Thursday, May 13, 2010

Gelora hari seorang ibu

Melihat gambar ini,teringat aku sewaktu melahirkan dan membesarkan kelima2 anakku.Along dilahirkan dgn segala kepayahan.Dari 7mlm hingga azan subuh keesokkan aku menanggung kesakitan.Di saat azan subuh,saat doktor memberitahuku bahawa anakku hampir lemas, aku hanya dapat memberikan kata putus, selamatkan anakku walau apa pun terjadi.Tuhan masih menyayangiku, ketika azan bergemundang,lahirlah puteri sulungku(14hb Mac 1987).Hanya airmata menitis kegembiraan, tubuh badanku lesu tak bermaya.Moga2 dengan keberkatan subuh, ia akan menjadi anak yang kuat ibadahnya, lemah lembut sifatnya,penyayang dan penuh ketaqwaan.Amin.


9 Mac 1988 aku melahirkan anak keduaku, seorang lelaki yang akan menjadi pasangan ank perempuanku.Sekali lagi aku bersabung nyawa dengan kesakitan kerana kembar darah.Masa itu, aku bersalin di kampung, suami ku di Sabah.Atas permintaan arwah mak,kerana along dilahirkan di sabah, maka angah akan dilahirkan di kampung. Petang waktu akan melahirkan, hujan ribut, aku bertahan dengan kesakitan yang tak terkata. Baru aku tau, sakit bersalin kembar air lebih baik dari sakit bersalin kembar darah.Azan asar aku selamat melahirkan.Agak mudah kerana anak ke2 barangkali.Doaku,moga dia akan menjadi anak lelaki yang kuat,agar dapat dipertanggungjawabkan menjaga kakak dan adik2nya kalau aku dan suami dah tak de nanti.


30hb Ogos 1987 aku lahirkan anak lelakiku yang ke2.Cukuplah untuk kawan angah.Melahirkan Uda, senang je.Macam biasa.Tapi selepas melahirkan,Uda sakit demam kuning. Aku terpaksa bersabung dengan kesakitan ibu yang baru melahirkan dengan tanggungjawab menjaganya di hospital.2minggu di hospital,tak tidor malam memastikan keselesaannya,mengganti lampin, menyusukan agar dia cepat sembuh tanpa menghiraukan kesihatanku.Pagi jam 8, suamiku datang mengambilalih urusan menjaga uda.aku balik ke rumah untuk sarapan dan mengambil ubat2an.Suami pulak menjaga sambil mengulangkaji pelajaran kerana ia akan menduduki peperiksaan STPM secara sambilan.Itulah pengorbanan ibu dan ayah.

Dua tahun berlalu, aku melahirkan anak yang keempat pada 1 Sept 1991.Melahirkan Acik, aku tak menghadapi masalah.Tetapi selepas melahirkan,6bln aku dan suami bercekang mata tak tidor kerana menjaga acik yang tak boleh ditinggalkan langsung.Kalau dibuaian, berhenti je tangan menghayun buaian, maka menangislah ia.Hidupku sepanjang dalam pantang hinggalah 5bln selepasnya memang tidak sempurna.Balik kerja, dalam kepenatan,memasak sambil memangkunya, membasuh baju menggendongnya, melipat baju sebelah tangan , tangan sebelah mendodoinya,begitulah rutinku sehingga 6bln barulah ia normal seperti kanak2 lain. Itulah kesabaran seorang ibu.

Setelah 7tahun berehat dari berjaga malam,aku dikejutkan kerana mengandung anak yang ke5.Sesuatu yang tidak dijangka tapi ia rezeki yang Allah berikan.Anak lelaki lagi. Nilah anak yang aku kendong ke hulu ke hilir, keluar rumah sebelum subuh, sembahyang subuh di masjid tepi jalan semata2 nak sampai ke tempat kuliah sebelum pukul lapan.Masa tu aku sambung belajar lagi di peringkat Diploma.Balik pulak,tumpang kawan,naik bas,tunggulak suami jemput barulah sampai ke rumah.begitulah perjalanannya dalam segala kepayahan menjalankan aktiviti kuliah dan di luar kuliah.Akhirnya, bila hari hendak dilahirkan tiba2 waktu subuh, dia tak bergerak lagi di rahim.Panik dan sebak melanda diri, berkejar ke hospital. Di hospital pemeriksaan kecemasan dilakukan.Rupa2nya dia dah terlampau besar di rahimku, hingga tak boleh bergerak lagi dan terpaksa dipaksa untuk dilahirkan.Selepas dimasukkan ubat, aku separuh mati menahan sakit.Baru aku tau, sakit semulajadi adalah Anugerahnya Tuhan kepada para ibu, tapi sakit melahirkan kerana dipaksa, memang menyiksakan.6 April 1998 lahirlah 'pepotsayang'(panggilan manja) dengan comel dan sihatnya.Tak banyak kerenah dan ragam.Tapi dia hanya 42hari bersamaku,selepas itu dia ku tinggalkan kerana menyambung ijazah di Universiti.Tinggallah dia dengan suamiku dan kakak serta abangnya.Memang pandai diajar, aku atur penyusuannya, tiap pagi Isnin,itulah saat terakhir dia akan menyusu badan kerana aku akan pulang ke Universiti.Rabu petang dia tau dia akan mulai menyusu badan semula kerana aku dah balik ke rumah.Begitulah rutinnya selama 2tahun dan dialah anak yang paling rapat denganku walaupun aku tinggalkan dia untuk belajar.

Sekarang,semua anak2ku dah dewasa.Selama ini aku kira aku telah menyempurnakan tanggungjawab dengan baik,memberikan kemewahan seada dan semampunya.Tapi ....bila terbaca catatan anak2,terdengar keluhan anak2 aku menjadi sebak dan sayu.Rupa2nya terlalu banyak yang aku tak mampu untuk memuaskan hati anak2.Tentang kasih sayang berbelah bagi, tentang hari jadi yang tak diingati, tentang masa yang mencukupi untuk bersama mereka dll.Seperti aku mahu lari ke hujung dunia, menjerit dan melaungkan, ibu mana yang tak sayangkan anak,binatang lagi tidak makan anak, inikan manusia,ibu mana yang tak ingat perjalananan hidup anak2nya, dan ibu mana yang tak pernah memikirkan kepentingan dan kebahgiaan hidup anaknya.Hanya kadang2 anak lupa tentang susah payah ibu bapa yang membesarkan, tentang pengorbanan ibu bapa untuk memenuhi keperluan si anak.


Ketahuilah wahai anak2,berapa banyak peluang dan ruang untuk ibu bapa menikmati kebahgiaan,kegembiraan,kesenangan yang terpaksa ditolak dan dilepaskan kerana pada masa itu anak2 lebih penting.Tahukah anak2 ibu bapa selalu tidak memenuhi keinginan diri sendiri kerana peruntukan itu lebih penting bagi si anak.Tahukah anak2 ibu bapa bertungkus lumus membanting tulang, tak lena tidor memikirkan bagaimana hendak mendapatkan rezeki lebih bagi menampung keperluan anak2. Tapi anak2 hanya tahu mengomel dan menyatakan rasa tak puas hati,benci dan sakit hati.


Pesanan akhir seorang ibu, JANGAN TERLALU BANYAK KITA MEMINTA,KERANA KITA SENDIRI PUN TIDAK PERNAH SEDAR BAHAWA TERLALU SIKIT YANG KITA BERI. Setitik air mata ibu, segaris luka dihati ibu hanya ia sahajalah yang bisa mengampunkannya.Berbahgialah jika kita diampunkan, celakalah jika kita dikutuknya.


Benar kata orang tua2 "SYURGA ITU DI TELAPAK KAKI IBU".

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin