Sunday, April 25, 2010

Oh guru, oh guru.

Cerita lagi pasal guru. Pagi ni aku baca surat kabar, macam terhenti darah dan nafas aku bila baca, GURU DITANGKAP MENGEDAR DADAH. Dahla tak berapa ari lagi sambutan hari guru.Di mana nilai dan maruah seorang guru sekarang. Sengkek sangat ke jadi guru ni, sampaikan cari duit lebih jual dadah kepada anak didik pulak tu, Itu ke pelajaran dan ilmu yang dia dapat sepanjang di Institut Perguruan. Bila jadi begini, bukan dia sorang yang busuk nama, pensyarah dan institut bekas dia belajar pun terpalit lumpur.Sekolah dia mengajar satu hal. Tempat dia meraih rezeki, disitu pulak ditabur dengan taik. Nauzubillah janganlah terjadi perkara seumpama ini dalam diri aku dan anak cucu aku. Sedih betul,sangat sedih.Dahla gitu, ditangkap bersama isteri dan anak kecil lagi. Inikah contoh yang hendak ditunjukkan sebagai ketua keluarga dan pemimpin di sekolah?Ya rabbi, memang benarlah dunia hampir kiamat.

Dulu waktu aku jadi guru, gaji kecil, di kawasan pendalaman juga tapi tak dengar lak cite2 camni.Sapa yang harus disalahkan?Adakah kita yang tak kuat iman, adakah ibubapa yang salah memberi didikan?adakah pensyarah dan guru yang tak pandai menunjuk hala arah kita? adakah masyarakat yang mendorong kita bertindak begini?Atau adakah kerajaan yang memberikan gaji guru sangat rendah berbanding dengan tugas guru?Renungkanlah........

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin