SYAWAL INI- 2013....
Tahun ini, kali kedua aku dan anak-anak ku beraya tanpa arwah isteri. Walaupun anak-anak nampak riang tetapi riak kesedihan tersingkap juga. Anak-anak lelaki bertambah sedih bila along bukan sahaja tidak beraya bersama-sama kali ini tetapi tidak dapat dihubungi dan tidak ketahuan ke mana dia pergi. Mereka SMS,telefon tetapi tak berjawab. Bila pergi ke rumah atuk mereka, tak tahu nak jawab bila atuk, mak-mak saudara bertanya di mana along. Semua tak tahu nak jawab apa. Aku cuma jawab, mungkin dia di somalia.
Semasa arwah ada, dia selalu membayangkan suasana yang ceria bersama anak-anak dan cucu-cucu. Syukur juga dia pergi dahulu, tak hadapi suasana ini. kalau arwah ada tentu remuk hati dia, along ntah kat mana tanpa khabar berita.
Aku selalu mengingatkan arwah, jangan terlalu mengimpikan yang indah-indah dan jangan terlalu mengharapkan anak-anak akan menjaga kita. Seorang demi seorang anak akan meninggalkan kita bila mereka berkeluarga. Mereka akan sibuk dengan keluarga sendiri dan akan "terlupa" kewujudan kita. Sekarang aku sentiasa mengingatkan diri aku sendiri, supaya tidak mengimpikan yang indah-indah bersama-sama dengan anak-anak. Aku perlu menjaga diri dan bersedia untuk hidup sendiiri...dan bila aku bersara nanti....seperti yang dirancang bersama arwah, aku dan arwah akan "mengembara" bersama kenangan.
No comments:
Post a Comment