Thursday, January 16, 2014

CERITA SEORANG KAWAN VI

Seorang pembaca yang mengikuti blog Sepanjang Jalan Kenangan bertanya kena Rawana sedangkan Rawana adalah watak antogonis. Berdasarkan cerita, Rawana adalah watak baik yang menjadi mangsa keadaan. Mungkin benar kata pembaca tu tetapi akau namakannya Rawana kerana sebanyak 11 kali dia menggelarkan dirinya Rawana dalam antologi puisi tersebut

Tapi akulah rawana
Yang terpaku
Dek sinar mata sita

Rindu menjadikan aku rawana yang menakluk sita bertaruh nyawa

Akulah Rawana Itu- 8 kali

Aku kian lemas
Dalam pelukan rawana-musuhmu!!!!

Rawana dalam sajak kedua untuk arwah isterinya menyedari dia adalah Rawana dalam kisah cinta isterinya.

Terima kasih perempuanku
Setelah kau kau memengertikan hati ini
Ku menangi dirimu adalah suatu kegagalan sebenarnya
Betapa aku sedar itu satu perjudian

Rawana juga sedar apa yang berlaku adalah satu perjudian kerana dia tahu dan sedar arwah isterinya mempunyai teman lelaki sebelum mengenali dirinya. Cuma Rawana tidak tahu betapa dalamnya kasih arwah isterinya kepada teman lelaki. Dia sedar dia merupakan orang ketiga yang mengganggu kisah cinta arwah isterinya. Sebab itu Rawana sedar dia sebenarnya gagal dalam kejayaan memenangi hati arwah isterinya. Dan Rawana terkesima kerana terlalu sayang isterinya hingga lupa apa yang dia sedar sebelum ini.

Bila dia berkasih dan bertunang dengan isterinya, dia merasakan dirinya adalah Rawana yang dapat memenangi Sita dari Rama tanpa disedarinya, satu masa nanti Sita sebenarnya sangat-sangat menyintai Rama.


Aku namakan kawan ku Rawana kerana sememangnya dia adalah Rawana dalam dunia realiti.

Wednesday, January 15, 2014

CERITA SEORANG KAWAN V

Membaca sajak-sajak Rawana menimbulkan banyak persoalan. Kata Rawana sajak-sajaknya adalah sebahagian catatan pengalaman  hidupnya. Rawana namakan  antologi sajak-sajaknya “SEGALANYA ADA LAH RASA”  salah satu tajuk  sajaknya yang di tulis semasa di Mekah.. Antologi sajak ini terbahagi tiga bahagian. Bahagian pertama sajak-sajak untuk tunang dan isterinya, bahagian dua sajak-sajak dirinya yang agak misteri- yang akan aku ulas kemudian berdasarkan cerita-cerita Rawana, bahagian ketiga adalah sajak-sajak berkisar kekecawaan hatinya bila mengetahui apa yang dilakukan oleh isterinya.

Aku tertarik dengan dua sajak Kita Hanya Kawan i dan ii. Aku sakat Rawana, “ Ni mesti perempuan jatuh hati kat lu. Cecite sikit”. Rawana ketawa, “Bro. hari ni wa cerite, lu dengar, lu simpan sebab lepas ni kite tak jumpe lagi tau.Lu simpan itu sajak, jangan publish. Tu untuk lu. Bila lu ingat wa,lu baca,gerenti meleleh air hingus lu hahahaha.” Itu lah Rawana yang tak abis-abis dengan guraunya.

Awal tahun 90an, Rawana menghadiri kursus selama 4 bulan di Kuala Lumpur. Dia pergi ke KL menaiki kapcai je. Sebelum subuh hari Isnin bergerak dari rumahnya ke tempat kursus, selepas asar hari Jumaat dia akan bertolak balik dari KL ke rumahnya setiap minggu. Di tempat kursus dia digelar professor sebab konon-kononnya banyak ilmu dan petah berdebat. Penceramah pun panggil dia prof. Sepanjang kursus, makan minum tidak disediakan tetapi makan minum Rawana dibayar oleh kawan-kawan sekursus dan penceramah. Bila dia nak bayar, ada saja yang nak belanja. Sebenarnya sepanjang hidupnya, Rawana suka belanja orang makan. Mungkin sepanjang kursus itu, kebaikannya mendapat balasan.

Berbalik kepada cerita sajak tadi. Ada seorang peserta kursus seorang perempuan yang aku namakan Sara sangat suka merenung Rawana yang tak hensem tu. Rawana tanya Sara,”Awak asyik renung saya, nape?”  Sara terkejut, “Saje je. Suka tengok awak. Happy je.” Rawana sengih. Satu hari, Sara mendapat berita ayahnya sakit. Kelam kabut Sara. Rawana apa lagi, menawar diri menghantar Sara dengan kapcainya ke Puduraya yang mengikut kiraanya paling lama stengah jam sampai. Kalau naik teksi atau kereta paling cepat 45 minit. Bedezup Rawana bawak motor. Sejak itu mereka menjadi rapat macam sepasang kekasih.

Sara seorang anak dara yang sudah bertunang dan akan berkahwin bulan disember tahun itu. Keakraban Sara dan Rawana jadi gurauan rakan-rakan sekursus. Sara selalu menjawab, “Kita hanya kawan” Memang benar, mereka hanya berkawan. Istilah sekarang teman tapi mesra. Rawana selalu bawa Sara ke Pasar Seni melihat persembahan Imuda, Sabri Yunus dan rakan-rakan atau ke  Dewan DBKL menikmati puisi dan lagu-lagu puisi dan MATIC menonton teater menaiki kapcainya.

Sara selalu meluahkan perasaan gundah dan resahnya pada Rawana. Bila menangis dan hiba, dia akan menangis di bahu Rawana.Sara selalu bertanya tentang keluarga Rawana. Tentang keluarga Rawana tidak pernah merahsiakannya. Tidak ada rahsia antara mereka.


Pada hari terakhir kursus mereka keluar untuk kali terakhir. Rawana membawa Sara duduk di bukit menghadap Istana Negara melihat gelagat pelancong yang datang sambil bercerita, bergurau dan bersenda, usik mengusik. Rawana membawa Sara makan malam di Restoran Melayu di Titiwangsa. Makan malam terakhir mereka. Selesai makan Rawana menghantar Sara balik ke rumah dan menghantar Sara hingga ke pintu rumahnya. Tak disangka-sangka Sara memeluk Rawana, “ Terima kasih menemani saya sepanjang masa ini, menggembirakan saya dan mengajar saya erti kasih sayang. Awak terlalu baik buat saya. Terima kasih” Rawana terkedu tak terkata apa-apa. Sejak malam itu, semuanya tinggal kenangan bagi Rawana. Cume sesekali Sara mengutus surat dan kad jemputan  perkahwinannya. Dua sajak “Kita Hanya Kawan i” adalah catatan kenangan Rawana bersama Sara, sajak “Kita Hanya Kawan ii” adalah pengakhiran hubungan mereka. Rawana telah melagukan sajak “kita Hanya Kawan ii” dihadapan ku. Tak sedap langsung suaranya. Aku perasaan Rawana menyeka air matanya. Kenapa? Aku tak pasti……..

Monday, January 13, 2014

CERITA SEORANG KAWAN IV

Kali ni aku nak cerita tentang Rawana dengan perempuan. Seperti yang aku dah tulis dalam Cerita Seorang Kawan i, Rawana ni bukannya handsome pun- muka brutal,garang dan tak mudah senyum tapi satu sifatnya yang mulia (hehehehe) ialah prihatin dan mudah menolong orang. Dia ada cerita yang seorang kliennya pernah menegurnya," Cikgu ni terlalu baik. Jangan sampai orang manipulate cikgu." dan dia juga beritahu aku seorang kawannya menghina," Kalau ada perempuan yang tergila kat kau, aku rasa perempuan tu buta atau gila atau desperate." Aku tanya Rawana apa respond dia bila kawannya kata camtu.Dia ketawa,"Mamat tu tak tahu, ketidakhenseman aku ni menyebabkan  ramai perempuan yang terpikat pada aku. hahahahaha"Walau pun riak wajahnya yang sedemikian rupa, ramai perempuan yang terpikat padanya. Rawana buka cerita dia dengan perempuan. 

Pada usianya lebih kurang 32 tahun, seorang guru perempuan berstatus anak dara duduk berdepan dengannya bertanyakan bagaimana layanan isterinya. Rawana bercerita satu demi satu dengan jelas dan teratur. Guru tu tengok je Rawana. Selesai bercerita guru tersebut diam je. Rawana pun bertanya, "Kenapa you tanya?" Guru tu menjawab perlahan," Terus terang saya tertarik dengan cikgu.Hendak berkongsi hidup dengan cikgu tetapi setelah saya dengar bagaimana isteri cikgu layan cikgu, saya rasa saya tak layak untuk menjadi isteri cikgu" Booooooom, sebutir bom meletup menggegar ruang jantungnya.. Aku pun cucuk dia,"Bro lu tak hensem pun anak dara berkenan. Apa ilmu lu pakai? Macam biasa,"Hahahaha, you always under estimate me bro. See the leg la. Wa tak hensem tapi manis ada hehehehe."

Semasa bertunang, Rawana pernah diuji kesetiaannya. Seorang ustazah menulis surat menyatakan kesediaan menjadi isterinya. Bergegas Rawana ke rumah ustazah tersebut menolak dengan baik. "Wa heran la bro, lu ni nape ramai sangat perempuan yang minat kat lu. Wa ingat lu ada memakai la" aku terjah dia. "Betul lah bro. Wa akui wa ada memakai......pakai underwear hahahahaha." gelak Rawana. Cinabeng punya Rawana.

Pada tahun 2007, sekali lagi Rawana diuji. Seorang lagi ustazah berjumpa dengannya konon-kononnya ada masalah. Ustazah tu spontan bertanya," Encik, boleh saya tanya sikit." " Tanya banyak pun boleh. Apa dia" Jawab Rawana.. "Encik ada tiga lagi kuota kan. Boleh saya mintak satu?" tanya si ustazah tu. "Mak oiiiii bro, orang offer baik punya, Apa lu respon?" aku asak dia. "Ye, tapi kena tanya isteri saya. Tu pun isteri saya"  Kebetulan isterinya ada dekat dengan nya. Ustazah tu tanya soalan yang sama pada isteri Rawana. Isteri Rawana jawab," Tanya tuan badan sendiri" Tapi Rawana seorang yang setia, dia menolak dengan baik.

Peristiwa "peminangan" perempuan tak berakhir disitu. Seorang pelajar Rawana yang di panggil Kak Na juga terpikat dengan Rawana. Semasa di dalam kelas, sebelum memulakan pengajaran, dia terdengar Mariam  mendesak Kak Na pergi bercakap dengan Rawana. Rawana ke tempat Kak Na dan Mariam. Kak Na tunduk je. Lalu si Mariam bertanya bagi pihak Kak Na."Cikgu, Kak Na segan nak cakap. Kak Na ajak Cikgu kawin. Mak bapak dia dah setuju." "Mak datukkkkkkkkk offer baik betul" kata ku. Rawana yang bercerita tersenyum meleret. Tapi Rawana tetap macam biasa, menolak dengan baik.

Rawana banyak bercerita tentang "peminangan" yang diterimanya. Ini cuma sebahagian dari cerita-ceritanya. Yang aku tertanya-tanya kenapa perempuan boleh terpikat pada Rawana yang tak hensem langsung tu. Aku jeles laaaaaaaaa

Sunday, January 12, 2014

CERITA SEORANG KAWAN III

Mungkin satu kebetulan. Kami berkahwin pada bulan dan tahun yang sama. Isteri kami meninggal dunia pada tahun yang sama. Rawana lelaki misteri kali ini bercerita tentang diri nya tanpa aku pinta. Aku jadi pendengar yang paling setia.

Walaupun raut mukanya yang brutal, garang dan sukar senyum dia mempunyai taman dalam hati. Suka menulis sajak, Hari tu dia serahkan cd yang mengandungi  sajak-sajaknya. "Woi, wa tak sangka lu jiwang jugak la bro hahahaha" aku terjah dia. "You under estimate  me, wa ada perasaan halus jugak la. Lu ingat wa ni ganas sangat sangat ke hahahaha." balasnya. Aku ambil laptop dan baca sajak-sajaknya hingga ke sajak Monolog Suami Bangang aku terhenti. "Apa crita ni bro?" tanya aku. Dia tersengih macm kerang busuk.

Rawana- manusia misteri menyingkap cerita yang lama dia pendam. Rupa-rupanya dalam gelak ketawanya, riak cerianya tersimpan kisah yang menyayat hatinya. Rawana yang "gila" rupa-rupanya menyimpan duka sekian lama, Semua gerak laku yang happy go lucky, selalu menyanyi, gelak tawanya dan sifat workoholic adalah untuk membalut lukanya.

Kisahnya bermula bila isterinya menyambung pelajaran. Terdapat riak perubahan pada tingkah laku isterinya setiap kali balik pada hujung minggu. Bila habis pengajian, isterinya selalu menyatakan hendak ke Pulau Pinang dan  Terengganu. Rawana senang hati hendak membawa isterinya ke mana-mana je. tetapi isterinya hendak pergi sendiri. Itu yang menghairankan Rawana dan menimbulkan banyak pertanyaan. Selama ini ke mana-mana sahaja mereka akan pergi berdua. Selepas tiga tahun peristiwa itu, mereka bercadang mengerjakan umrah. Malangnya isterinya berkursus selama tiga minggu dan tamat sehari dari tarikh dijangka berlepas ke Mekah. Semasa isterinya berkursus tergerak dihati Rawana untuk "mengusik" isterinya dengan menyamar sebagai Anuar, Dengan menggunakan nombor baru, Rawana bersms dengan isterinya dn terbongkarlah cerita yang isterinya telah mencari bekas kekasihnya pertama di Pulau Pinang dan Terengganu. Remuk hati Rawana. Rawana telah mengambil isterinya di tempat kursus sehari sebelum berlepas ke Mekah. Rawana bertanya apa yang berlaku. Tidak ada jawapan yang pasti dari isterinya. Jawapan yang terkeluar ialah tak tahu kenapa dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. 

Rawana adalah Rawana yang tidak mahu menghampakan orang tersayang. Dia berusaha mendapt kan segala maklumat tentang bekas kekasih pertama isterinya. Alamat, tempat kerja, nombor telefon dan lain-lain. Diberikan kepada isterinya untuk memudahkan dia menghubungi bekas kekasihnya itu.

Semasa menunaikan umrah, Rawana berdoa di multazam  agar isterinya diberi lelaki yang baik dan dapat membahagiakannya.Sekembali dari mengerjakan umrah, Rawana hidup seperti biasa dengan gelak ketawa dan cerianya. Selang dua tahun, Rawana terpukul sekali lagi bila dapat tahu isterinya telah bertemu semula dengan bekas kekasih keduanya pula. Rakan sejawat isterinya yang merupakan suami kawannya ketika baru posting dahulu. Mereka merancang untuk berkahwin, walaupun ketika itu,Rawana dan isteriya sudah bertunang. Sekali lagi Rawana terjelepuk jatuh terduduk,hati hancur berderai bagai kaca terhempas. Kalau dahulu Rawana memyamar sebagai kekasih pertama isterinya. kali ini dia membaca setiap e mail mereka berdua, Entah bagaimana Rawana boleh access e mail isterinya. Katanya pada masa itu jari-jari bagai digerakkan oleh suatu kuasa menaip pasword dengan betul. Rawana bertanya isterinya apa yang berlaku tetapi isterinya merenung marah dan berkata,"awak mengganggu privasi saya"  Berdentum bagai ditembak senapang gajah.

Bila teringat kembali doanya di Mekah, Rawana telah meminta isterinya sama-sama mengerjakan solat istikharah selama tujuh hari. Hasilnya, Rawana diberi petunjuk untuk melepaskan isterinya. Rawana bertanya isterinya apa petunjuk yang isterinya dapat tetapi isterinya diam sahaja. Kata Rawana " Dengan petunjuk yang saya dapat selama 7 hari beristikharah, puncak segala kasih sayang saya pada awak, sekiranya awak telah bersedia untuk bersama dia, saya bersedia lepaskan awak demi kebahagian awak. Saya hargai kasih sayang awak selama ini.Terima kasih kerana melayan saya sepanjang kita bersama-sama. Saya beri masa untuk awak berfikir dan buat keputusan yang paling untuk awak,bukan untuk saya. Saya akan  hidup seperti biasa"

Selepas sebulan, isterinya memberi kata putus untuk terus hidup bersama-sama Rawana. Rawana terima dengan tangan terbuka dan berjanji," Selagi awak hendak hidup dengan saya, saya akan tunaikan tanggungjawab,terus menyayangi dan jaga awak sebagai suami sampai saya mati. Saya tidak mengharapkan awak melayan saya sebagai suami. Teruskan kehidupan awak seperti yang awak hendak. Saya tidak akan mengganggu privasi awak, kehidupan peribadi awak. Sebaik sahaja awak keluar dari rumah  untuk berkerja, saya tidak akan campur urusan awak. Bila balik ke rumah, saya akan layan awak sebagai seorang isteri."

Rawana adalah Rawana yang mengotakan janji-janjinya. Dia tidak lagi mengambil tahu tentang isterinya bila isterinya keluar berkerja. Tidak pernah bertanya tentang kerja atau apa yang berlaku semasa isterinya di luar rumah. Kalau dahulu Rawana selalu telefon atau sms tetapi sejak itu dia tidak lagi ambil peduli. Bila di rumah dia melayan isterinya sebagai seorang isteri. Kehidupan bersuami isteri terhad di rumah sahaja.

Rawana adalah Rawana yang terus menyayangi dan menjaga isterinya sehingga isterinya menghembuskan nafas terakhir walau pun hatinya telah dicincang lumat. Rawana masih ketawa dan ceria seperti Rawana dahulu.


CERITA SEORANG KAWAN II

Sebagai seorang kaunselor Rawana berpegang pada teori psikonalisa, gestalt,behavoris dan realiti. Dia menggunakan teori-teori ini dalam sesi-sesinya sama ada satu teori atau gabungan teori.

Sebagai seorang penolong kanan dia sangat prihatin dengan guru-guru nya. Seorang guru anak dara namanya Ina tiba-tiba menjadi pendiam dan menyendiri. Rawana telah memanggil Ina ke pejabatnya dan bertanya apa sebenarnya yang sedang berlaku. Maka berlangsung sesi kaunseling yang berlarutan selama hampir 3 bulan. Rawana pernah dipanggil  guru besarnya kerana dia menyesyaki mereka ada hubungan sulit. Selepas Rawana menjelaskannya, barulah guru besar faham.

Ina telah bertunang dan akan berkahwin dalam masa 4 bulan lagi. Masalah timbul bila ex boy friend kembali menagih kasih. Pertunangannya adalah atas pilihan keluarga. Bila ex boy friend muncul semula perasaan nya berbelah bagi. nak kawin nak putus nak kawin nak putus.

Sepanjang sesi Rawana banyak menggunakan teori psikoanalisa menggunakan teknik perkaitan bebas, tranferens dan terapi lukisan. Bermula dengan terapi lukisan diikuti dengan perkaitan bebas dan tranferens. Selama tiga bulan sangat-sangat mencabar kerana teknik tranferens sangat-sangat "bahaya" kerana mungkin Rawana terjebak dalam "counter tranference" Rawana mengawal keadaan dengan baik dan sesi berlangsung dengan lancar.

Pada penamatan sesi, sesuatu yang mengejutkan Rawana  bila Ina berkata."Kenapalah cikgu lambat hadir dalam hidup saya" Tersentap hati Rawana tetapi keadaan terkawal,      " Saya bantu awak kerana awak guru jagaan saya. Saya ada isteri kan. Sayang saya adalah sayang seorang ketua kepada orang bawahannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Awak fahamkan." Ina mengangguk dan diam. Satu permintaan Ina, " Bila saya nikah nanti saya nak cikgu datang ke majlis saya"  Rawana menjawab," Kalau saya datang pun bukan dapat jumpa awak." Permintaan Ina lagi," Bila Cikgu datang, jumpa lah saya, saya akan beritau ayah saya."

Pada hari pernikahan Ina, Rawana pergi dan bila berjumpa ayah Ina, Rawana disuruh masuk ke bilik pengantin untuk  berjumpa Ina." Hahahaha pengantin lelaki lom masuk bilik aku yang masuk dulu." dalam hati je kata Rawana.  Sekejap tetapi sangat mengesankan, Ina tersenyum sambil mengucapkan terima kasih atas kehadian Rawana. Yang pasti Ina menangis bila Rawana memberinya sajak 52 baris sebagai hadiah dan panduan untuk Ina mengharungi kehidupan berumah tangga nanti. Itulah kali terakhir mereka berjumpa.

Aku tanya Rawana. " Bro,hati lu camne?" Rawana menjawab." Wa mana ada perasaan. Lu tau wa kan. Mission accomplished- the end hahahahahaha you know me hahahaha" Jawapan yang menimbulkan pertanyaan yang tak pasti jawapannya.
CERITA SEORANG KAWAN-i

Lama aku tak update blog ni. Bukan apa dah tak tau nak tulis apa lagi. Tapi bila seorang kawan aku ni datang ke rumah aku setelah hampir 5 tahun tak berjumpa memberi aku idea untuk menulis semula. Tu pun setelah meminta kebenaran dari nya.

Mula-mula aku nak bercerita serba sedikit tentang kawan aku ni. Aku kenal dia semasa sama-sama belajar di UKM. Umur lebih kurang sebaya. Rupa hampir-hampir seiras. Kawan-kawan panggil kami kembar sebab tak berenggang. Pergi UKM sama-sama naik kapcai, peperiksaan duduk dekat-dekat, keluar awal masa peperiksaan sama-sama. biasa aku keluar dulu dia akan ikut keluar. Aku kenal keluarga dia dan begitu sebaliknya. Aku namakan dia Rawana-watak antagonis dalam Hikayat Ramayana.

Rawana-seorang kaunselor yang boleh dikira hebat. Seorang periang, mudah membantu orang lain, suka menyanyi, seorang pendengar yang baik disebalik raut wajahnya yang brutal hehehehe. Orang yang tak kenal dia, akan seram sejuk bila berhadapannya dengannya. Orang selalu kata dia sombong tetapi sebenarnya dia seorang happy go lucky, peramah dan boleh ke tepi dan ketengah. Ramai yang dah kenal akan suka dengannya. Kutuklah dia, keji lah dia, hinalah dia- paling kuat dia akan senyum dan tersengih. Yang pasti Rawana seorang yang sangat misteri. Serapat mana dengannya, banyak yang disembunyi dan dipendam kerana dia penuh rahsia. Dia akan menjawab soalan-soalan dengan penyataan yang menimpulkan persoalan-persoalan lain. Dalam kata lain jawapannya menimbulkan pertanyaan.

Semasa belajar di UKM, dia pernah mengangkat seorang rakan wanita mengandung yang pengsan dari tingkat 3 besahaja je  kerana ambulan dan tunggu kat bawah tapi masalah nak usung guna strecher. Dah hampir 10 tahun peristiwa tu belaku, perempuan tu baru tahu, Rawana yang angkat dia ke bawah.

Semasa di sekolah rendah, dia dikenali sebagai ' the singing teacher" kerana suka menyanyi. Murid-murid takut dengannya kerana sangat tegas dan berjalan sekeliling sekolah dengan rotan. Rawana sanggup pertahankan rakan sejawatnya. Dua orang guru besar hendak ditumbuk dan ditamparnya kerana memberi arahan yang bukan-bukan kepada guru-guru. Orang PPD atau nazir pun sanggup dilawannya. Pernah ketua nazir dicabarnya  ke sekolahnya untuk pantau dan berdiskusi tapi sehingga dia bertukar sekolah, ketua nazir tak juga datang-datang. Rawana boleh dikategorikan sebagai "gila" yang "workoholic". Dia berada di sekolah dari 6.30 pagi hingga 10.00 mlm. Tidur di sekolah adalah perkara biasa baginya. Sekolah yang berhantu kononnya tak jadi masalah sebab hantu-hantu takut padanya.Pernah ke sekolah jam 3.00 pagi memantau jaga. Beberapa kali jaga terperangkap dengannya. Rawana seorang Penolong Kanan yang menjiwai kerjanya tetapi dibenci oleh guru-guru kerana sifat gila kerja.

Banyak ideanya biasa-biasa je tetapi dilaksanakan secara luar biasa. Guru-guru tak dapat mengikuti caranya. Ada yang mohon berpindah. Rawana akan bantu cikgu tersebut bertukar dan dia akan pastikan guru tersebut dapat sekolah yang dikehendakinya. Dia akan ke PPD berunding sampai dapat. Dia boleh warning pegawai PPD "kalau cikgu saya tak dapat tukar ke sekolah tu saya akan tahan cikgu ni di sekolah saya sampai dapat" Pernah seorang cikgu bermasalah ditempatkan di sekolahnya. Bila  pegawai PPD pantau dan bertanya tentang guru tersebut dia bertanya pada pegawai PPD, " Apa masalah cikgu ni? Dia tak de masalah pun. Buku rekod tak buat? Kat sini dia buat- check la kalau tak percaya. Datang lambat? Kat sini dia kena balik lambat- tanya murid-murid kalau tak percaya. Ok je. Mungkin Guru Besar sekolah lama dia yang bermasalah sebab tak tau handle masalah. Masalah kecik je " hahahaha gila betul Rawana ni. Rawana pernah menyuruh  dua kumpulan nazir persekutuan yang datang menyiasat kes di sekolahnya. "kalau tuan-tuan datang ke sini untuk mencari kesempurnaan, pergi balik, balik lah dari membuang masa kat sini. Di sini tak sempurna tetapi kami cuba menjadi sempurna. Allah sentiasa menguji sebab tu iblis dan syaitan masih wujud hingga hari kiamat" Terkedu nazir-nazir tersebut.

Pernah memohon kenaikan gred tetapi ditolak oleh panel PPD dengan memulangkan borang permohonannya. Rawana pergi ke PPD bertemu pegawai tersebut "Jangan hina saya dengan pulangkan borang permohonan saya. Kalau saya tak layak, buang kan je borang tu. Tak pernah dalam sejarah, permohonan ditolak dengan memulangkan borang semula" Sejak itu Rawana sambung belajar dan belajar dan belajar.

Semua guru besar yang ditempatkan di sekolahnya, diingatkan agar berhati-hati dengan Rawana- penolong kanan "gila" tetapi semua guru besar seronok bekerja dengan nya sebab sekolah terkawal. Rawana oh Rawana apa jenis manusia kau ni. hahahahaha

Walaupun Rawana dalam kategori tak disukai dan "gila" tetapi dia pernah dicalonkan untuk anugerah khidmat cemerlang sebanyak 5 kali dan mendapat anugerah tersebut sebanyak 2 kali.

Ini lah Rawana yang aku kenal.





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin