Sunday, September 6, 2009

Bila raya dah dekat

lebih kurang 13 hari lagi kita akan menyambut aidilfitri. Kemeriahan aidilfitri memang tidak dinafikan.Di radio dah mula berkemundang lagu-lagu raya. Saat2 beginilah aku terkenangkan masa kecik-kecik nak beraya. Masih aku ingat, macam susahnya aku dan mak nak menyediakan persiapan hari raya maklumlah kami orang miskin,ayah pula tak de dan tak penah ambil peduli. Tapi..aku cukup faham dengan kesusahan yang mak tanggung. Hari bagi kami orang miskin adalah saat yang paling mencabar untuk menyediakan keperluan seadanya.Kuih muih memang buat sendiri. Kuih kampung. Kuih moden memang tak menjamah.Seminggu nak raya aku dan mak bertunggus lumus buat kuih bahalu n bangkit kelapa.tak de oven.Bakar gunakan sabut.Cara tradisi. Berair mata kena asap. Leka je sikit kuih hangus.Pastu mak akan buat kuih ros atau kuih goyang kata orang NS.Kerepek pula pisang dan ubi kayu.Samada disira dengan gula atau garam je.Wajib dan dodol perkara wajib mesti ada.Semua aku masih ingat cara membuat dan dah aku praktikkan sejak aku kawin,bezanya sekarang pakai oven.
Tentang baju baru. Sebenarnya kat anak2 pun aku tak cite.Aku takde baju raya.aku beraya pakai baju putih sekolah n skirt yang mak beli dengan harga rm5 hasil jual sayur.Tu pun dah cukup mahal.Tiap tahun guna baju lama.Penah satu tahun tu, mak mampu belikan aku gown paras lutut, yang berlabuci,warna oren terang.Memang cantik.Harganya rm20 hutang ngan nyonya jual kain.Sepatu kulit tak original pun, harga rm10 pun hutang ngan nyonya tu. Tahun tu aku memang bergaya ngan baju cantik.Tapi lepas 2 hari raya mak simpan ,tak penah pakai sampai lah raya tahun depan. Malangnya aku dah cepat membesar, baju tu dah singkat dan agak sempit.tapi mak kata takpe sikit sempit pakailah.Sebab mak tak mampu berhutang lagi.aku pakai je.Kerana sehari je baju cantik.Raya kedua dah pakai kemeja lusuh dan seluar pendek yang diwarisi dari pakcik aku. Kasut kulit tu masih ada aku simpan hingga hari ini. Bila anak2 aku tanya ngapa masih simpan,aku cakap mak aku memang suka simpan barang2 kenangan. Padahal hanya mak dan aku yang faham betapa bernilainya kasut itu pada kami orang miskin.Baju nasib baik reput, kalau tak aku simpan juga.
Tapi..bila ada anak,aku cuba beri anak2 aku yang terbaik walaupun kadang2 anak2 tak suka dengan pilihan aku dan suami tapi mereka tak tau yang kami pilih tulah yang termampu. Aku selalu berdoa agar anak2 aku sedar tentang nilai mencari duit agar mereka tidak tergolong dari golongan orang2 yang lalai dan lupa tentang kemewahan, kesenangan semua datang dari allah dan ia bersifat sementara.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin