Tuesday, March 2, 2010

Pentingnya ceria dalam kehidupan

sentiasa pandang hadapan dan positif




Ibu mertuaku dan kakak iparku...





Aku baca surat kabar tentang kenyataan Azean Irdawaty, yang menghidap penyakit cancer sejak 3 tahun lalu. Positifnya dia masih sihat, boleh berjumpa dan mengikuti aktiviti artis hanya tidak berlakon walaupun dia telah diberitakan berada di tahap 4(kronik).Rahsianya ialah mesti ceria dan positif dalam melihat diri, permasalahan dan masa depan kita.Alhamdullillah teori ini menjadi kenyataan buat Azean.

Aku terpanggil untuk menulis tentang ceria. Insan idola ku ialah ibu mertuaku.Berumur 78 tahun sekarang.Gambar atas kiri ketika menyambut hari ibu tahun lepas. Dia seorang yang banyak masalah dalam hidup tapi sentiasa menceriakan dirinya.Dah lebih sepuluh kali pergi umrah, sekali haji.dan tetap seronok mengikut kawan-kawan pergi rombongan dll.Boleh ambil tempahan memasak dan membuat kuih.Mengemas dan menghias rumah.Tetap maintain.Suka anak menantu mengusik bila tengok dia 'touch up' nak keluar rumah.Tapi yang penting dia sihat dan bertenaga. Jadi bila berjalan dengan anak-anak orang kata adik beradik.

Hehehe, gambar sebelah tu, menantu mak mertua aku, akulah tu. Aku mengamalkan apa yang mak mertua aku buat. Tak menyimpan segala kepedihan dan masaalah tapi sentiasa membuat apa yang dikatakan 'pemetaan minda'. Memisahkan masalah buat sementara ,dan menjalani kehidupan macam biasa.Hasilnya awet muda. Saya dah 50tahun tapi ada yang kata macam 40tahun.cubalah petua ini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin