Sunday, January 12, 2014

CERITA SEORANG KAWAN II

Sebagai seorang kaunselor Rawana berpegang pada teori psikonalisa, gestalt,behavoris dan realiti. Dia menggunakan teori-teori ini dalam sesi-sesinya sama ada satu teori atau gabungan teori.

Sebagai seorang penolong kanan dia sangat prihatin dengan guru-guru nya. Seorang guru anak dara namanya Ina tiba-tiba menjadi pendiam dan menyendiri. Rawana telah memanggil Ina ke pejabatnya dan bertanya apa sebenarnya yang sedang berlaku. Maka berlangsung sesi kaunseling yang berlarutan selama hampir 3 bulan. Rawana pernah dipanggil  guru besarnya kerana dia menyesyaki mereka ada hubungan sulit. Selepas Rawana menjelaskannya, barulah guru besar faham.

Ina telah bertunang dan akan berkahwin dalam masa 4 bulan lagi. Masalah timbul bila ex boy friend kembali menagih kasih. Pertunangannya adalah atas pilihan keluarga. Bila ex boy friend muncul semula perasaan nya berbelah bagi. nak kawin nak putus nak kawin nak putus.

Sepanjang sesi Rawana banyak menggunakan teori psikoanalisa menggunakan teknik perkaitan bebas, tranferens dan terapi lukisan. Bermula dengan terapi lukisan diikuti dengan perkaitan bebas dan tranferens. Selama tiga bulan sangat-sangat mencabar kerana teknik tranferens sangat-sangat "bahaya" kerana mungkin Rawana terjebak dalam "counter tranference" Rawana mengawal keadaan dengan baik dan sesi berlangsung dengan lancar.

Pada penamatan sesi, sesuatu yang mengejutkan Rawana  bila Ina berkata."Kenapalah cikgu lambat hadir dalam hidup saya" Tersentap hati Rawana tetapi keadaan terkawal,      " Saya bantu awak kerana awak guru jagaan saya. Saya ada isteri kan. Sayang saya adalah sayang seorang ketua kepada orang bawahannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Awak fahamkan." Ina mengangguk dan diam. Satu permintaan Ina, " Bila saya nikah nanti saya nak cikgu datang ke majlis saya"  Rawana menjawab," Kalau saya datang pun bukan dapat jumpa awak." Permintaan Ina lagi," Bila Cikgu datang, jumpa lah saya, saya akan beritau ayah saya."

Pada hari pernikahan Ina, Rawana pergi dan bila berjumpa ayah Ina, Rawana disuruh masuk ke bilik pengantin untuk  berjumpa Ina." Hahahaha pengantin lelaki lom masuk bilik aku yang masuk dulu." dalam hati je kata Rawana.  Sekejap tetapi sangat mengesankan, Ina tersenyum sambil mengucapkan terima kasih atas kehadian Rawana. Yang pasti Ina menangis bila Rawana memberinya sajak 52 baris sebagai hadiah dan panduan untuk Ina mengharungi kehidupan berumah tangga nanti. Itulah kali terakhir mereka berjumpa.

Aku tanya Rawana. " Bro,hati lu camne?" Rawana menjawab." Wa mana ada perasaan. Lu tau wa kan. Mission accomplished- the end hahahahahaha you know me hahahaha" Jawapan yang menimbulkan pertanyaan yang tak pasti jawapannya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin