Wednesday, April 21, 2010

Nak jadi guru yang mana?

guru seperi ros yang harum dan disenangi ramai..

Pagi tadi seorang student telefon aku, katanya dia dah selamat diselia buat kali terakhir sepanjang praktikum ni. Citenya pensyarah kata saya dah nak bagi awak 90markah bila dengar awak bersungguh nak gunakan IT sebagai BBM awak semasa mengajar.Tapi bila tengok awak guna sekadar untuk ada tidak menyeluruh, tak jadilah.Saya boleh bagi 80 sahaja. Kata student tadi lagi, bagus juga, jika 90 dia akan menjalani proses rentasan untuk memastikan dia benar2 cemerlang.Dia tak nak kerana katanya sangat memenatkan sepanjang 3 bulan praktikum ni.Sekarang pun dah takde mood.Terdiam aku.

Bayangkan 3 bulan sangat memenatkan.Bagaimana untuk 30 tahun akan datang.Maka terpikir difikiran aku, guru yang manakah pilihan di hatinya.Guru yang seperti seekor kucing jinak yang disenangi oleh anak murid, yang pandai membelai dan dibelai, yang mudah untuk didekati dan dikongsi keseronokan ,atau guru yang seharum mawar, sentiasa cantik berseri, ceria, memberikan khidmat yang tulus, yang diingat oleh setiap insan, sesiapa boleh bersamanya tapi ada had batasan seperti duri mawar yang pandai menjaga maruah dan harga diri atau pun dia akan memilih untuk menjadi guru seperti Cheetah yang sentiasa mengejar masa, berlari dan berlari mencari peluang dan ruang untuk membantu anak-anak muridnya tampa rasa letih dan putus asa.Padanya tiada masa untuk dirinya hanya anak-anak didik yang bergantung kepadanya.

Wahai pelajarku, fikirlah guru yang manakah pilihan mu?Atau kau akan menggabungkan ke tiga-tiga guru itu menjadi satu dalam dirimu?Fikirkanlah untuk 30 tahun akan datang demi bangsa Melayu yang tak hilang di bumi.

1 comment:

  1. mak, along minta maaf sebab bila alg baca post ni dulu, alg terus mesej mak cakap kenapa mak masukkan cerita alg dalam blig mak sebab alg fikir alg luahkan cerita alg pd mak sebagai mak dn anak...

    kini mak dah takda.. tulisan mak yg temankan alg..maafkan alg, mak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin