Monday, May 3, 2010

Bertapa di Hutan Belum,Grik Perak




Keindahan Tasik Banding,Hutan Belum.Amek motivasi untuk menginap dalam hutan,tanpa talian hp, mandi air tasik,makan apa dihidang dan apa yang ada.Tahan ke?






Di luar kabin,tempat menginap.Bergambar kenangan sebelum memulakan aktiviti sepanjang 3 hari, 3 malam.








Oleh kerana hidup di sini sentiasa di air,maka kenalah belajar berjinak dengan air.Siap buat'water confident formacy' lagi.








Dah ready nak meredah hutan dara dan lautan pacat di rimba.Tapi sebelum bergambar ni, dah terserempak ngan tapak gajah dan kesan babi hutan.







Nilah bunga raflesia spesis kobis yang membuat kami mendaki puncak sejauh 2.5km.Nak tunggu kembang, bulan Ogos nanti.

Tuesday, April 27, 2010

Hati seorang ibu.


Sembilan bulan 10 hari, ibu akan menanggung segala kesukaran dan kepayahan membawa dan memelihara satu nyawa di dalam rahimnya dengan segala kesabaran, keikhlasan, kasih sayang tanpa memperdulikan dirinya selain segalanya untuk seorang bayi yang di kandung.Adakala tak tidor lena, tak kenyang makan kerana pembawaan bayi yang dipeliharanya.

Ketika kesakitan saat melahirkan doanya hanyalah untuk keselamatan anaknya.Biar bertukar nyawa, asalkan anaknya selamat.Itulah kasih ibu.Saat telah melahirkan anak ditatang macam minyak penuh,nyamuk seekor pun tak dibenarkan mengganggu si anak. Dipeluk, dibelai, didodoi setiap masa,hingga meraih cemburu sang bapa.


Bbila dewasa sayangnya si anak tak peduli penat lelah dan pengorbanan siibu.Banyak yang kita dengar, anak derhaka kepada ibu, melukakan hati ibu, menconteng arang ke muka ibu dan pelbagai lagi.Ada ibu yang tak serik2 mendoakan anak agar dibukakan hati untuk bertaubat,agar si anak balik ke pangkal jalan, dek sayangnya siibu, tapiiiii ada ibu yang tak tertahan lagi melihat kederhakaan anak, maka di sumpah agar mendapat balasan.cubalah tengok gambar2 ni agar jadi pedoman.

Sunday, April 25, 2010

Oh guru, oh guru.

Cerita lagi pasal guru. Pagi ni aku baca surat kabar, macam terhenti darah dan nafas aku bila baca, GURU DITANGKAP MENGEDAR DADAH. Dahla tak berapa ari lagi sambutan hari guru.Di mana nilai dan maruah seorang guru sekarang. Sengkek sangat ke jadi guru ni, sampaikan cari duit lebih jual dadah kepada anak didik pulak tu, Itu ke pelajaran dan ilmu yang dia dapat sepanjang di Institut Perguruan. Bila jadi begini, bukan dia sorang yang busuk nama, pensyarah dan institut bekas dia belajar pun terpalit lumpur.Sekolah dia mengajar satu hal. Tempat dia meraih rezeki, disitu pulak ditabur dengan taik. Nauzubillah janganlah terjadi perkara seumpama ini dalam diri aku dan anak cucu aku. Sedih betul,sangat sedih.Dahla gitu, ditangkap bersama isteri dan anak kecil lagi. Inikah contoh yang hendak ditunjukkan sebagai ketua keluarga dan pemimpin di sekolah?Ya rabbi, memang benarlah dunia hampir kiamat.

Dulu waktu aku jadi guru, gaji kecil, di kawasan pendalaman juga tapi tak dengar lak cite2 camni.Sapa yang harus disalahkan?Adakah kita yang tak kuat iman, adakah ibubapa yang salah memberi didikan?adakah pensyarah dan guru yang tak pandai menunjuk hala arah kita? adakah masyarakat yang mendorong kita bertindak begini?Atau adakah kerajaan yang memberikan gaji guru sangat rendah berbanding dengan tugas guru?Renungkanlah........

Wednesday, April 21, 2010

Nak jadi guru yang mana?

guru seperi ros yang harum dan disenangi ramai..

Pagi tadi seorang student telefon aku, katanya dia dah selamat diselia buat kali terakhir sepanjang praktikum ni. Citenya pensyarah kata saya dah nak bagi awak 90markah bila dengar awak bersungguh nak gunakan IT sebagai BBM awak semasa mengajar.Tapi bila tengok awak guna sekadar untuk ada tidak menyeluruh, tak jadilah.Saya boleh bagi 80 sahaja. Kata student tadi lagi, bagus juga, jika 90 dia akan menjalani proses rentasan untuk memastikan dia benar2 cemerlang.Dia tak nak kerana katanya sangat memenatkan sepanjang 3 bulan praktikum ni.Sekarang pun dah takde mood.Terdiam aku.

Bayangkan 3 bulan sangat memenatkan.Bagaimana untuk 30 tahun akan datang.Maka terpikir difikiran aku, guru yang manakah pilihan di hatinya.Guru yang seperti seekor kucing jinak yang disenangi oleh anak murid, yang pandai membelai dan dibelai, yang mudah untuk didekati dan dikongsi keseronokan ,atau guru yang seharum mawar, sentiasa cantik berseri, ceria, memberikan khidmat yang tulus, yang diingat oleh setiap insan, sesiapa boleh bersamanya tapi ada had batasan seperti duri mawar yang pandai menjaga maruah dan harga diri atau pun dia akan memilih untuk menjadi guru seperti Cheetah yang sentiasa mengejar masa, berlari dan berlari mencari peluang dan ruang untuk membantu anak-anak muridnya tampa rasa letih dan putus asa.Padanya tiada masa untuk dirinya hanya anak-anak didik yang bergantung kepadanya.

Wahai pelajarku, fikirlah guru yang manakah pilihan mu?Atau kau akan menggabungkan ke tiga-tiga guru itu menjadi satu dalam dirimu?Fikirkanlah untuk 30 tahun akan datang demi bangsa Melayu yang tak hilang di bumi.

Sunday, April 18, 2010

Praktikum oh praktikum

Nak kongsi cerita tentang praktikum. Aku sibuk menyelia guru-guru pelatih Bimbingan dan Kaunseling KPLI , Pendidikan Khas PISMP dan KDC ,serta Prasekolah KDC. Aku ,macam nak rak membimbing dan menunjuk ajar guru pelatih,kononnya agar menjadi guru yang baik sebab mereka akan berkhidmat sekurang2nya 25-30tahun lagi.

2orang budak KPLI aku calonkan mereka cemerlang.Untuk Pendidikan Khas seorang Guru Pelatih KDC aku calonkan cemerlang.Ceritanya,yang KPLI masa rentasan, makan masa 1jam setengah.Tak de penyeliaan sesi kaunseling hanya soal jawab dan semakan buku rekod mengajar dan fail2.Untuk sesi kaunseling hanya berpandu kepada pita rakaman yang tak jelas.Hasilnya, dua pelajar ni tak layak dicalonkan cemerlang kerana sesi kaunseling tak mantap.

Ni pulak cerita rentasan untuk Pendidikan Khas yang dicalonkan cemerlang. Pelajar aku kata, ketiga-tiga pensyarah yang datang membuat rentasan, hanya soal jawab, tengok buku rekod mengajar,fail, temubual dengan jaga dan pekerja kenal tak kenal guru pelatih ni. Confirm dapat cemerlang.

Aku terkedu dan tertelan air liur melihat 'erti sebuah penilaian'. Aku tak dapat bayangkan rasa aku.Sedih, pilu, geram, marah dan yang paling kuat kesal.Kesal kerana yang dilatih adalah bakal guru yang akan berkhidmat lebih kurang 30thn yang akan datang. Yang bakal mengajar, anak cucu kita.Kalau macam nilah nilaian yang diberi aku tak tau macam guru yang bakal dilahirkan.

Yang cemerlang tak layak cemerlang.Yang tak layak dapat cemerlang.

PERSOALANNYA: DALAM KES NI SIAPA YANG SALAH, GURU PELATIH, PENSYARAH PEMBIMBING ATAU PIHAK YANG MEMBUAT RENTASAN?PIKIR2KANLAH.

Thursday, March 11, 2010

Indahnya sebuah perkongsian















7-11Mac aku berpeluang melawat Sk.Tangap,Sk.Tagageng dan Sk Agama di daerah Subis, Miri, Serawak. Kami ke sana bertujuan untuk melihat perkembangan Pendidikan Khas di sekolah rendah kawasan pendalaman dan membuat perbandingan dengan kawasan bandar. Kami juga bertuah kerana 30 orang ahli rombongan berpeluang singgah seharian di Brunei , untuk melawat sebuah sekolah rendah di sana dan mendengar taklimat Unit Pendidikan Khas tentang program Pendidikan Khas dan fungsinya di Brunei.

Perjalanan yang memenatkan keSK.Tangap di kawasan pengingapan penduduk rumah panjang memakan jarak 2jam perjalanan dengan bas, sejauh 3.5km berjalan kaki, 10minit menaiki bot amat memberikan pengalaman yang bermakna.Melihat sekolah dan persekitaran yang masih perlu perhatian dari pihak yang tertentu. Di tangap, aku rasa bukan calang2 guru yang boleh berkhidmat di sana.aku juga rasakan kenikmatan dan kemanisan ramah tamah dan mesra kakitangan Sk.Tagageng yang bertungkus lumus menyambut kedatangan.Bukan sekadar gembira dijamu dengan udang galah, tetapi terkedu bila dikatakan sungai tempat kami menyeberang ada buaya.Namun kami mempelajari sesuatu di sini bahawa walau jauh di pendalaman tetapi suasana yang tenang, damai dan kawasan sekolah yang betul2 bersih membuatkan aku terpesona.Tahniah kepada pihak pentadbiran. Melihat pengurusan asrama di mana terkumpulnya anak2 semuda 7-12 tahun aku begitu kagum sekali. Bagaimana anak2 ini mampu mengurus diri, kebersihan bilik tidor, pakaian dan makan minum mereka. Memang sesuatu yang mengkagumkan.


Berhijrah sebentar ke Brunei, memberikan pengalaman betapa mewah mereka di sana, bilik pendidikan khas yang kondusif, luas dan berhawa dingin.Ada psikologis yang memantau tugas guru dan tugas anak2 yang terlibat dengan pendidikan khas.Turut bertuah dengan adanya bilik terapi untuk anak2 ini.

Walau apapun. adalah satu yang memuaskan hati dapat bersama2 merantau menimba ilmu pengetahuan dan mengembangkan pengalaman yang diperolehi dengan guru2 pelatih yang mungkin berkhidmat di kawasan pendalaman.

Tuesday, March 2, 2010

Pentingnya ceria dalam kehidupan

sentiasa pandang hadapan dan positif




Ibu mertuaku dan kakak iparku...





Aku baca surat kabar tentang kenyataan Azean Irdawaty, yang menghidap penyakit cancer sejak 3 tahun lalu. Positifnya dia masih sihat, boleh berjumpa dan mengikuti aktiviti artis hanya tidak berlakon walaupun dia telah diberitakan berada di tahap 4(kronik).Rahsianya ialah mesti ceria dan positif dalam melihat diri, permasalahan dan masa depan kita.Alhamdullillah teori ini menjadi kenyataan buat Azean.

Aku terpanggil untuk menulis tentang ceria. Insan idola ku ialah ibu mertuaku.Berumur 78 tahun sekarang.Gambar atas kiri ketika menyambut hari ibu tahun lepas. Dia seorang yang banyak masalah dalam hidup tapi sentiasa menceriakan dirinya.Dah lebih sepuluh kali pergi umrah, sekali haji.dan tetap seronok mengikut kawan-kawan pergi rombongan dll.Boleh ambil tempahan memasak dan membuat kuih.Mengemas dan menghias rumah.Tetap maintain.Suka anak menantu mengusik bila tengok dia 'touch up' nak keluar rumah.Tapi yang penting dia sihat dan bertenaga. Jadi bila berjalan dengan anak-anak orang kata adik beradik.

Hehehe, gambar sebelah tu, menantu mak mertua aku, akulah tu. Aku mengamalkan apa yang mak mertua aku buat. Tak menyimpan segala kepedihan dan masaalah tapi sentiasa membuat apa yang dikatakan 'pemetaan minda'. Memisahkan masalah buat sementara ,dan menjalani kehidupan macam biasa.Hasilnya awet muda. Saya dah 50tahun tapi ada yang kata macam 40tahun.cubalah petua ini

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin