Monday, March 28, 2011

terapi paling mujarab untuk pesakit kanser stage4




25-27 Mac2011 aku dijemput untuk menjadi fasilitator kem kaunseling kelompok pelajar2 UNITAR Melaka di Gunung Ledang Resort.Dah lama aku merindui aktiviti yang sangat2 aku minati. Hampir setahun aku terpisah menyendiri dengan duniaku.Ini lah peluang yang aku nanti2kan untuk kembali seperti dulu. Kul 4 30 petang aku dah pun memandu sendirian ke Gunung Ledang.Dalam hati Allah je yang tau bagaimana gembiranya aku.Rasa tak sabar2.Setengah jam lepas aku check ini, bas UNITAR yang membawa 17 pelajar kaunseling sem 7sampai dengan cerianya. Sekali pandang memang mereka ini sangat bertenaga dan komited. Bermula jam 6 petang, berkampunglah aku dengan pelajar2. sangat senang bersama mereka. Mudah ditunjuk ajar dan mengikut kata. Satu demi satu slot aku lalui bersama mereka.Dari terapi air sampailah ke slot terakhir 'group binding'.aku bersyukur kepada Allah dengan kesihatan yang diberi kem tersebut. sebelum berpisah kami sempat menghabiskan masa di air terjun bergurau senda dan berseronok.Aku benar2 lega dan seronok. Hilang segala kebosanan aku selama aku dinamakan pesakit.3 ari 2 malam aku begitu bahgia dan sihat.Jadi 'moral of the story' pesakit macam aku kena buat rutin sebelum dia sakit untuk mengembalikan kesihatannya. Percaya, kegembiraan, kebahagiaan dan semangat cukup kuat untuk membantu kita sembuh selain dari rawatan, ubat dan doa.

1 comment:

  1. Salam....

    Innalillahi wainnalillahirajiun...

    Daripada Dia kita datang dan kepada Dia kita dikembalikan...

    Sesungguhnya yang hidup pasti akan mati...tidak ada yang berkecuali selagi kita bergelar makhluk..

    Membaca tulisan arwah dan melihat arwah di saat-saat akhir kehidupan beliau pada tanggal 23hb Oktober 2011 jelas sekali arwah benar-benar mengotakan apa yang dipelajarinya dalam ilmu kaunseling... arwah begitu tabah menghadapi kesakitan yang dialaminya sehingga ke akhirnya....semoga arwah dimasukkan ke dalam golongan insan yang beriman...

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin