TPM dah umumkan Jumaat Cuti khas kepada semua sekolah dan intitusi di bawah KPM. Meloncat aku kegembiraan.Bolehlah aku mengemas rumah dan buat persediaan.Orang lain dah lama mengemas tapi aku,balik keja sampai umah 615 petang.Terus memasak untuk berbuka.Malam tarawih .Balik tarawih aku dah lepak. Tapi syukurlah masih ada ruang untuk aku mengemas. Semangat sikit nak raya.Hari ni je, dua orang anak aku yang di IPTA akan balik. Jawabnya meriahlah rumah aku yang dah lama kesunyiaan bila anak-anak semua di IPTA.Sok pula aku akan ke KL mengambil seorang lagi anak aku yang ada di IPTS.Aku bangga mengumpulkan anak-anak.Tak de yang paling nikmat selain dari berkumpul sekeluarga. Teringat aku masa semua anak-anak masih kecil.Masa itu baru 3 orang. Kawan baik aku pun 3 orang. Jadi seminggu sebelum puasa, aku pun ajak kawan baik aku berbuka di luar.Bayangkanlah meriahnya, 2keluarga dengan 6 orang kanak2 berumur sekitar 2-5 tahun. Bila tiba waktu berbuka, orang lain terus teguk air dan menyuap,tiba2 mereka dikejutkan suara anak2 kami yang membaca doa berbuka puasa sekuat2nya. Jadi terpaksalah orang yang dah makan berhenti dan tadah tangan.Taulah cara bacaan kanak2 tadika, berlagu2.aku dan kawan tak kata apa.Tiap kali ingat peristiwa ni,, aku tersenyum sendiri, membayangkan malunya orang dewasa dengan kanak2 bila terlupa baca doa berbuka.
Hari ni anak2 aku dah dewasa. Kalau zaman dulu mungkin aku dah bermenantu atau bercucu.Kadang2 terfikir juga aku macam mana bila mereka kawin dan ada anak, tentu meriah rumahku, dengan seorang menantu lelaki ,4 orang menantu perempuan,seorang anak perempuan,4 anak lelaki dan entah berapa cucu.Tentu tak terkata seronoknya aku memasak untuk mereka.Tapi...kadang2 aku dikejutkan oleh suami,jangan angan2 tinggi, apa kata kalau mereka tak balik umah kita,beraya di rumah mertua, tak ke awak menangis tak berlagu. jadi jangan mengharap. Biarlah masa menentukan. Ye, juga...sejak itu aku mematikan impianku. aku serahkan pada kehendak NYA. Akhirnya, buat anak2ku, maafkan mak kalau terkasar bahasa mendidik kamu semua, halalkan titik peluh kamu semua bila mak minta tolong apa2 sahaja,halalkan apa sahaja yang mak dan abah pakai bila ada apa2 sahaja yang kamu belikan, maafkan mak dan abah jika gagal memberi didikan ,tunjukajar dan keperluan seperti yang kamu kehendaki.Mak abah hanya dapat menyediakan apa yang termampu. Untuk anak2 mak abah, kami mendidik,mengasuh,membimbing dan menyediakan keperluan kamu semua, seadanya dan semampu kami. Maaf zahir bathin,Selamat Hari Raya aidilfitri.
No comments:
Post a Comment