Monday, May 31, 2010

Selamat Hari Guru

Semalam,barulah IPG aku menyambut hari guru.Walau pun sambutan ni dah sejuk, tapi aku kira bolehlah diraikan kerana masih dalam bulan Mei lagi.Dan inilah hari terakhir bulan Mei.Banyak2 perkara dalam sejarah dunia pendidikan yang aku lalui , bermula dari sekolah sehinggalah aku menjadi guru adalah jasa2 guru yang pernah mengajar aku. Yang paling mengesankan aku ialah seorang guru Matematikku waktu aku darjah 4.Ceritanya begini:

Aku tak tahu cikgu aku ni masih ada atau sudah kembali ke rahmatullah.Jika ia masih hidup aku doakan dia sihat sejahtera dan bahgia dunia dan akhirat. Jika dia dah tiada lagi, aku doakan moga rohnya diberkati Allah. Nama cikgu ni ialah Jalil bin Jatin. Kalau tengok muka memang macam garang tapi dia tegas mengajar.Aku adalah muridnya yang paling besar dan tinggi dalam kelas.Malangnya aku ni murid yang paling miskin.Mak aku janda, anak dua.Comel lagi mak aku masa status janda tu .Ceritanya, mak aku taklah mampu nak belikan aku baju sekolah tiap tahun. Jadi, baju sekolah yang aku pakai masa darjah 3, di pakai masa darjah 4.Oleh kerana badan aku subur sangat, baju sekolah tu tak sesuai langsung untuk aku pakai lagi. Dahlah sempit macam sarung nangka , singkat pulak ke pangkal paha.Tapi dah takde baju, pakai jelah.Rupa2nya cikgu Jalil ni, sangatlah perihatin ngan aku. Kesian agaknya dia tengok aku tambahan untuk menjaga maruah aku sebagai anak gadis kecil yang selalu diejek oleh budak lelaki kerana baju yang singkat, satu hari tu, aku dipanggilnya. Kata cikgu Jalil bagitau mak, esok balik sekolah mak tak payah jemput, ikut cikgu pegi kedai beli baju. Haah, terbeliak gembira aku, bila tau nak dapat baju baru. Balik je sekolah sekolah, terus aku beritau mak, tapi mak diam je.Soknya, mak jumpa Cikgu Jalil, mak cakap , "tak payahlah cikgu, nanti duit saya kumpul dah cukup, saya beli baju baru untuk anak saya. Saya ni janda, nanti orang kata saya nak mengurat cikgu pulak". Tapi cikgu Jalil kata, dia ikhlas nak belikan aku baju bukan sahaja kerana apa2 tetapi kerana dia gembira,aku muridnya yang paling cerdas dan mudah dapat dalam kelas. Barulah mak setuju bila dengar alasan tu.Balik je sekolah, aku membonceng motor cikgu Jalil ke kedai baju. Baju yang cikgu Jalil beli aku pakai dari darjah empat sampai darjah 6 dan singkat juga sebelum aku menamatkan sekolah rendah dan memasuki sekolah berasrama. Tapi...jasa cikgu Jalil aku kenang sampai mati.Hanya dia sorang yang perihatin dengan kesusahan aku.
SELAMAT HARI GURU CIKGU....

Thursday, May 13, 2010

Gelora hari seorang ibu

Melihat gambar ini,teringat aku sewaktu melahirkan dan membesarkan kelima2 anakku.Along dilahirkan dgn segala kepayahan.Dari 7mlm hingga azan subuh keesokkan aku menanggung kesakitan.Di saat azan subuh,saat doktor memberitahuku bahawa anakku hampir lemas, aku hanya dapat memberikan kata putus, selamatkan anakku walau apa pun terjadi.Tuhan masih menyayangiku, ketika azan bergemundang,lahirlah puteri sulungku(14hb Mac 1987).Hanya airmata menitis kegembiraan, tubuh badanku lesu tak bermaya.Moga2 dengan keberkatan subuh, ia akan menjadi anak yang kuat ibadahnya, lemah lembut sifatnya,penyayang dan penuh ketaqwaan.Amin.


9 Mac 1988 aku melahirkan anak keduaku, seorang lelaki yang akan menjadi pasangan ank perempuanku.Sekali lagi aku bersabung nyawa dengan kesakitan kerana kembar darah.Masa itu, aku bersalin di kampung, suami ku di Sabah.Atas permintaan arwah mak,kerana along dilahirkan di sabah, maka angah akan dilahirkan di kampung. Petang waktu akan melahirkan, hujan ribut, aku bertahan dengan kesakitan yang tak terkata. Baru aku tau, sakit bersalin kembar air lebih baik dari sakit bersalin kembar darah.Azan asar aku selamat melahirkan.Agak mudah kerana anak ke2 barangkali.Doaku,moga dia akan menjadi anak lelaki yang kuat,agar dapat dipertanggungjawabkan menjaga kakak dan adik2nya kalau aku dan suami dah tak de nanti.


30hb Ogos 1987 aku lahirkan anak lelakiku yang ke2.Cukuplah untuk kawan angah.Melahirkan Uda, senang je.Macam biasa.Tapi selepas melahirkan,Uda sakit demam kuning. Aku terpaksa bersabung dengan kesakitan ibu yang baru melahirkan dengan tanggungjawab menjaganya di hospital.2minggu di hospital,tak tidor malam memastikan keselesaannya,mengganti lampin, menyusukan agar dia cepat sembuh tanpa menghiraukan kesihatanku.Pagi jam 8, suamiku datang mengambilalih urusan menjaga uda.aku balik ke rumah untuk sarapan dan mengambil ubat2an.Suami pulak menjaga sambil mengulangkaji pelajaran kerana ia akan menduduki peperiksaan STPM secara sambilan.Itulah pengorbanan ibu dan ayah.

Dua tahun berlalu, aku melahirkan anak yang keempat pada 1 Sept 1991.Melahirkan Acik, aku tak menghadapi masalah.Tetapi selepas melahirkan,6bln aku dan suami bercekang mata tak tidor kerana menjaga acik yang tak boleh ditinggalkan langsung.Kalau dibuaian, berhenti je tangan menghayun buaian, maka menangislah ia.Hidupku sepanjang dalam pantang hinggalah 5bln selepasnya memang tidak sempurna.Balik kerja, dalam kepenatan,memasak sambil memangkunya, membasuh baju menggendongnya, melipat baju sebelah tangan , tangan sebelah mendodoinya,begitulah rutinku sehingga 6bln barulah ia normal seperti kanak2 lain. Itulah kesabaran seorang ibu.

Setelah 7tahun berehat dari berjaga malam,aku dikejutkan kerana mengandung anak yang ke5.Sesuatu yang tidak dijangka tapi ia rezeki yang Allah berikan.Anak lelaki lagi. Nilah anak yang aku kendong ke hulu ke hilir, keluar rumah sebelum subuh, sembahyang subuh di masjid tepi jalan semata2 nak sampai ke tempat kuliah sebelum pukul lapan.Masa tu aku sambung belajar lagi di peringkat Diploma.Balik pulak,tumpang kawan,naik bas,tunggulak suami jemput barulah sampai ke rumah.begitulah perjalanannya dalam segala kepayahan menjalankan aktiviti kuliah dan di luar kuliah.Akhirnya, bila hari hendak dilahirkan tiba2 waktu subuh, dia tak bergerak lagi di rahim.Panik dan sebak melanda diri, berkejar ke hospital. Di hospital pemeriksaan kecemasan dilakukan.Rupa2nya dia dah terlampau besar di rahimku, hingga tak boleh bergerak lagi dan terpaksa dipaksa untuk dilahirkan.Selepas dimasukkan ubat, aku separuh mati menahan sakit.Baru aku tau, sakit semulajadi adalah Anugerahnya Tuhan kepada para ibu, tapi sakit melahirkan kerana dipaksa, memang menyiksakan.6 April 1998 lahirlah 'pepotsayang'(panggilan manja) dengan comel dan sihatnya.Tak banyak kerenah dan ragam.Tapi dia hanya 42hari bersamaku,selepas itu dia ku tinggalkan kerana menyambung ijazah di Universiti.Tinggallah dia dengan suamiku dan kakak serta abangnya.Memang pandai diajar, aku atur penyusuannya, tiap pagi Isnin,itulah saat terakhir dia akan menyusu badan kerana aku akan pulang ke Universiti.Rabu petang dia tau dia akan mulai menyusu badan semula kerana aku dah balik ke rumah.Begitulah rutinnya selama 2tahun dan dialah anak yang paling rapat denganku walaupun aku tinggalkan dia untuk belajar.

Sekarang,semua anak2ku dah dewasa.Selama ini aku kira aku telah menyempurnakan tanggungjawab dengan baik,memberikan kemewahan seada dan semampunya.Tapi ....bila terbaca catatan anak2,terdengar keluhan anak2 aku menjadi sebak dan sayu.Rupa2nya terlalu banyak yang aku tak mampu untuk memuaskan hati anak2.Tentang kasih sayang berbelah bagi, tentang hari jadi yang tak diingati, tentang masa yang mencukupi untuk bersama mereka dll.Seperti aku mahu lari ke hujung dunia, menjerit dan melaungkan, ibu mana yang tak sayangkan anak,binatang lagi tidak makan anak, inikan manusia,ibu mana yang tak ingat perjalananan hidup anak2nya, dan ibu mana yang tak pernah memikirkan kepentingan dan kebahgiaan hidup anaknya.Hanya kadang2 anak lupa tentang susah payah ibu bapa yang membesarkan, tentang pengorbanan ibu bapa untuk memenuhi keperluan si anak.


Ketahuilah wahai anak2,berapa banyak peluang dan ruang untuk ibu bapa menikmati kebahgiaan,kegembiraan,kesenangan yang terpaksa ditolak dan dilepaskan kerana pada masa itu anak2 lebih penting.Tahukah anak2 ibu bapa selalu tidak memenuhi keinginan diri sendiri kerana peruntukan itu lebih penting bagi si anak.Tahukah anak2 ibu bapa bertungkus lumus membanting tulang, tak lena tidor memikirkan bagaimana hendak mendapatkan rezeki lebih bagi menampung keperluan anak2. Tapi anak2 hanya tahu mengomel dan menyatakan rasa tak puas hati,benci dan sakit hati.


Pesanan akhir seorang ibu, JANGAN TERLALU BANYAK KITA MEMINTA,KERANA KITA SENDIRI PUN TIDAK PERNAH SEDAR BAHAWA TERLALU SIKIT YANG KITA BERI. Setitik air mata ibu, segaris luka dihati ibu hanya ia sahajalah yang bisa mengampunkannya.Berbahgialah jika kita diampunkan, celakalah jika kita dikutuknya.


Benar kata orang tua2 "SYURGA ITU DI TELAPAK KAKI IBU".

Wednesday, May 12, 2010

HANYA RENUNGAN

“ Selamat Hari IBU “
Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri.... Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........ Tapi kalau mak sudah tiada..... ..... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Tuesday, May 11, 2010

Selamat Hari Guru

'Selamat Hari Guru' kalimah yang mengesankan .Setelah hampir 30tahun berkecimpung dalam bidang perguruan aku semakin sedih melihat nilai seorang guru.Semakin hari semakin rendah perhatian terhadap insan yang bernama guru.Kalau dulu, sebut sahaja guru, semua orang tabik kepadanya. Megah dan bangga sesiapa saja yang punya suami,anak,ibu .bapa mahupun diri sendiri berkhidmat sebagai guru. Tapi kini kita semakin alpa dengan jasa yang ditabur oleh guru.Kita lupa nama guru kita di sekolah rendah, menengah,universiti mahupun yang mengajar alif, ba ta.Kedudukan,nama,pangkat, harta dan wang ringgit mengaburkan semua sifat kita.
Sedarkah kita di mana kita berada sekarang, adalah atas jasa seorang insan yang bernama guru.Seperti mana saja Osman Awang :

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki tahta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca


Sekian lama ,aku berpandu kepada lirik sajak ini. Aku ingin menjadi guru yang benar2 membantu,membimbing dan menjadikan muridnya benar2 berjaya. aku terpanggil untuk berkongsi dengan kata2 seorang guru besar di Miri Serawak. Katanya, kalau ingin menjadi guru yang berjaya , pemimpin yang berjasa dan dihurmati renungkanlah bait2 ini:

Kalau tidak mampu memuji,jangan mengeji
Kalau tidak mampu menyumbang,jangan menumbang,
Kalau tidak mampu berubah,Jangan menyanggah,
Dulu sawah, kini belukar,
Tempat bujuk beranak pinak,
diajar susah, dididik pun sukar,
kalau dipujuk harimau pun jinak...

Indah dan boleh direnung untuk dijadikan panduan kehidupan. SELAMAT HARI GURU . kepada semua guru di serata dunia.Moga2 kita akan menjadi guru yang disenangi.

Selamat Hari Ibu






Ibu yang telah melahirkan 6orang anak,mengharung segala keperitan dan kesengsaan dengan kerenah anak.Yang kadangkala menitiskan airmata kerana melihat kesusahan anak2 yang dibesarkan.Berusaha dan berkorban hingga ke saat akhir barangkali demi kasih sayang seorang ibu.




4 orang ibu yang masih bergelumang dengan samudera dunia. Berjuang untuk membesarkan dan memberikan kebahgiaan kepada anak2nya dan keluarga.Apakah mampu mereka mengharungi pahit maung dan getir kehidupan duniawi.Yang pasti apa yang dilakukan hanya untuk anak2.




Persoalannya, adakah si anak mengerti dengan pengorbanan si ibu tadi?Adakah anak2 tahu kesedihan dan kegembiraan si ibu? Yang pasti, terlalu banyak yang dipinta oleh si anak, tapi terlalu sedikit yang diberi oleh si anak. menjadikan si ibu hanya memendam segala rasa demi anak yang dikandung 9bln 10hari.
Oleh itu wahai anak, mengerti, kata2 'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu' sememangnya benar.Fikir dan renungkanlah sedalam2nya.
'SELAMAT HARI IBU UNTUK SELURUH IBU DI DUNIA INI'.





























Thursday, May 6, 2010

Seminar Serantau Guru Permulaan


5-7Mei 2010 mencatat sejarah di IPG Kampus Perempuan Melayu,Melaka.Saat ini berkumpulnya pensyarah2 IPG untuk berkongsi ilmu di bawah Program Penyelidikan. Di samping itu, berlangsung juga Pertandingan Inovasi.Aku tidak terkecuali menyertai Seminar Guru Permulaan. Banyak ilmu yang dapat aku timba.Terasa masa lompong di mana dan terpikir banyak perkara untuk dilakukan bagi membantu kualiti guru-guru permulaan.


Pertandingan inovasi juga sangat menarik.Banyak idea baru yang boleh digunakan .Ternyata penyarah IPG mempunyai daya, ilmu dan kepakaran hanya kurang digilap berbanding dengan universiti.Harap selepas ini ada pihak2 tertentu boleh buat sesuatu untuk meningkatkan tahap keilmuan dan profesionalisme keguruan.


Pembentangan kajian guru permulaan dari Filiphina juga sangat memberangsangkan. kadangkala perkongsiaan ilmu di peringkat antarabangsa ini sangat mengesankan. Seharusnya aktiviti seperti ini di laksanakan sekerap mungkin demi untuk menjadikan ilmu kita semakin meningkat dan tidak jumud.

Monday, May 3, 2010

Bertapa di Hutan Belum,Grik Perak




Keindahan Tasik Banding,Hutan Belum.Amek motivasi untuk menginap dalam hutan,tanpa talian hp, mandi air tasik,makan apa dihidang dan apa yang ada.Tahan ke?






Di luar kabin,tempat menginap.Bergambar kenangan sebelum memulakan aktiviti sepanjang 3 hari, 3 malam.








Oleh kerana hidup di sini sentiasa di air,maka kenalah belajar berjinak dengan air.Siap buat'water confident formacy' lagi.








Dah ready nak meredah hutan dara dan lautan pacat di rimba.Tapi sebelum bergambar ni, dah terserempak ngan tapak gajah dan kesan babi hutan.







Nilah bunga raflesia spesis kobis yang membuat kami mendaki puncak sejauh 2.5km.Nak tunggu kembang, bulan Ogos nanti.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin