberi tunjuk ajar, tentang kekecewaan, kesedihannya sambil teresak-esak.Apa yang boleh seorang ibu lakukan di saat ini.Apa yang berlaku, saya buka blognya, saya baca dan mulai faham . Hakikatnya terlalu banyak dugaan yang dilaluinya. Hari-hari yang berlalu langsung tidak menggembirakannya.Tiada yang menyeronokkan.

Anakku, mengertilah jika kau di tempat mak kau akan tahu apa ertinya semua rintihanmu itu. Betapa terluka, terguris dan pilu bila mengenangkan anak tersayang terpaksa melalui pelbagai kesengsaraan dalam liku-liku hidup.Dari kata-katamu, seolah-olah kau kecewa dan tidak mahu bangkit semula.Kau melihat semua kekurangan tetapi tidak melihat kelebihan sedangkan kau telah menulisnya sebagai HEADER di dalam blog:

you are a teacher
"Sometimes you think you are a loser and I found that you are totally wrong. You are the winner and still you are...
Baca, faham dan hayati semula yang kau tulis. Orang yang kecewa menghadapi ujian,adalah orang yang gagal, orang merintih bila diuji adalah orang yang tidak pasrah,maka hendaklah kau menjadi orang yang REDHA bahawa inilah rentetan takdir yang tertulis di loh mahfuz, hendaklah kau PASRAH kerana yang pasrah sahaja akan terus tenang dan ikhlas atas segala ujian.Kaulah yang terbaik. Ingat, pernah kau bertanya bagaimana mak begitu sabar mengharungi segala keperitan hidup ini? Nah jawapannya telah dijelaskan. Kau sedang melaluinya.Jika berjaya bererti kau akan kuat di hari muka di mana pada masa itu mak sudah tiada untuk menemanimu diperjalananmu.
Mengertilah, bukan mak tak sayang, bukan mak membenci.Mungkin cara mak mendidik dan memberikan kasih sayang tidak seperti orang lain. Cara mak mungkin kasar,tidak penuh lemah lembut dan belaian, tidak memandikan dengan limpahan wang ringgit dan kemewahan tetapi mak mahu kau belajar erti hidup, erti kesengsaraan,erti perjuangan dan yang kau lakukan sekarang adalah pembelajaran yang akan berakhir dengan pengajaran tentang hidup. Pada masa itu kau pasti sudah terlalu kuat dan tabah.Mak yakin dengan kebolehan dan keberanian mengharungi hidup ini. Mungkin suatu masa bila sampai saat mak menutup mata mak akan pasrah, & redha kerana anak mak boleh bertanggungjawab mengharungi kehidupan tanpa mak sebagai tongkat.Mengertilah dan fahamilah. KASIH SEPANJANG HAYAT TERLETAK DI TANGAN IBU.
Sayang buat along.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin