Monday, August 31, 2009

Anak2 zaman sekarang

Bercerita tentang anak-anak zaman sekarang, aku dapat bezakan jauh sekali didikan mak aku dulu dengan sekarang.Aku cuba, praktiskan macam mana mak didik aku, tapi anak2 aku tak boleh time.Takpela, mungkin masa mak ada, masa perjalanan mak mendidik aku, aku banyak lukakan hati mak,jadi sekarang pula menahan dan terasa pedih dilukakan anak-anak.Inilah balasan Allah. Nak dengar camne mak didik aku? Mak memang sayang dan tatang aku macam minyak penuh, tapi soal disiplin mak cukup serius. Kata mak dia tak mahu aku jadi nakal dan gagal dalam persekolahan kerana kami orang miskin, abah pulak tak de. Mak taknak aku jadi umpat keji jiran tetangga.Jadi nilah ceritanya.
Mak selalu pergi dan balik ambil aku di sekolah. Sehingga penggal satu darjah enam, cikgu kelas aku, (Arwah cikgu Jalil Jatin)bagitau mak, jangan ambil aku, biar aku berdikari dah besar.Oleh kerana yang cakap tu, cikgu, mak akur. Aku pun gembira dah boleh pergi dan balialik sekolah sendiri.satu hari kerana desakan kawan2,balik sekolah je, aku tak ulangkaji lagi, terus pergi bermain dengan kawan2.Bukan main apa pun, main daun terup di baling dengan selipar jepun. Tulah permainanan budak2 kampung yang popular masa tu. Main dari balik sekolah sampai lah ke petang.Bila petang balik barulah lapar,buka tudung saji cari makanan. Hari pertama mak dah tegur,jangan buat macam tu.Hari kedua buat lagi, ketiga lagi buat. Masuk ari keempat,mak tak cakap apa. Tapi bila petang balik ,lepas mandi aku nak makan, bukak tudung saji,yang ada selipar jepun aku yang dah dicincang dalam pinggan.Mak dah sedia berdiri dengan rotan,mata terjenggil suruh makan. Aku yang terkedu dapat makanan selipar jepun, berlari keluar rumah.Mak pun kejar dengan rotan,aku dan mak lari keliling rumah,bila dah kepenatan aku menyorok pula bawah rumah. Ingatkan mak dah 'give up'.Rupanya mak mengendap dari atas melalui tingkap,sempat juga mak melipas aku,terkena tangan dan merecik darah. Melalak aku menangis bawah rumah. Sedih bukan sakit sangat,tapi sedih kerana mak tak penah pukul aku.Malam bila aku buat2 tidur ,mak sapu minyak luka kat tangan aku sambil nangis.Mak cakap tulah degil, kat mak kata jangan buat.Aku tau mak sayang aku.
Mulai dari ari itu, aku tak pernah degil lagi, aku berikan mak kegembiraan. Aku cemerlang dari darjah satu hingga darjah enam.Naik ke pentas membolot banyak hadiah kecemerlangan. Jadi pengawas ,ketua pengawas, olahragawati sekolah,pemidato peringkat negeri dan akhirnya berpisah dengan mak pada umur 12 tahun waktu aku dihantar ke sekolah asrama penuh. Mak muntah melepek (dia pemabuk) sebab antar aku,nak tengok sekolah aku yang hebat. Mak sangat gembira......Mulai hari tu aku dah kurangkan beban mak, duit buku, yuran dan asrama aku gunakan duit biasiswa.Mak anya beli baju sekolah je.aku dah tak susahkan mak.Aku tau mak pun susah cari duit.
Tapi bila aku ada anak,aku cuba buat macam mak, anak2 marah.Yelah anak zaman melinium.Kadang2 bila balik kerja, arap juga anak2 buat air minum petang,tapi hampa. Mak aku ,walau pun aku dah kawin,kalau balik kampung,dia tengok aku duduk menanda buku murid,mak akan buatkan air untuk aku. Mak tak suruh aku masak sebab katanya aku banyak kerja nanti tak siap.Anak2 aku pulak,sebelum aku pergi kerja sarapan dah siap,baju dah dibasuh,makan tengahari dah dimasak,kain baju dah dijemur, rumah dikemas dan disapu.Bila aku balik kerja, kain baju yang dijemur,dari garing dan lemau masih diampaian.Luruh ati.Masuk ke dapur,secawan air pun tak de. Anak2 khusyuk menonton tv,melayan sms,mahupun tidor.Kalau ditegur masam mencuka.Aku teringat mak.Mak......terima kasih mendidik aku dengan seribu ketegasan sehingga menjadikan aku mak yang menjaga anak2 dengan baiknya.
Pada anak2ku ,aku berpesan, hidup ini seperti roda yang akan berputar tampa menunggu masanya.

kasihnya Mak

tahun ni,genap 6 tahun mak pulang ke alam barzakh.Tiap kali aku teringatkan mak, pasti airmata berlinang.Anya tak mengalir. Sebak tu aku telan sebab terkilannya aku mak cepat sangat perli pada usia 53tahun, sedangkan budinya belum sempat aku balas.Pada aku, tak de mak sebaik mak aku.Bayangkan pada usia muda,21 tahun dia dah jadi ibu tunggal memelihara aku dua beradik.Kami dari keluarga susah. Mak berhempas pulas membanting tulang mencari nafkah utk aku dan adik.Setiap pagi mak antar aku ke sekolah,beg sekolah mak bimbit.Sampai dipintu pagar,mak akan tengok aku sampai masuk kelas barulah mak berundur.Pastu mak akan pergi kerja mencuci kain di tiga rumah orang. Bayangkan kepenatan mak.Habis membasuh, mak akan balik memasak.Menyediakan aku air teh o panas kegemaranku.Pastu mak akan cepat2 ke sekolah menunggu aku abis kelas. Mak dah sedia di luar pagar dengan payung. Mak melayan aku macam puteri,membimbit beg sekolah dan memberikan payung kepadaku.Mak menghantar aku pergi balik sekolah dari aku darjah satu hingga darjah enam.Walau aku malu diketawakan kawan2, tapi aku tau mak sangat sayang aku,jadi aku tak membantah.Sayangnya mak padaku. Petang pulak,mak akan bawak aku ke sawah. Di sawah mak berjemur mengerjakan sawah yang dipajak dengan orang.Aku membantu mak mana yang larat. Dalam perjalanan balik mak tak lupa memungut pucuk paku,pucuk ubi, untuk dijual di gerai sayur. Malam mak tak lupa menghantar dan menemankan aku pergi mengaji. Mak setia duduk di kaki lima rumah tuk guru aku,sampai aku siap mengaji.Alasannya mak tak mahu lepas mengaji aku sendirian balik. Mak....syahdunya kasih sayang mak.Habis mengaji,mak sediakan makan malam.Lepas tu mak akan setia menunggu aku menghabiskan kerja rumah yang dibekalkan guru. Sambil tu , mak akan menjahit baju2 yang koyak atau menjahit perca kain untuk dijadikan selimut.Bayangkan, mak tak pernah menghiburkan dirinya, tak penah tengok wayang,takpenah tengok tv(kami tak mampu beli tv pun)mak tak penah pergi enjoy ke mana2 dengan kawan2.Dari usianya 21 tahun tu hinggalah ke akhir hayatnya.Rutinnya anya bekerja. Bukan takde orang berkenan kat mak, dia cantik dan menawan tapi alaasannya biarlah dia nak besarkan anak2.
Pada hari aku konvokesyen aku ajak mak datang, tapi mak tak dapat kerana mak pemabuk orangnya.Katanya kalau pergipun bukannya dia dapat tengok aku, kepala pening je.Aku faham. tapi aku tau mak sangat gembira.
Bila aku dah kawin mak macam tu juga. Tiap kali aku balik menjenguk mak, mak nampak gembira tapi tak pernah nampak senyum dibibirnya. Kesunyian dan kesepiannya jelas dan nyata. Aku ajak tinggal bersamaku, mak tak nak.Dia cakap bebas duduk sorang.tapi aku tau dia kesepiannya.Dia gembira dan bangga denganku,dia kerap bercerita tentang aku,suami dan kerjaya kami serta anak2ku.Dia dia tetap merendah diri.
Hinggalah di saat akhirnya, dia minta adiknya bawak dia ke rumahku. Masa tu dia dah sakit2.Katanya kalau nak mati dia nak mati di rumahku. Bayangkan macam mana aku tak sedih.Sayangnya mak hingga dia nak berpisah nyawa dari badan , dekat denganku.
Masih aku ingat,masa aku datang mengambil dia di rumah adiknya, dia cakap dia dah kemas baju dalam beg, tak payah kemas yang lain lagi. Aku pun angkat beg dan bawa dia balik. Di rumah, mak dah tak boleh berjalan sendiri. Mandi,kencing berak dan makan semua aku uruskan.Alhamdulillah,aku ikut apa sahaja kemahuan mak.Aku layan dia sebaik mungkin,bedakkan dia macam budak kecik.Tiap kali lepas mandi,aku pakaikan baju, berbedak,sikat rambut,aku tgk muka mak semakin sayu.Mak sebenarnya sangat sayangkan abah.Kasihnya tak kesudahan.Dia rindukan abah tapi abah tak taulah dengan isteri dan anak2 barunya.
Pagi raya aidilfitri,hari jumaat tahun 2003 ,jam 10pg selepas orang sembahyang aidiladha mak pergi dengan senang.Malam sebelum mak meninggal , mak sempat tidur dibahu aku sampai pagi.Petangnya selepas mandi,mak dah serahkan semua barang kemas dan duit simpanannya.mak...kalaulah mak masih ada.Sakitnya menahan kehilangan mak dan kasih sayang mak.Tapi yang paling aku sedih, bila aku buka beg baju mak,(aku tak buka sebab di rumahku ada baju dan kain mak) selepas mak meninggal, di dalamnya dah ada kain batik lepas untuk menutup jenazah. Rupa2nya mak memang tau dia dah nak pergi dan dah sediakan keperluannya agar tidak menyusahkan. Aku hanya mampu berkhidmat untuk dia selama 10 hari saja. Mak ampunkan semua dosa aku,moga2 segala kasih sayang dan pengorbanan mak Allah balas dengan menempatkan mak di kalangan orang2 yang dikasihinya. Aminnn.
Sesiapa yang masih ada mak,sayangilah,berkhidmatlah dengan ikhlas untuk mak,sesungguhnya pengorbanan mak tiada tolok bandingnya.

Sunday, August 23, 2009

Puasa oooh puasa

Salam buat semua pelatih BK Jun 09 yang telah selamat berangkat pulang ke Sarawak bertemu keluarga yang sekian lama terpisah sejak mendaftar jun lalu.Begitu juga yang pulang ke Kelantan,walau baru bertemu semasa cuti H1N1 lalu. Tapi ramadhn seperti memberi peluang dan ruang untuk bertemu kembali dengan orang-orang tersayang.

Seronoknya bulan puasa semasa saya di Sabah dulu.18 tahun yang lalu. Masanya rasa tak panjang.Buka puasa cepat sekali (6.30ptg). Ketika orang semenjung sedang berbuka kami dah lama kenyang. Waktu orang balik terawih di semenjung kami dah nak tidor pula.Bila raya lagi lah seronok. Dah adat anak dagang kami akan berkumpul semua keluarga dari semenjung. Jadi kalau ada 10 keluarga, jawabnya tiap hari kami akan bergilir-gilir ke rumah tiap keluarga meraikan keindahan aidilfitri di rantau orang. Tak rasa sunyi jauh dari sanak keluarga malah kami seperti ada satu keluarga yang besar. Terasa sangat hampir dan indahnya keakraban itu. Tapi bila balik ke semenanjung suasana itu tak dirasai. Aneh dan pelik,keluarga dekat tapi jauh. Itulah kuas Allah.

Satu yang menjadi kenangan indah tentang belajar puasa pula.Ingat lagi masa tu baru 6 tahun belajar berpuasa. Penatnya tak terkira.Hausnya mencabar sekali. Dah kul 5 ptg merayu-rayu kat mak mintak buka puasa. Mak marah sangat. Mata asyik memandang air dalam buyung yang memang tau sejuk dan lazatnya ketika panas terik. Akhirnya godaan tak tertahan, curi juga minum air dari buyung. Lepas dapat seteguh,puasa batal menyesal tak sudah.Letih tak ke mana lagi. Malah marah mak berjela-jela kerana hanya beberapa jam je dapat pahala satu hari puasa. Sejak tu, tak penah ponteng puasa lagi, sebab nafsu memang besar, hakikatnya, bila waktu berbuka makan kurma 3biji seperti rasullulah memang mengenyangkan. Jadi moralnya, bila waktu berbuka jangan berbelanja besar, memadailah apa yang ada.Ia lebih berkat.

Bagi anak-anak yang di sarawak tu, jangan lupa kuih lapis mama bila balik nanti....

Thursday, August 20, 2009

Allah n non-living things

Salam.....
Membaca blog 'can we talk to non-living things' satu pengalaman yang menarik.Kerana sebelum ni saya hanya selalu bercakap dan mengadu dengan Allah. Bila saya sedih, saya solat dan mengadu pada Allah, Ya allah, kaulah yang maha mendengar dan mengetahui apa yang aku rasai sekarang. Jika rasa ini sememangnya milikku, biarlah aku melaluinya ,jika ia sebagai ujian berilah aku kesabaran menghadapinya, tetapi ia terjadi disebabkan kesilapan dan kealphaan orang lain,jadilah ia bersifat sementara.Jika saya gemvira saya akan sujud dan mengadu pada allah, Ya allah, kaulah yang maha mendengar dan memahami, kaulah yang maha agung dan maha adil, kau tetap memberikan aku kegembiraan walaupun aku banyak berdosa padamu. Kekalkanlah kegembiraan ini agar ia menjadi penguat untuk aku meneruskan kehidupan di bumimu, agar aku semakin insaf dengan kebesaran mu. Jika saya ditimpa musibah saya akan solat dan mengadu pada allah, ya allah engkaulah yang maha pengasih lagi maha penyayang, aku redha dengan musibahmu ini. Berilah aku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapinya.Jadikanlah kesabaran dan kekuatan ku, sebagai penghapus segala dosa-dosa kecilku. Jika aku dilukai oleh yang tersayang, saya akan mengadu pada Allah, ya allah, kaulah yang maha besar dan maha mengetahui, tidak ada satu apa yang boleh ku sembunyikan kepadamu, jika hari ini aku dilukai kerana kesilapan dan kelemahanku, ampunkanlah dosa-dosaku , tetapi jika yang melukai itu yang bersalah dan tersilap, kau ampunilah dosanya dan kau berilah petunjuk pada nya atas kesilapannya itu. Tapi nilah pertama kali saya mendengar boleh bercakap dengan 'non-lilving things'.Mungkin ia satu kepuasan dan kelegaan bila dapat meluahkan dan yang mendengar luahan tidak menjawab apa yang kita katakan, tidak menyakitkan hati kita dengan tempelak dll. Namun satu persoalan adakah 'non-living things' ini boleh menolong kita selain mendengar? Tapi....cubalah mengadu kepada NYA sesungguhnya kita tidak melihatNYA, tapi dia akan mendengar, melihat, memahami ,menyayangi dan dialaang maha adil memberikan balasanNYA seperti mana haknya.Bertahun-tahun saya mempunyai kekuatan utk mengharung dugaan hidup di bumi ini dan saya menyakini kekuasaanNYA,saya amalkan apa saya katakan tadi dan balasanNYA....anda cuba dan lihatlah.

Monday, August 17, 2009

Cerita Hari Q

Hari ni hari Q di organisasi saya. Seronok melihat rakan-rakan seperjuangan naik ke pentas menerima Anugerah Khidmat Cemerlang dan Anugerah Pengarah. Sambil bertepuk tangan, terdengar juga desas desus di kiri kanan, patut ke orang tu dapat, apa kriteria dia dipilih dll. Biasalah, kalau tak takkan manusia namanya. Manusia kan tak pernah puas dengan apa yang dimiliki, apa yang belum dimiliki dan apa yang orang lain miliki.Betul tak?
Dalam pada tu, teringat kisah APC sewaktu mula-mula dilaksanakan sekitar tahun 1996.Masa tu saya Penolong Kanan di sebuah sekolah kampung kurang murid. Staf ada 9 orang, kerani takde, jadi Penolong Kanan kena buat semua, gaji staf ,mengajar dan kerja-kerja perkeranian yang lain. Guru Besar, datang sekolah, semak dan sain.Pastu sibuk dengan urusan di luar. Apa terjadi di sekolah atas batu jemala Penolong Kanan. Masa tu saya masih muda.Nak jadi cite, bila masa nak beri markah APC, Penolong Kanan penilai kedua selepas Guru Besar. Jadi markah Penolong Kanan Guru Besar yang nilai.Cite menariknya, Guru Besar jumpa saya, cakap ngan saya, tolong baiki borang prestasi saya, tambahkan catatan keja-keja yang saya buat supaya nampak saya lebih bekerja. Terkejut saya.Kenapa? Sebab saya yang buat keja Guru Besar, bukan satu semua sehinggalah mewakili dia pergi kursus ,mewaili mesyuarat guru besar, apa itu bukan keja ke? Dia tak sedar ke semua tu atau buat-buat tak sedar? Untuk arahan dia, saya pun beri jawapan, Cikgu, kalau bukan haknya saya dapat APC ,saya tak akan dapat, kalau cikgu rasa bukan hak saya, cikgu berilah hak itu pada orang lain.Maka tahun itu orang lain yang dapat APC walaupun pada awalnya ia dicadangkan utk saya. Saya redha dan saya anggap rezeki saya di tempat lain. Alhamdulillah tahun itu saya tak dapat APC, tapi saya dapat melanjutkan pelajaran. Saya dapat APC akhirnya tahun 2006 setelah 21tahun berkhidmat dengan mengorbankan keluarga semata-mata bekerja utk anak bangsa yang pada saya ikhlas tetapi rupanya belum cukup ikhlas kerana ia hanya dibayar nilai keikhlasan setelah 21 tahun. Jadi fikirlah sejauh mana kita bekerja dengan ikhlas......

Thursday, August 13, 2009

kereta baru kereta lama.


Satu pengalaman yang tak pernah saya lupakan tapi mendalam dalam ingatan. Saya beli keta pertama 2nd hand..Mazda 323.Gembira walau pun orang lain keta baru.Syukur kerana itulah kemampuan kita. Anak-anak pun seronok.Balik ke Semanjung,rezeki bertambah, badanlak subur,saya mengandung anak ke tiga.Satu hari saya bawa anak berjalan-jalan di Taman di bandar.Nak ke Taman tu, menyeberang sungai naik jambatan.Bimbang juga keta lama buat hal tengah mendaki.alhamdullillah ni tak jadi hal.Tapi...malang tak berbau, masa balik keta buat hal.Mati enjin.Depan bus stop,tengah orang ramai.Start-start tak boleh. suami pun kata, awak turun dan tolak pelan2.Saya faham sebenarnya dia tak sampai ati tgk isteri mengandung 8bulan sarat menolak keta, tapi orang Malaysia belum masanya ringan tangan nak tolong, yang boleh anya memandang tanpa perasaan seorang perempuan mengandung menolak keta di depan orang ramai. sambil berjurai airmata saya berdoa, hiduplah enjin,kesianlah anak dalam perut,doa suami, cepatlah hidup enjin, sianlah perempuan yang mengandung zuriatku itu. alhamdulillah lebih kurang 20m je, idup enjin,Kuasa dan kasih sayang tuhan.

Pengalaman kedua, kereta lama van C20. Aku bangga ngan van ni. Terlalu banyak jasanya. Dialah membawa murid-muridku bila pergi lawan bola sepak, bola jaring, bola baling dll. Keta baru guru lain kata tak boleh bawak student, sempit.Kan senang naik van,semua sekali n lain-lain perkakas. Jadilah van saya macam van angkut.Tak pe, rezeki saya, murid-murid saya berjaya ke peringkat negeri. Van ni juga membawa kayu-kayu bongsai waktu saya ligat bisnes bunga bongsai.Tapi bila keja rutin terabai, saya cepat2 stop takut tuhan marah.Van ni juga jadi van bawa jenazah bila ada kematian di kampung kerana belum ada kenderaan jenazah masa tu.Memang banyak jasanya. Yang paling nostalgia, van ni tambah uzur.Kulitnya berkopek,dah tak cantik.Tapi dia tetap berkhidmat . Khidmatnya yang paling mulia ialah pada hari konvekesyen saya di Tanjung Malim.Pengetua suami kata, pinjamlah merdz saya.Sian isteri nak konvo nanti apa-apa di jalan, tak sempat sampai. Jawab.takpe bang, saya tak segan dengan van kita. Saya pun tampal sticker graduan dan bergerak ke Tanjung Malim. Tuhan kaya, sampai juga tapi, kalaulah anda semua dan tgk, tentu anda juga ketawa tgk jaga terkejut dan tak benarkan saya masuk sebab rupa van saya macam van nak pergi pasar malam, tapi...bila tunjuk sticker barulah dia benarkan. Konvo berjalan lancaar, dalam perjalanan suami tanya, awak tak malu, saya jawab, ni van kita, tapi...keliling kita yang cantik-cantik ni, mungkin keta sewa utk ke konvo. Kami ketawa je.Sampai ke kampung, esok suami hantar workshop untuk check sebab jalan jauh, kata pomen, berani abang bawak jauh-jauh, logiknya van ni mungkin terbarai sebab rosak teruk di bahagian 'arm'. Tapi...itulah berkat tawakkal, ikhlas dan yakin dengan perlindungan allah serta menghargai barang kita sendiri.

Last cite kita lama, keta toyota KE30.Pun uzur dan digunakan sepenuhnya ulang-alik antar saya ke tempat keja, antar anak dan suami ke tempat keja. Memang sian, kalau dia boleh menjerit, mesti dia kata rehatkanlah aku.Nak jadi cite, satu ari, berlaku accident berhampiran kampung dan suami terserempak dengan kejadian tu, dia berhenti menolong mangsa. Tiba-tiba datang sebuah keta baru kepunyaan kawan kenalan. Kata suami bawaklah mangsa ni ke hospital.Sebab keta dia baru dan laju,besar pulak. Tapi apa jawabnya, aaah naik keta kaulah. Baru suami saya perasan, mangsa penuh darah, takut keta dia kotor. Jadi, suami pun masukkan mangsa walau sempit, mangsa kesakitan tapi demi nak tolong bawak juga. Sampai juga ke hospital. Hanya umur dia tak panjang, 10 minit suami balik dia meninggal. Tapi keluarga mangsa ingat suami sampai sekarang.

satu lagi accident, dengan keta yang sama suami tolong amoi cina(cikgu nak pegi sekolah).antar ke hospital. Amoi tu dah trauma abis, suami redakan dalam keta kecik tu, sampai ke hospital.Telefonkan keluarganya dan suami pun tinggalkan amoi , berlalu ke tempat keja. Setelah 4 tahun berlalu, pada tahun baru Cina 2008 seorang uncle cina datang ke rumah masa tu saya dan suami tak de. Dia tanya anak, ini rumah cikgu yang tolong kemalangan amoi cina ke,Anak cakap ye. dia pesan, ambil limau ni sekotak, kata bapak sangat time kasih, sudah lama cari tak jumpa. Peehh.....tragisnya kenangan. Tulah khidmat keta lama yang semua jadi kenangan dan tak penah saya lupakan. Jadi anak saya pakai keta lama, jadi owner ke 7, saya kata, tak pe awak akan dapat banyak pelajaran dan pengajaran.

Canopy Jambatan Gantung

Ni masa tengah berjalan di canopy.gelabah tuhan je tau.Tapi tunggulah confident.Nasib lepas ke bawah.Dah turun eksyenlah macam tak de apa-apa.Hehehe. Cikgu mesti pandai berlakon.
Ni tengah relax tunggu giliran nak naik canopy. santai je. macam takde apa-apa.Sebenarnya tengah pikir lepas ke ? Tak takut ke?
11.30 pagi kami sampai di canopy jambatan gantung. Tgk dari bawah Tuhan je yang tau.Papan sekeping dan 300meter tiap satu, ada 6 canopy.Dalam ati sampai ke bawah nanti. Tinggi-tinggi ni gayat juga.Nak tau camne rasanya tgk gambar dulu.
Anyway sampai jugalah ke bawah selepas mengharungi 6 perhentian.Pastu episod menurun ke based. Kaki memang dah lenguh dan lapaaaar. 12.30 thari sampai lah kami ke seberang.Berehat,makan n solat. Petang jam dua nak ke kampong orang asli. Buat gotong-royong? Orang asli Bateq ok ke? Orang asli buat sampah ke? Nanti kita tengok. Syok menyusur jeram. Basah kuyup. Sure malam ni demam.Dah panas main air pulak.
Sampai je, wawancara dengan Tok Batin. Ok juge. Pastu main sumpit lah paling best. Nanti tunjuk gambar ratu menyumpit.hhhhaaaaa. Walau apapun pengalaman bersama PISMP MT memang best. Sayang semua.....emmmmph










Tuesday, August 11, 2009

8 ogos 2009- Bkt Terisek











Suatu yang mendebarkan. Bukan nak mendaki Gunung Tahan. Nak ke Puncak Gunung Tahan kena 7 hari t malam,ni track baru yang dibina 4 hari 4 malam. Percubaan kami hanya nak ke Puncak Bt.Teresik.Kalau sampai ke puncak fit lah.Kalau pancit,sory turun balik. Dari jam 8pagi saya dan ahli rombongan bersedia menunggu bot yang akan membawa kami menyerang. Kalau nak berenang sebenarnya boleh je, tapi dah bot kebiasaannya.830 pagi barulah sampai tourist guide kami. Punyalah tak punctual.

Arahan: Jangan bawah apa2 yang sedia ada di gunung tahan,jangan buang sampah,berjimat ngan air sbb seven eleven tutup ada keja kawin. Biar betul ada ke ?Kami pun ikut jelah. Mula naik memang ok,landai je jalan.Lip,lap,lip,lap ambil gambar.Maklumlah dah bayar rm5 satu kamera utk bergambar dgn bebasnya. Tapi lebih kurang 10 minit, sorang dah terpaksa di hantar balik ke bawah bukan apa semput sebab batuk.Yang lain teruskan perjalanan.Akhirnya sampailah kami di check point yang pertama. Tu pun dah separuh nyawa.Dengan student tunjuk ok je.Nak bg semangat.kepala lutut dah longgar

Lebih kurang 9.30pg kami sambung perjalanan ke Puncak Bkt Terisek.Perjalanan kali ni sangat mencabar kerana dah tak landai lagi. Bukit semakin tegak dan tak boleh pandang ke atas sebab lagi di pandang lagi lambat dan berat rasanya.Nafas pun semakin semput. Demi anak-anak on jugalah. Tepat jam 10.30pagi sampailah ke puncak Bkt Terisek. Di belakang kami Banjaran Gunung Tahan . Happy tak terkira.Maklumlah dah umur begini sampai juga ke puncak kira oklah tu.Acara seterusnya ialah menuruni bukit. Turun bunyi macam ok, tapi cerun pulak.Ada ketika kena ikut tangga. Jarak satu mata tangga ngan satu mata tangga, fulaamak 1kaki setengah.Bayangkanlah.Memang lenguh lutut nak kontrol dan imbang badan.Jam 11.30pagi kami sampai juga ke kawasan canopy.(jambatan gantung)

Tarik nafas dulu,nanti sambung lagi ye

ANTARA UJIAN, PASRAH & REDHA

Salam sayang utk anak mak. Sebelum saya menyambung cerita Kuala Tahan, saya sebenarnya sedang bercuti rehat dua hari. Minggu lalu adalah minggu yang amat memenatkan pada usia yang semakin lanjut.Tiba-tiba panggilan telefon dari anak tersayang, dengan rintihan dan keluhan tentang rumah sewa dan housemate,tentang hipokraitnya manusia, dll yang menyesakkan fikirannya hingga ingin berpindah tinggal bersama seorang yang lebih senior dan bukan seangkatan dengan. Hati ibu mana tak keruan,kebimbangan satu-satu anak perempuan dalam mengharung kehidupan. Macam-macam syak wasangka menerawang dalam hati.Semoden,sebijak manapun kita, sebagai ibu tetap ada curiga tentang keselamatan anak apalagi anak perempuan. Tak cukup dengan masalah ini, pagi esoknya lebih kurang jam 9pagi,sekali lagi di menelefon, kali ini latihan mengajarnya, tentang pensyarah yang menegur tapi tidak memberi tunjuk ajar, tentang kekecewaan, kesedihannya sambil teresak-esak.Apa yang boleh seorang ibu lakukan di saat ini.Apa yang berlaku, saya buka blognya, saya baca dan mulai faham . Hakikatnya terlalu banyak dugaan yang dilaluinya. Hari-hari yang berlalu langsung tidak menggembirakannya.Tiada yang menyeronokkan.

Anakku, mengertilah jika kau di tempat mak kau akan tahu apa ertinya semua rintihanmu itu. Betapa terluka, terguris dan pilu bila mengenangkan anak tersayang terpaksa melalui pelbagai kesengsaraan dalam liku-liku hidup.Dari kata-katamu, seolah-olah kau kecewa dan tidak mahu bangkit semula.Kau melihat semua kekurangan tetapi tidak melihat kelebihan sedangkan kau telah menulisnya sebagai HEADER di dalam blog:

you are a teacher
"Sometimes you think you are a loser and I found that you are totally wrong. You are the winner and still you are...
Baca, faham dan hayati semula yang kau tulis. Orang yang kecewa menghadapi ujian,adalah orang yang gagal, orang merintih bila diuji adalah orang yang tidak pasrah,maka hendaklah kau menjadi orang yang REDHA bahawa inilah rentetan takdir yang tertulis di loh mahfuz, hendaklah kau PASRAH kerana yang pasrah sahaja akan terus tenang dan ikhlas atas segala ujian.Kaulah yang terbaik. Ingat, pernah kau bertanya bagaimana mak begitu sabar mengharungi segala keperitan hidup ini? Nah jawapannya telah dijelaskan. Kau sedang melaluinya.Jika berjaya bererti kau akan kuat di hari muka di mana pada masa itu mak sudah tiada untuk menemanimu diperjalananmu.
Mengertilah, bukan mak tak sayang, bukan mak membenci.Mungkin cara mak mendidik dan memberikan kasih sayang tidak seperti orang lain. Cara mak mungkin kasar,tidak penuh lemah lembut dan belaian, tidak memandikan dengan limpahan wang ringgit dan kemewahan tetapi mak mahu kau belajar erti hidup, erti kesengsaraan,erti perjuangan dan yang kau lakukan sekarang adalah pembelajaran yang akan berakhir dengan pengajaran tentang hidup. Pada masa itu kau pasti sudah terlalu kuat dan tabah.Mak yakin dengan kebolehan dan keberanian mengharungi hidup ini. Mungkin suatu masa bila sampai saat mak menutup mata mak akan pasrah, & redha kerana anak mak boleh bertanggungjawab mengharungi kehidupan tanpa mak sebagai tongkat.Mengertilah dan fahamilah. KASIH SEPANJANG HAYAT TERLETAK DI TANGAN IBU.
Sayang buat along.

Monday, August 10, 2009

cabaran & tercabar

Salam untuk semua anak-anak pelatih,ada yang kondem blog saya tak menarik.tak ramai yang minat.Bagi saya tu tak penting. Yang penting saya dapat meluahkan rasa hati,dapat berkongsi segala pengalaman dan ini cukup menjadikan saya lebih dan gembira.Awet muda tau. Jika ada yang baca blog ini, mungkin dia dapat sesuatu atau mungkin tidak. terserah pada yang membaca. Semua ni kan subjektif.

Anyway,saya nak kongsi juga pengalaman terkini. Anak-anak pelatih PISMP MT Sem 2, merancang Projek Bina Insan Guru mereka di Kuala Tahan, Pahang. Saya yang yang menjadi pencetus idea. akhirnya atas rasa tercabar mereka berjaya melaksanakan Projek ini.7 Ogos saya,bersama 2 pesyarah lelaki dan 27 orang bertolak ke Kuala Tahan. 7 jam perjalanan amat mencabar.Untuk sampai kami menyabung nyawa dengan keadaan bas yang teruk(bas lama, bas baru pelajar Thailand lebih istimewa. Inilah kera diutan disusukan, anak dirumah dianaktirikan). Pelatih merungut saya jawab caaaabaaarannn. Hehehe macam cite P.Ramlee lak.Yang bestnya bila sampai Jerantut Ke Kuala Tahan, jalan dahlah kecik, berliku-liku, driver bas memandu macam orang yang sedang tunjuk bakat untuk 'race'. Yang dalam bas,9 orang 'muntah belilah.'(kata orang nogori).Berhenti tepi jalan meredakan situasi. Pujuk saya caaabaaraan. Anak-anak pelatih jawab terrrcaaabaaar,saaabaar! Maka jadilah dialog ini lawak bodoh kami bagi menghilangkan stress. Nak jadi cerita, bas yang tak de hawa dingin, hujan pun turun dengan lebatnya.Maka kami teruskan perjalanan dalam tempias hujan sebab cermin tingkap tak boleh ditutup.'Side mirror" pulak tu macam nak jatuh je,kejap-kejap kena betulkan,sebab tak nampak kat kiri dan kanan.Hanya Allah yang menyayangi Hambanya sahaja yang memberikan banyak ujian seperti ini. dan kami akhirnya sampai ke destinasi dengan penuh cabaran tapi puas dan gembira.Itulah kekuatan rombongan ini. Sambung nanti pengalaman di Kuala Tahan

Monday, August 3, 2009

you are a teacher , i am a counselor

2 pekerjaan yang berbeza dari segi sebutan dan ejaan tetapi mempunyai persamaan dari segi tugas dan sumbangan.Hari ini, kejutan buat saya. Berbagai rasa, berbagai fikiran yang terpacak dibenak . Sedih, terharu, sayu, kesal dan ntah semuanya bercampur gaul.
Seorang kaunselor selalu membantu kliennya dalam pelbagai masalah yang dihadapi, mendampingi dan menyelami situasi demi untuk memberikan perkhidmatan yang berkesan.Tapi hari ini bila membaca 'you are a teacher' dalam blog anak sendiri, hati terkilan yang amat sangat. Terkedu pun ada. Selama ini saya anya melihat orang lain , membantu orang lain, memberikan 'inside touch 'yang mendalam kepada orang lain, akhirnya anak sendiri terlepas pandang. Membaca'you are a teacher' ckp untuk menggambarkan betapa kesunyian dan keseorangannya dia dalam perjalanan hidup sejauh 22 tahun.Cukup utk memberikan maknya bahawa sepanjang perjalanannya hanya kosong, tampa sesiapa yang menemani dan dia mengikut arus tampa memperdulikan bahawa dia sendiri mempunyai potensi yang sangat tinggi dan mampu utk digagumi oleh orang lain. tapi malangnya, saya tidak pernah memberikan cukup masa utk menyelaminya seperti menyelami klien saya, memahaminya seperti memahami klien saya dan memberikan 'inside touch' yang sebaiknya sebagaimana yang dimiliki oleh klien saya.Sedihnya saya, terasa amat terpukul apabila berdepan dengan kelemahan diri di tangan anak yang disayangi.Wahai kaunselor semua muhasabahlah diri secepat mungkin, jangan jadi seperti saya.Wahai pelatih-pelatih bimbingan dan kaunseling, jadilah guru bimbingan yang terpilih dan perbaikilah diri dan keluarga terlebih dulu sebelum kita cemerlang di luar tapi kecuncang di dalam rumah sendiri. Wahai anak, maafkan mak,terima kasih atas tulisan mu yang menyedarkan mak. Inshaallah kita mungkin tidak mampu saling meluahkan bila berhadapan tapi melalui tulisan ini kita mungkin boleh berkongsi segala rasa agar kesilapan dapat diperbaiki,agar luka dapat diubati.Sayang mak utk anak tersayang hingga ke akhir hayat.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin