Sunday, September 13, 2009

raya terakhir buat mak

Tiap kali hari raya, aku dan suami sejak kawin dah buat perjanjian, kalau raya aidilfitri tahun ni kat rumah mak aku, raya aidil adha kat umah mak mertua.Tahun depanlak, aidil fitri di rumah mak mertua, aidil adha kat umah mak aku.Tiap kali aku balik ke rumah pak cik aku di kampung kerana mak aku tinggal ngan dia, aku mesti cari mak kat pondok di hujung dapur umah pak cik aku.Bukan mak aku tinggal di situ, dia tinggal di bilik dalam rumah yang pakcik aku sediakan untuk dia. Tapi di pondok tulah tempat dia memasak dan duduk berehat. Bukan aku tak belikan dapur gas dan mesin basuh baju tapi katanya dapur kayu lagi sedap,baju dia pun tak banyak,pakai tangan je tiap kali mandi dah selesai.itulah perinsip mak. Aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran mak.Yang pasti, tiap kali aku balik jumpa dia ,aku akan jumpa dia di pondok tu. Kadang-kadang dia tengah masak, kadang-kadang tengah kukur kelapa,atau tengah termenung.Pandangannya jauh ke hadapan tapi kosong.Aku tau mak sedih dengan kehilangan abah, orang yang dia sayang,tapi dia nafikan kasihnya kerana kecewa abah tinggalkan dia tanggungan dua orang anak.Tapi aku anya tau tapi tak dapat mengongsikan kesedihannya kerana aku tidak dapat menjiwai kemurungan mak.(sebab tu aku belajar tentang kaunseling hingga sekarang.mungkin aku boleh tolong orang yang macam mak,sebab dulu mak tak boleh aku tolong)
Hinggalah satu tahun tu, bila aku balik mak cakap ngan aku, 'long, mata mak tak nampak lagi.Apa pun tak nampak.mak hanya bergerak mengikut kebiasaan, laluan yang biasa dan peralatan yang biasa. Macam nak menjerit aku mendengarnya.Macam mana boleh jadi begini. Rasa nak meraung pun ada. Pakcik aku bukanlah orang terpelajar,fahaman dia pun kolot tentang perubatan moden ni.Aku berpakat ngan suami, bawah mak ke hospital tempat aku tinggal. Mak macam nak pulak.Kalau tak tu, dia memang tak nak ke rumah aku, kerana mabuk naik kereta, nanti kotor kereta kena muntah. ni tak ,senang je dia ikut aku.
Bila aku bawak ke dr pakar mata, dr kata, dua-dua mata mak aku dah teruk kerana penyakit kencing manis.Lagilah aku terkejut. Tapi dr kata,masih boleh dibedah dan dalam masa sama mak mesti makan ubat kencing manis. Rezeki mak juga, bulan tu, adalah seorang cina yang tak jadi bedah, maka mak aku dapat tarikh pembedahan untuk mata kirinya dulu.Kalau tak entah kena q berapa lama lagi.Sementara menunggu tarikh bedah, aku bawah mak berubat cara kampung urut dan makan air rebusan bemban sekali dengan ubat hospital. Semua mak tak banyak kerenah macam selalu. Alhamdulillah,mak turun cepat kencing manisnya. Hari nak bedah,mak ok je, anya dia pesan 'tunggu mak ye, jangan tinggalkan mak'.'Ye jangan bimbang kataku.' Memang aku setia tunggu dan urus mak kerana aku tak penah, lupa macam mana mak tunggu dan urus kehidupan aku.Sepanjang mak lepas bedah ,aku jaga mak, mandikan, suapkan makan,cucikan najis .Aku redha walau pun penat balik keja dan mengurus keluarga.Tapi..mak lebih penat dulu membesar dan menyara aku.Akhirnya mak sembuh,dan dia bagi tau aku dia dah boleh menjahit semula.Nampak kegembiraannaya.sambil tu mak masih teruskan rawatan mata dan kencing manis. Hinggalah tahun 2003. Sekali lagi mak dapat rezeki ada orang tolak pembedahan, jadi mak dapat giliran cepat lagi. aku terfikir,mungkin mak dulu ikhlas besarkan aku dan tak penah anggap aku beban, maka mak diberi kelonggaran oleh Allah.akhirnya mak selamat dibedah. Dua-dua mata mak dah boleh melihat semula. Aku tumpang gembira.
Malangnya ramadhan tahun tu, mak nampak murung sangat.Dia macam tak kuat lagi.Malam nak bangun ke bilik air pun pakcik aku pimpinkan.Jadi pakcik aku pujuk dia tinggal ngan aku. Dia nak pula.Hari aku datang ambil mak kat kampung, mak dah siap kemas baju dalam beg, mak cakap tak payah kemas yang lain lagi. aku diam je. Pastu mak kata nak pergi buang air kecik, aku antar dia. Masa aku pimpin dia duduk di kerusi aku berdiri depan dia,dia tengah berdiri nak ikat kain, boleh tiba-tiba dia jatuh tersembam,pecah bibirnya.Aku tak tau macam mana boleh jadi gitu.dalam sekelip mata. Aku bawak mak ke hospital kena 4 jahitan.Yang peliknya mak sikit pun tak rasa sakit masa dijahit tanpa bius.Di rumah aku, mak tak jalan lagi, mandi,aku letak kaki mak atas kedua kaki aku,peluk kuat2 mak dari belakang, jadi bila aku berjalan,mak dalam tanggungan pelukan aku.Aku nak rasa susahnya macam mana mak jaga aku dulu.lepas mandi, sikatkan rambut,kasi makan,mak dah tak puasa lagi.Hinggalah hari ke sepuluh,sehari sebelum raya,masa orang sibuk masak ketupat rendang,mak anya terbaring.Sempat juga dia ingatkan cucu2nya hati2 panjat tangga masa cat umah,nanti jatuh.Aku terkejar-kejar kejap ke dapur ,kejap ke bilik tengok keadaan mak.Petang sebelum orang berbuka aku dah siap masak ketupat,rendang dan kuah kacang.Aku bawah kat mak.Dia cakap nak sikit cecah kuah kacang.aku cubit adalah sebesar sekutul nasi ketupat suapkan kat mak, mak sembur keluar.Aku minumkan dia air kopi kegemarannya,dia sembur ke dinding.aku suapkan ikan puyu masak lemak kegemarannya,dia muntahkan dan aku terpaksa mandikan dia semula dan pakaikan bajunya. Pastu aku menangis sendirian.Aku telan airmata.Tak mahu anak2 syak apa2.Aku telefon pakcik aku,minta dia datang tengok kakaknya.Bila dia tanya kenapa...aku hanya menangis tak tercakap apa yang terbuku di hatiku bahawa mak dah tenat.
Malam mak anya baring.Adik dia datang lidahnya dah kelu.Semalam lepas adiknya balik,dia tidur dibahu aku hingga pagi.Kul 4 pagi,aku sedar, aku tanya dia mak nak baring kat bantal ke?Dia mengangguk.Aku baringkan mak,aku selimutkan dan aku tengok mak tidur lena.Aku ke dapur panaskan makanan untuk sarapan pagi raya sambil berganti-ganti menjenguk mak di bilik.Jam 6 aku siap sediakan juadah,aku bawak air suam nak lap badan mak dan bersihkan lampinnya.Alangkah terkejutnya ,mak dah berak hitam macam bayi baru lahir.Orang kata itu tanda dah akhir hayat.aku menangis sambil bersihkan mak.Aku tugas baju dan kainnya.Aku bedahkan dan sikat rambutnya.Aku peluk dan cium mak. Nafas mak pun dah macam lembu kena sembelih.Aku nangis.Aku tau mak akan tinggalkan aku tapi aku tak sanggup cakap perkataan itu.Pastu aku bagitau suami, pergilah sembahyang raya ngan anak2, aku tak ikut.Jangan ke mana2 sebab mak dah lain macam. Tepat jam 10pagi, selesai orang sembahyang raya aidilfitri, mak pergi dengan senang, hari jumaat.Sebelum jam 12 mak selamat dikebumikan.Rupa2nya,inilah raya mak yang terakhir untuknya, dan yang terakhir untuk aku menjaga dan meraikan dengannya.Aku kehilangan, kerana aku tak punya sapa2 lagi selain suami dan anak2.Tiap aidilfitri aku tetap teringat mak, aku tetap menangis tapi aku tak tunjukkan pada suami dan anak2.Tak ada orang yang boleh sayang aku macam mak sayang aku.Kalau mak ada tentu mak bersama aku bila aku dalam kesedihan ,mendengar luahanku dll.Yang tinggal anya kenangan.....Mak sentiasa dihatiku.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin