Tuesday, March 2, 2010

Pentingnya ceria dalam kehidupan

sentiasa pandang hadapan dan positif




Ibu mertuaku dan kakak iparku...





Aku baca surat kabar tentang kenyataan Azean Irdawaty, yang menghidap penyakit cancer sejak 3 tahun lalu. Positifnya dia masih sihat, boleh berjumpa dan mengikuti aktiviti artis hanya tidak berlakon walaupun dia telah diberitakan berada di tahap 4(kronik).Rahsianya ialah mesti ceria dan positif dalam melihat diri, permasalahan dan masa depan kita.Alhamdullillah teori ini menjadi kenyataan buat Azean.

Aku terpanggil untuk menulis tentang ceria. Insan idola ku ialah ibu mertuaku.Berumur 78 tahun sekarang.Gambar atas kiri ketika menyambut hari ibu tahun lepas. Dia seorang yang banyak masalah dalam hidup tapi sentiasa menceriakan dirinya.Dah lebih sepuluh kali pergi umrah, sekali haji.dan tetap seronok mengikut kawan-kawan pergi rombongan dll.Boleh ambil tempahan memasak dan membuat kuih.Mengemas dan menghias rumah.Tetap maintain.Suka anak menantu mengusik bila tengok dia 'touch up' nak keluar rumah.Tapi yang penting dia sihat dan bertenaga. Jadi bila berjalan dengan anak-anak orang kata adik beradik.

Hehehe, gambar sebelah tu, menantu mak mertua aku, akulah tu. Aku mengamalkan apa yang mak mertua aku buat. Tak menyimpan segala kepedihan dan masaalah tapi sentiasa membuat apa yang dikatakan 'pemetaan minda'. Memisahkan masalah buat sementara ,dan menjalani kehidupan macam biasa.Hasilnya awet muda. Saya dah 50tahun tapi ada yang kata macam 40tahun.cubalah petua ini

Thursday, February 18, 2010

Betulkan niat....




Kanak-kanak cacat pendengaran ini boleh menjadi orang paling berjaya jika kita tau selaraskan niat kita dan tanggungjawab membimbing mereka.

Tazkirah ari ni menekankan pada niat atas setiap yang kita lakukan. Jika niat itu baik maka ganjarannya juga baik, jika niat itu menyempang maka ganjarannya juga menyedihkan. Tiba-tiba aku terfikir: Apakah niat guru-guru datang ke sekolah, ke ipta, ke ipg dll institusi pendidikan, jika masih ramai pelajar yang tidak berjaya sahsiah dan akademik? Apakah niat seorang staf datang ke pejabat setiap hari, jika terlampau banyak rungutan tentang, kenaikan gaji tertangguh berbulan, elaun itu ini tak dapat2, claim tak dibuat dan entah macam2 rungutan di dengar di telinga?Apakah niat seorang pentadbir datang bertugas, duduk nyaman di dalam bilik berhawa dingin, ada pa, ada driver jika di luar sana terlalu banyak kekurangan dan kepincangan yang didengar, bangunan itu rosak, bangunan ini rosak, orang tu tak puas hati, orang ni menangis sakit hati dll ? Apakah niat seorang kawan datang sama2 bertugas dalam satu pejabat, jika masih ada iri hati, sakit hati, busuk hati , tindih menindih , pancung memancung untuk naik pangkat?


Jadi.....persoalan ini berlegar di kepalaku, alangkah manisnya hidup ini,jika semua orang dapat melaksanakan tanggungjawab berdasarkan niat yang dipasang dari awal. Kuranglah pesakit mental, kuranglah kerja pakar jantung, darah tinggi, strok ,dll sakit kronik.Manisnya hidup ,amannya rumahtangga, seronoknya bekerja jika semua orang tau apa niat yang patut dipasang?

Tuesday, February 16, 2010

terasa indahnya masa bersama


























Lama ku tunggukan saat ini, percutian yang santai dan tidak menyesakkan kepala. Cuti ini aku ke rumah along di tganu. Just nak tgk apa khabar Fufu.Sian along ke hulu ke hilir dengan Fufu yang dah uzur tu. Entah apa2 tengah jalan sian along.Sapa fufu tu?Tu yang warna merah kat atas tulah.Tu warna asalnya, bila kawan along pinjam dan axcident, banyak warna fufu.Abah along usahakan cuti ni, mengembalikan fufu ke warna asal.Dan...berhasillah.dua hari di rumah along, aku seronok sangat.Tido baring dan rehat betul.Jalan pergi beli lauk,beli sarapan ngan along,benar2 masa tu terisi dengan kasih sayang.Masa yang sebegini yang telah terlalu lama aku rindukan.Perjalanan pergi dan balik ngan abah along yang santai, juga amat menyeronokkan aku.tiada tekanan, tiada keresahan macam selalu. Moga masa dan saat ini akan kekal.Inilah penting keluarga..dan pengisiaan bersama keluarga.

Sunday, February 14, 2010

Gemuk ke kurus ke saya sayang awak...


Adakah bila kita kurus, kita akan memiliki semua yang kita ingini dan disukai oleh semua orang, berjaya dalam semua usaha yang kita usahakan sehingga kita boleh berbangga dengan diri kita?

Adakah kalau kita gemuk, kita tidak memiliki semua yang kita ingini dan yang kita sukai, tidak berjaya dalam semua yang kita usahakan sehingga kita malu untuk menghargai diri kita seadanya?

Fikirkanlah...

Posted by Picasa

Friday, January 15, 2010

kita dan anak

Ari ni aku dijemput memberi ceramah keibubapaan di sk.tmn bkt rambai.Guru bimbingan sekolah itu bekas murid ku.Mula-mula macam malas, tapi bila fikir sian anak murid yang jemput ,pergi jugalah. Bila sampai tanyalah dia, tentang latar belakang ibu bapa.Katanya ibubapa di sini,educated.Mak ai, berderau aku kenangkan, maklumlah kita pun tak tau sejauh mana kemampuan kita berkongsi pengalaman dengan mereka.Dari 200 yang .Budijangka hadir, aku congak2 adalah 150 orang. Oklah tu, Bukan senang nak dapat komitmen macam ni.Akhirnya. dalam gentar, selesailah juga aku memberi ceramah keibubapaan.Bukan nak mengajar tetapi sekadar berkongsi pengalaman.alhamdulillah , bila aku balik guru bimbingan(anak muridku) sms, "salam...cikgu terima kasih banyak2.Guru Besat puas hati sangat...dia kata cikgu bagus.' Lega kepada aku mendengarnya. Bukan nak berbangga , tetapi doaku agar apa yang dikongsikan ,ilmu dan pengalaman dapat jadi pedoman.Aku hanya pengantara yang memanjangkan ilmu Allah. Inshaallah.

Hakikatnya sebagai ibu bapa kita menjalankan amanah untuk melihat anak2 berjaya dan kita sanggup berbuat apa sahaja untuk kejayaan anak kita. Itulah ibu,bapa. Tapi anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu atau ayah mereka dengan baik.Jadi fikir2kanlah....

Monday, January 11, 2010

Lata bayu dan air panas legong, di baling kedah.




























sangat menyeronokkan dapat berehat di lata bayu dan air panas legong.Sebabnya? Dua tempat ni dijaga kebersihannya dan alam semulajadinya dikekalkan. Selain dari ia sangat nyaman dan sesuai untuk berehat.Orang di sana juga ramah.Makanan yang sedap, laksa penang.Ikan yang lemak dan masam yang terasa lekat dilidah sangat memuaskan hati.cubalah datang ke sana.

Friday, November 6, 2009

Cerita burung murai & perempuan tua

Salam satu malaysia, aku cukup seronok dan tersedu apabila menonton iklan seorang bapa yang tak jemu2 menjawab bila anaknya bertanya burung apa?dan jawapannya burung murai. Bercakap tentang burung murai ini secara akalnya kita pun faham kerjanya hanya mengicau tanpa memikirkan orang lain samada suka atau tidak mendengar kicauannya.Di tempat kerja aku adalah sorang 2 macam burung murai dan sorang lagi tu aku namakan dia perempuan tualah.(menyedapkan cite).

Citenya, si perempuan tua kerjanya pergi balik umah n tempat kerja.Nak kata tak campur orang campurlah juga. tapi campur pun bila ada program or tugas yang diberi barulah dia bergerak bersama kumpulan tu.Bila selesai, perempuan tua ni baliklah ke tempat dia n buar kerja2 rutin dia tanpa sibuk2 nk tau orang lain punya cerita.Tapi yang peliknya siburng murai pulak yang selalu mengambil tau cerita di perempuan tua dan menyebarkannya kepada orang lain. Perempuan tua tu taklah tau apa2.kalau cite betul ok juga.Ni fitnah semata-mata. Siburung murai tak sudah2 menabur fitnah lepas satu , satu sehingga dah kontroversi.Yang peliknya dah satu tmpat kerja tau perempuan tua ni tak tau2 juga fitnah tentang dirinya. Hinggalah ada satu , dua orang yang kesian bertanya tentang cerita yang disebar burung murai,barulah perempuan tua terkejut .Tahun ni je, burung murai dah berjaya taburkan 5 fitnah .Yang terkini, burung murai pergi ke tempat kerja lama perempuan tua, kerana ada tugas .Bila balik ke pjbat, burung murai pun mula tabur fitnah, kononnya perempuan tua telah meninggalkan nama yang busuk di tempat kerja lama.Staf dan student semua tak suka dn banyaklah cite2 negatif dia dapat. Persoalannya, ngapalah burung murai ni sanggup buat camtu.apa faedahnya?perempuan tua tu tak pernah kacau dia pun. Kalau tgk burung murai dengan bulu islamicnya memang perempuan tua jadi mangsa.Orang tak caya perempuan tua tapi kan percaya buruang murai kerana topeng islamicnya.

Aku hanya berdoa, minta allah ampunkan dosa burung murai.Takut2 tengah tabur fitnah, malaikatmaut datang, tak sempat minta maaf.Perempuan tua pun ati2,buat muhassabah banyak2, mungkin banyak hikmah di sebalik kejadian ini.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin