Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

TPM dah umumkan Jumaat Cuti khas kepada semua sekolah dan intitusi di bawah KPM. Meloncat aku kegembiraan.Bolehlah aku mengemas rumah dan buat persediaan.Orang lain dah lama mengemas tapi aku,balik keja sampai umah 615 petang.Terus memasak untuk berbuka.Malam tarawih .Balik tarawih aku dah lepak. Tapi syukurlah masih ada ruang untuk aku mengemas. Semangat sikit nak raya.Hari ni je, dua orang anak aku yang di IPTA akan balik. Jawabnya meriahlah rumah aku yang dah lama kesunyiaan bila anak-anak semua di IPTA.Sok pula aku akan ke KL mengambil seorang lagi anak aku yang ada di IPTS.Aku bangga mengumpulkan anak-anak.Tak de yang paling nikmat selain dari berkumpul sekeluarga. Teringat aku masa semua anak-anak masih kecil.Masa itu baru 3 orang. Kawan baik aku pun 3 orang. Jadi seminggu sebelum puasa, aku pun ajak kawan baik aku berbuka di luar.Bayangkanlah meriahnya, 2keluarga dengan 6 orang kanak2 berumur sekitar 2-5 tahun. Bila tiba waktu berbuka, orang lain terus teguk air dan menyuap,tiba2 mereka dikejutkan suara anak2 kami yang membaca doa berbuka puasa sekuat2nya. Jadi terpaksalah orang yang dah makan berhenti dan tadah tangan.Taulah cara bacaan kanak2 tadika, berlagu2.aku dan kawan tak kata apa.Tiap kali ingat peristiwa ni,, aku tersenyum sendiri, membayangkan malunya orang dewasa dengan kanak2 bila terlupa baca doa berbuka.
Hari ni anak2 aku dah dewasa. Kalau zaman dulu mungkin aku dah bermenantu atau bercucu.Kadang2 terfikir juga aku macam mana bila mereka kawin dan ada anak, tentu meriah rumahku, dengan seorang menantu lelaki ,4 orang menantu perempuan,seorang anak perempuan,4 anak lelaki dan entah berapa cucu.Tentu tak terkata seronoknya aku memasak untuk mereka.Tapi...kadang2 aku dikejutkan oleh suami,jangan angan2 tinggi, apa kata kalau mereka tak balik umah kita,beraya di rumah mertua, tak ke awak menangis tak berlagu. jadi jangan mengharap. Biarlah masa menentukan. Ye, juga...sejak itu aku mematikan impianku. aku serahkan pada kehendak NYA. Akhirnya, buat anak2ku, maafkan mak kalau terkasar bahasa mendidik kamu semua, halalkan titik peluh kamu semua bila mak minta tolong apa2 sahaja,halalkan apa sahaja yang mak dan abah pakai bila ada apa2 sahaja yang kamu belikan, maafkan mak dan abah jika gagal memberi didikan ,tunjukajar dan keperluan seperti yang kamu kehendaki.Mak abah hanya dapat menyediakan apa yang termampu. Untuk anak2 mak abah, kami mendidik,mengasuh,membimbing dan menyediakan keperluan kamu semua, seadanya dan semampu kami. Maaf zahir bathin,Selamat Hari Raya aidilfitri.

Sunday, September 13, 2009

raya terakhir buat mak

Tiap kali hari raya, aku dan suami sejak kawin dah buat perjanjian, kalau raya aidilfitri tahun ni kat rumah mak aku, raya aidil adha kat umah mak mertua.Tahun depanlak, aidil fitri di rumah mak mertua, aidil adha kat umah mak aku.Tiap kali aku balik ke rumah pak cik aku di kampung kerana mak aku tinggal ngan dia, aku mesti cari mak kat pondok di hujung dapur umah pak cik aku.Bukan mak aku tinggal di situ, dia tinggal di bilik dalam rumah yang pakcik aku sediakan untuk dia. Tapi di pondok tulah tempat dia memasak dan duduk berehat. Bukan aku tak belikan dapur gas dan mesin basuh baju tapi katanya dapur kayu lagi sedap,baju dia pun tak banyak,pakai tangan je tiap kali mandi dah selesai.itulah perinsip mak. Aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran mak.Yang pasti, tiap kali aku balik jumpa dia ,aku akan jumpa dia di pondok tu. Kadang-kadang dia tengah masak, kadang-kadang tengah kukur kelapa,atau tengah termenung.Pandangannya jauh ke hadapan tapi kosong.Aku tau mak sedih dengan kehilangan abah, orang yang dia sayang,tapi dia nafikan kasihnya kerana kecewa abah tinggalkan dia tanggungan dua orang anak.Tapi aku anya tau tapi tak dapat mengongsikan kesedihannya kerana aku tidak dapat menjiwai kemurungan mak.(sebab tu aku belajar tentang kaunseling hingga sekarang.mungkin aku boleh tolong orang yang macam mak,sebab dulu mak tak boleh aku tolong)
Hinggalah satu tahun tu, bila aku balik mak cakap ngan aku, 'long, mata mak tak nampak lagi.Apa pun tak nampak.mak hanya bergerak mengikut kebiasaan, laluan yang biasa dan peralatan yang biasa. Macam nak menjerit aku mendengarnya.Macam mana boleh jadi begini. Rasa nak meraung pun ada. Pakcik aku bukanlah orang terpelajar,fahaman dia pun kolot tentang perubatan moden ni.Aku berpakat ngan suami, bawah mak ke hospital tempat aku tinggal. Mak macam nak pulak.Kalau tak tu, dia memang tak nak ke rumah aku, kerana mabuk naik kereta, nanti kotor kereta kena muntah. ni tak ,senang je dia ikut aku.
Bila aku bawak ke dr pakar mata, dr kata, dua-dua mata mak aku dah teruk kerana penyakit kencing manis.Lagilah aku terkejut. Tapi dr kata,masih boleh dibedah dan dalam masa sama mak mesti makan ubat kencing manis. Rezeki mak juga, bulan tu, adalah seorang cina yang tak jadi bedah, maka mak aku dapat tarikh pembedahan untuk mata kirinya dulu.Kalau tak entah kena q berapa lama lagi.Sementara menunggu tarikh bedah, aku bawah mak berubat cara kampung urut dan makan air rebusan bemban sekali dengan ubat hospital. Semua mak tak banyak kerenah macam selalu. Alhamdulillah,mak turun cepat kencing manisnya. Hari nak bedah,mak ok je, anya dia pesan 'tunggu mak ye, jangan tinggalkan mak'.'Ye jangan bimbang kataku.' Memang aku setia tunggu dan urus mak kerana aku tak penah, lupa macam mana mak tunggu dan urus kehidupan aku.Sepanjang mak lepas bedah ,aku jaga mak, mandikan, suapkan makan,cucikan najis .Aku redha walau pun penat balik keja dan mengurus keluarga.Tapi..mak lebih penat dulu membesar dan menyara aku.Akhirnya mak sembuh,dan dia bagi tau aku dia dah boleh menjahit semula.Nampak kegembiraannaya.sambil tu mak masih teruskan rawatan mata dan kencing manis. Hinggalah tahun 2003. Sekali lagi mak dapat rezeki ada orang tolak pembedahan, jadi mak dapat giliran cepat lagi. aku terfikir,mungkin mak dulu ikhlas besarkan aku dan tak penah anggap aku beban, maka mak diberi kelonggaran oleh Allah.akhirnya mak selamat dibedah. Dua-dua mata mak dah boleh melihat semula. Aku tumpang gembira.
Malangnya ramadhan tahun tu, mak nampak murung sangat.Dia macam tak kuat lagi.Malam nak bangun ke bilik air pun pakcik aku pimpinkan.Jadi pakcik aku pujuk dia tinggal ngan aku. Dia nak pula.Hari aku datang ambil mak kat kampung, mak dah siap kemas baju dalam beg, mak cakap tak payah kemas yang lain lagi. aku diam je. Pastu mak kata nak pergi buang air kecik, aku antar dia. Masa aku pimpin dia duduk di kerusi aku berdiri depan dia,dia tengah berdiri nak ikat kain, boleh tiba-tiba dia jatuh tersembam,pecah bibirnya.Aku tak tau macam mana boleh jadi gitu.dalam sekelip mata. Aku bawak mak ke hospital kena 4 jahitan.Yang peliknya mak sikit pun tak rasa sakit masa dijahit tanpa bius.Di rumah aku, mak tak jalan lagi, mandi,aku letak kaki mak atas kedua kaki aku,peluk kuat2 mak dari belakang, jadi bila aku berjalan,mak dalam tanggungan pelukan aku.Aku nak rasa susahnya macam mana mak jaga aku dulu.lepas mandi, sikatkan rambut,kasi makan,mak dah tak puasa lagi.Hinggalah hari ke sepuluh,sehari sebelum raya,masa orang sibuk masak ketupat rendang,mak anya terbaring.Sempat juga dia ingatkan cucu2nya hati2 panjat tangga masa cat umah,nanti jatuh.Aku terkejar-kejar kejap ke dapur ,kejap ke bilik tengok keadaan mak.Petang sebelum orang berbuka aku dah siap masak ketupat,rendang dan kuah kacang.Aku bawah kat mak.Dia cakap nak sikit cecah kuah kacang.aku cubit adalah sebesar sekutul nasi ketupat suapkan kat mak, mak sembur keluar.Aku minumkan dia air kopi kegemarannya,dia sembur ke dinding.aku suapkan ikan puyu masak lemak kegemarannya,dia muntahkan dan aku terpaksa mandikan dia semula dan pakaikan bajunya. Pastu aku menangis sendirian.Aku telan airmata.Tak mahu anak2 syak apa2.Aku telefon pakcik aku,minta dia datang tengok kakaknya.Bila dia tanya kenapa...aku hanya menangis tak tercakap apa yang terbuku di hatiku bahawa mak dah tenat.
Malam mak anya baring.Adik dia datang lidahnya dah kelu.Semalam lepas adiknya balik,dia tidur dibahu aku hingga pagi.Kul 4 pagi,aku sedar, aku tanya dia mak nak baring kat bantal ke?Dia mengangguk.Aku baringkan mak,aku selimutkan dan aku tengok mak tidur lena.Aku ke dapur panaskan makanan untuk sarapan pagi raya sambil berganti-ganti menjenguk mak di bilik.Jam 6 aku siap sediakan juadah,aku bawak air suam nak lap badan mak dan bersihkan lampinnya.Alangkah terkejutnya ,mak dah berak hitam macam bayi baru lahir.Orang kata itu tanda dah akhir hayat.aku menangis sambil bersihkan mak.Aku tugas baju dan kainnya.Aku bedahkan dan sikat rambutnya.Aku peluk dan cium mak. Nafas mak pun dah macam lembu kena sembelih.Aku nangis.Aku tau mak akan tinggalkan aku tapi aku tak sanggup cakap perkataan itu.Pastu aku bagitau suami, pergilah sembahyang raya ngan anak2, aku tak ikut.Jangan ke mana2 sebab mak dah lain macam. Tepat jam 10pagi, selesai orang sembahyang raya aidilfitri, mak pergi dengan senang, hari jumaat.Sebelum jam 12 mak selamat dikebumikan.Rupa2nya,inilah raya mak yang terakhir untuknya, dan yang terakhir untuk aku menjaga dan meraikan dengannya.Aku kehilangan, kerana aku tak punya sapa2 lagi selain suami dan anak2.Tiap aidilfitri aku tetap teringat mak, aku tetap menangis tapi aku tak tunjukkan pada suami dan anak2.Tak ada orang yang boleh sayang aku macam mak sayang aku.Kalau mak ada tentu mak bersama aku bila aku dalam kesedihan ,mendengar luahanku dll.Yang tinggal anya kenangan.....Mak sentiasa dihatiku.

Thursday, September 10, 2009

Bila pagi raya.....

Semakin kita mengira hari,semakin dekat aidilfitri. Setiap tahun ia dinanti dan diraikan.Bezanya bagaimana kita menyambutnya. Aku memang dah rutin,sederhana dan seadanya.Anak2 pun sedia faham(barangkali) dalam hati mereka aku tak tau.Aku nak kongsi tentang di pagi raya. Di kampung aku, tiap lepas solat aidil fitri berduyun2 orang menziarahi kubur. Aku pun tak terkecuali.Ziarah kubur arwah mak tercinta.Tahun ini dah 6thn mak pergi.Tahun lepas adalah satu peristiwa.Aku nampak sendiri satu keluarga tercari2 kubur maknya.Ke sana ke mari tak tau yang mana satu.Dalam hati ,barangkali lamanya dia tak menziarahi kubur maknya.Bila aku bercerita dengan kawan2,masing2 memberi pendapat,ada yang kata:
1.Kubur sekadar tanda.Nak berdoa kat umah pun boleh doa.Tak payah tunggu datang kat kubur.
2.Dah ramai yang meninggal setiap hari, kadang2 kita confius arah mana kubur mak kita.
3.Tak ziarah kubur bukan maknanya tak ingat, mungkin doa dia lebih berlambak2 doa kat umah.

Oh gitu ke? Akhirnya, aku buat kesimpulan sendiri, pada akulah,ziarah kubur itu sebagai satu kehadiran yang paling hampir.Sekurang2 kubur itu menggantikan diri pemiliknya, mengembalikan nostalgia semasa hidup bila kita datang menziarahinya.Pada anak2 saya berpesan, kalau saya atau suami dah tak de, ziarahi kubur .Kerana itulah peluang untuk kita berdoa.Jangan kata di rumah banyak masa utk berdoa,kadangkala kesibukan duniawi bila berdoa terlupa dan tak sempat doa utk ibubapa. Fikirkan lah....mak boleh jaga anak yang ramai, tapi anak yang ramai tak boleh jaga seorang mak. Bila dia tiada kita akan sedar pengorbanan dan erti seorang yang dipanggil mak. Mak aku sayang mak,rindu mak, sebab selama aku hidup hanya mak yang jadi kawan dan mak tempat aku berlindung.Belum puas aku berbakti pada mak, mak dah tinggalkan aku. Kalau mak ada tentu mak senyum lebar, along tahun depan dah jadi cikgu, angah dah abis belajar dan dah kerja,uda 2 tahn lagi, taufik setahun lagi ke California, dan akmal sekarang yang mak dukung dan jadi kawan bergaduh masa dia kecik dah 11 tahun. Mak....rindunya aku......

Tuesday, September 8, 2009

cerita raya lagi

pasal raya ni banyak yang aku nak kongsi.Bukan apa mungkin sebagai renungan,mungkin sebagai perkongsian atau mungkin sebagai pengajaran dan ikhtibar. Aku tak pernah lupa waktu aku susah. Malah ia menjadi kenangan yang sangat manis kini bila aku teringatkannya. Dulu aku kecik,pakai baju susah berganti,baju baru jauh sekali.2nd hand dari pakcik aku.Nasib tak jadi tomboy. Bila aku dah kawin dan ada anak,aku juga bermula dengan susah.Gaji kecik,anak kecik2 lagi.Tanggungan belanja aku besar. Tapi aku bangga kerana baru setahun keja aku dah ada umah sendiri.Jadi gaji yang kecil,potong lagi duit rumah lagilah kecik.Jadi untuk anak2 aku tak mewah mereka.seadanya.Pernah sekali tu, bila aku balik beraya bersama keluarga ,aku rasa sedih sangat bila ada yang menegur kain yang aku buat baju anak aku tak berjenis. Telan je airmata.Maklumlah baju tu harganya rm2.50 semeter.Tapi aku bangga baju tu aku jahit sendiri.Aku sendiri pakai baju kain murah. Suamilah pakai baju yang dipakai masa kami kawin dulu. Pada aku apa salahnya.Kami juga menyambut hariraya dan meraikannya.Tapi kerana semua keluarga lain pakai baju mahal berjenama 'kikilala'.'kiko',kami sekeluarga tersisih.Aku dan anak2 menyisih di satu penjuru.Berkat kesabaran aku dan suami,kami semakin senang.Rezeki dari allah.
Suatu hari aku pergi ke Maidin,jumpa baju rm2.50 semeter.Aku pun beli .Bukan kerana harganya tapi kerana coraknya.Lagipun apa bezanya kain mahal dan murah asal boleh di pakai.Yang seronoknya,bila aku jumpa orang yang pernah menegurku pasal baju anak tak berjenis ,kali ni puji baju aku, katanya, mesti kain mahal, kurang-kurang rm50 semeter. aku senyum je.Manusia padaku, tak pernah puas.
Pastu aku semakin sedar untuk bersyukur dan tidak membazir,setiap raya aku kumpul baju2 lama yang masih boleh dipakai dan elok coraknya, aku minta kawan2 buat yang sama.Baju2 ni aku susun dan antar ke masjid.Aku tulis di sana,sesiapa yang sudi ambillah.Jangan buang atau jual tapi pakai.Adalah 5thn aku buat keja tu.Ada setahun, tak sempat aku nak kumpul baju lama,tiba2 aku dapat mesej, cikgu bila nak kasi baju.Meleleh airmataku.Rupa2nya niat aku untuk tidak membazir rupa2nya ,ada orang lain yang gunakannya sebagai keperluan.Sejak itu aku semakin menghargai erti rezeki yang allah beri dan menghargai rezeki itu hingga ke titisan khidmatnya.Jadi kepada anak2ku, aku berpesan, jangan membazir.Kalau berlebih,kongsikanlah rezeki,kegembiraan kita bersama orang yang lebih memerlukan.Ia akan menjadi lebih indah lagi.

Sunday, September 6, 2009

Bila raya dah dekat

lebih kurang 13 hari lagi kita akan menyambut aidilfitri. Kemeriahan aidilfitri memang tidak dinafikan.Di radio dah mula berkemundang lagu-lagu raya. Saat2 beginilah aku terkenangkan masa kecik-kecik nak beraya. Masih aku ingat, macam susahnya aku dan mak nak menyediakan persiapan hari raya maklumlah kami orang miskin,ayah pula tak de dan tak penah ambil peduli. Tapi..aku cukup faham dengan kesusahan yang mak tanggung. Hari bagi kami orang miskin adalah saat yang paling mencabar untuk menyediakan keperluan seadanya.Kuih muih memang buat sendiri. Kuih kampung. Kuih moden memang tak menjamah.Seminggu nak raya aku dan mak bertunggus lumus buat kuih bahalu n bangkit kelapa.tak de oven.Bakar gunakan sabut.Cara tradisi. Berair mata kena asap. Leka je sikit kuih hangus.Pastu mak akan buat kuih ros atau kuih goyang kata orang NS.Kerepek pula pisang dan ubi kayu.Samada disira dengan gula atau garam je.Wajib dan dodol perkara wajib mesti ada.Semua aku masih ingat cara membuat dan dah aku praktikkan sejak aku kawin,bezanya sekarang pakai oven.
Tentang baju baru. Sebenarnya kat anak2 pun aku tak cite.Aku takde baju raya.aku beraya pakai baju putih sekolah n skirt yang mak beli dengan harga rm5 hasil jual sayur.Tu pun dah cukup mahal.Tiap tahun guna baju lama.Penah satu tahun tu, mak mampu belikan aku gown paras lutut, yang berlabuci,warna oren terang.Memang cantik.Harganya rm20 hutang ngan nyonya jual kain.Sepatu kulit tak original pun, harga rm10 pun hutang ngan nyonya tu. Tahun tu aku memang bergaya ngan baju cantik.Tapi lepas 2 hari raya mak simpan ,tak penah pakai sampai lah raya tahun depan. Malangnya aku dah cepat membesar, baju tu dah singkat dan agak sempit.tapi mak kata takpe sikit sempit pakailah.Sebab mak tak mampu berhutang lagi.aku pakai je.Kerana sehari je baju cantik.Raya kedua dah pakai kemeja lusuh dan seluar pendek yang diwarisi dari pakcik aku. Kasut kulit tu masih ada aku simpan hingga hari ini. Bila anak2 aku tanya ngapa masih simpan,aku cakap mak aku memang suka simpan barang2 kenangan. Padahal hanya mak dan aku yang faham betapa bernilainya kasut itu pada kami orang miskin.Baju nasib baik reput, kalau tak aku simpan juga.
Tapi..bila ada anak,aku cuba beri anak2 aku yang terbaik walaupun kadang2 anak2 tak suka dengan pilihan aku dan suami tapi mereka tak tau yang kami pilih tulah yang termampu. Aku selalu berdoa agar anak2 aku sedar tentang nilai mencari duit agar mereka tidak tergolong dari golongan orang2 yang lalai dan lupa tentang kemewahan, kesenangan semua datang dari allah dan ia bersifat sementara.

Wednesday, September 2, 2009

Yang Kurik itu kendi, yang indah itu saga

Yang cantik itu budi,yang indah itu bahasa. Pantun ini selalu bermain difikiran saya setiap kali saya terlibat dengan situasi yang berkait dengan budi bahasa. Memang orang tua kita zaman dahulu terlalu perihatin dan teliti dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Sebab itulah lahirnya puisi,pantun, peribahasa ,perumpaan yang sangat menepati sesuatu situasa. Contohnya, saya pergi ke pasar, ramai orang, berpusu2 akhirnya melanggar bahu saya,lantas saya mohon maaf , ' opps sory'. Yang terlanggar tadi, tak menoleh pun dan meneruskan perjalanan. Saya ke pasar malam, berpusu2 orang, seorang remaja memijak kaki saya, terjerit saya, dia menoleh dan berlalu pergi tanpa memohon maaf pada seorang yang boleh dipanggil ibu.
Bila melihat pantun, tadi alangkah manisnya kalau remaja tadi memohon maaf, tak rugi pun dan free of charge. Moral of the story, sekarang kalau saya ke pasar atau ke tempat ramai orang, ada yang melanggar atau memijak kaki tapi tak minta maaf, saya akan ikut orang itu, tepuk bahunya dan cakap ' en/cik/pn,terimakasih kerana melanggar/memijak dll .' Mungkin orang itu pelik dan cakap saya gila, tapi tujuannya hanya satu mengharap rakyat malaysia lebih berbudi bahasa.

YANG KURIK ITU KENDI,YANG INDAH ITU SAGA,
YANG CANTIK ITU BUDI, YANG INDAH ITU BAHASA.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin