7-11Mac aku berpeluang melawat Sk.Tangap,Sk.Tagageng dan Sk Agama di daerah Subis, Miri, Serawak. Kami ke sana bertujuan untuk melihat perkembangan Pendidikan Khas di sekolah rendah kawasan pendalaman dan membuat perbandingan dengan kawasan bandar. Kami juga bertuah kerana 30 orang ahli rombongan berpeluang singgah seharian di Brunei , untuk melawat sebuah sekolah rendah di sana dan mendengar taklimat Unit Pendidikan Khas tentang program Pendidikan Khas dan fungsinya di Brunei.
Perjalanan yang memenatkan keSK.Tangap di kawasan pengingapan penduduk rumah panjang memakan jarak 2jam perjalanan dengan bas, sejauh 3.5km berjalan kaki, 10minit menaiki bot amat memberikan pengalaman yang bermakna.Melihat sekolah dan persekitaran yang masih perlu perhatian dari pihak yang tertentu. Di tangap, aku rasa bukan calang2 guru yang boleh berkhidmat di sana.aku juga rasakan kenikmatan dan kemanisan ramah tamah dan mesra kakitangan Sk.Tagageng yang bertungkus lumus menyambut kedatangan.Bukan sekadar gembira dijamu dengan udang galah, tetapi terkedu bila dikatakan sungai tempat kami menyeberang ada buaya.Namun kami mempelajari sesuatu di sini bahawa walau jauh di pendalaman tetapi suasana yang tenang, damai dan kawasan sekolah yang betul2 bersih membuatkan aku terpesona.Tahniah kepada pihak pentadbiran. Melihat pengurusan asrama di mana terkumpulnya anak2 semuda 7-12 tahun aku begitu kagum sekali. Bagaimana anak2 ini mampu mengurus diri, kebersihan bilik tidor, pakaian dan makan minum mereka. Memang sesuatu yang mengkagumkan.
Berhijrah sebentar ke Brunei, memberikan pengalaman betapa mewah mereka di sana, bilik pendidikan khas yang kondusif, luas dan berhawa dingin.Ada psikologis yang memantau tugas guru dan tugas anak2 yang terlibat dengan pendidikan khas.Turut bertuah dengan adanya bilik terapi untuk anak2 ini.
Walau apapun. adalah satu yang memuaskan hati dapat bersama2 merantau menimba ilmu pengetahuan dan mengembangkan pengalaman yang diperolehi dengan guru2 pelatih yang mungkin berkhidmat di kawasan pendalaman.
No comments:
Post a Comment