Sunday, April 18, 2010

Praktikum oh praktikum

Nak kongsi cerita tentang praktikum. Aku sibuk menyelia guru-guru pelatih Bimbingan dan Kaunseling KPLI , Pendidikan Khas PISMP dan KDC ,serta Prasekolah KDC. Aku ,macam nak rak membimbing dan menunjuk ajar guru pelatih,kononnya agar menjadi guru yang baik sebab mereka akan berkhidmat sekurang2nya 25-30tahun lagi.

2orang budak KPLI aku calonkan mereka cemerlang.Untuk Pendidikan Khas seorang Guru Pelatih KDC aku calonkan cemerlang.Ceritanya,yang KPLI masa rentasan, makan masa 1jam setengah.Tak de penyeliaan sesi kaunseling hanya soal jawab dan semakan buku rekod mengajar dan fail2.Untuk sesi kaunseling hanya berpandu kepada pita rakaman yang tak jelas.Hasilnya, dua pelajar ni tak layak dicalonkan cemerlang kerana sesi kaunseling tak mantap.

Ni pulak cerita rentasan untuk Pendidikan Khas yang dicalonkan cemerlang. Pelajar aku kata, ketiga-tiga pensyarah yang datang membuat rentasan, hanya soal jawab, tengok buku rekod mengajar,fail, temubual dengan jaga dan pekerja kenal tak kenal guru pelatih ni. Confirm dapat cemerlang.

Aku terkedu dan tertelan air liur melihat 'erti sebuah penilaian'. Aku tak dapat bayangkan rasa aku.Sedih, pilu, geram, marah dan yang paling kuat kesal.Kesal kerana yang dilatih adalah bakal guru yang akan berkhidmat lebih kurang 30thn yang akan datang. Yang bakal mengajar, anak cucu kita.Kalau macam nilah nilaian yang diberi aku tak tau macam guru yang bakal dilahirkan.

Yang cemerlang tak layak cemerlang.Yang tak layak dapat cemerlang.

PERSOALANNYA: DALAM KES NI SIAPA YANG SALAH, GURU PELATIH, PENSYARAH PEMBIMBING ATAU PIHAK YANG MEMBUAT RENTASAN?PIKIR2KANLAH.

1 comment:

  1. dalam kes ni bukankah semua dah dicalonkan untuk rentasan. penilai dtg untuk mengesahkan je layak or tak digelar cemerlang. for me, mereka dah pun LAYAK at the first place. So x timbul isu yg lyk xdpt, xlyk dapat. Lainla klu yg patut gagAl tetiba dapat cemerlang. pelik2 la ko ni.

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin