Tuesday, June 30, 2009

maklumat praktikum pelajar kplibk jan 2009

kepada semua guru pelatih kpli bk ambilan jan 2009 yang sekarang berada di sekolah,saya mengucapkan selamat menjalankan tugas dan menimba pengetahuan sebanyak mungkin. Inilah masa untuk anda semua memahami suatu realiti kehidupan sebagai guru bimbing sebenarnya. Di IPG anda mendapat ilmu berbentuk teori tetapi di sekolah anda menemui hakikatnya.

3 buah sekolah telah saya pantau perkembangan awal guru pelatih.Ketiga-tiganya ada masalah tersendiri. Bagi saya masalah mereka adalah suatu yang sangat mencabar dan ia bagus belajar menjadi guru bimbing yang terbaik jika mereka mahu belajar dan mahu ditunjuk ajar.

Masalah mereka juga memberikan petunjuk kepada saya sebagai pensyarah di mana kelemahan pensyarah dalam membimbing guru pelatih.Bagi yang menemui masalah yang tak sempat berhubung dengan saya, jumpalah wawa,zalienda,azura,siti,umi dan wid.saya telah banyak berbincang dengan mereka,ada bahan pada mereka. cuba kongsikan bersama.

Tuesday, June 16, 2009



















Lama merancang, melalui pelbagai kesukaran, akhirnya Kem Silang Budaya guru-guru pelatih kpli-bk ipgm kampus perempuan melayu melaka berjaya juga menjejakkan kaki ke daerah semporna, sabah pada 22 Mei 2009. Sambutan yang diberikan amatlah di luar jangkaan. Dengan paluan kompang oleh pelajar-pelajar SK.Bugaya kami rasakan seperti berada di kampung halaman sendiri. Dari sinilah bermulanya majlis penyerahan anak angkat di mana dalam satu upacara ringkas 20 0rang guru pelatih kpli-bk telah diserahkan kepada 10 keluarga angkat yang begitu gembira menerima mereka.
23 Mei 2009 pelatih-pelatih ini mengendalikan kem motivasi bagi 135 orang pelajar tahun 6. Satu kajian ringkas tentang pencapaian prestasi pelajar juga telah dijalankan bagi membantu pihak sekolah membuat post mortem dan tindakan lanjut sebelum menjelang peperiksaan UPSR.Ceramah motivasi telah disampaikan oleh En. Nasaruddin Ghazali dari Jabatan Ilmu Pendidikan sementara En.Khairul Ismail juga pensyarah Jabatan Ilmu pendidikan menyampaikan ceramah keibubapaan pada sebelah petangnya. Sambutan dari ibubapa juga amat menggalakkan.

Pada sebelah malamnya pelajar-pelajar dibiarkan meneroka kehidupan dan budaya masyarakat bajau di semporna, sabah bersama keluarga angkat masing-masing. Ini merupakan tugasan mereka yang akan dibawa balik dalam bentuk monograf.

24Mei kami telah dibawa mengembara ke Pulau Mabul ,sebuah pulau pelancongan yang indah.Tetapi yang menariknya di sinilah terdiri sebuah sekolah yang bakal bersaing untuk merebut gelaran sekolah harapan negara yang menjadi impian Guru Besar dan warga SK Mabul.

Sepanjang sejam perjalanan kami memikirkan bagaimanakah perasaan guru-guru yang bertugas di sini tanpa sebarang tempat hiburan dan shopping complex.Yang ada hanya lautan, penghuni tetap pulau dan pelancong.tahniah kepada mereka yang sanggup mencurahkan khidmat di sini.u
Sebelah malam kami dihiburkan dengan kebudayaan sabah seperti tarian igal-igal dan persembahan sambulayang. Kami juga diberikaang tidak peluang menjamah pelbagai jenis juadah suku kaum bajau yang tidak terdapat di semenanjung.

25Mei 2006 satu upacara penutup kem silang budaya di SK.Bugaya semporna telah berlangsung di dewan bugaya. Pelatih-pelatih telah dikembalikan semula kepada pensyarah-pensyarah. Majlis yang berlangsung dihadiri pegawai pelajaran daerah semporna,En Pairin Intang,En. Ridwan dan En.Mohammad
26Mei 2009 kami telah bergerak ke daerah Tawau untuk meninjau perkembangan kaunseling di IPGM Tawau. Malangnya pelajar kpli-bk sedang menjalankan Program Berasaskan sekolah.Jadi pihak IPGM Tawau hanya menemani kami bersiar-siar di pekan tawau sambil menilik-nilik cenderamata yang akan di bawa pulang .tentunya mutiara yang terkenal di sini.
Walau apapun pengalaman di sini sangat menarik dan tidak mungkin dilupakan. Harapan kami penghasilan monograf ini akan membantu pelajar-pelajar kpli bimbingan kaunseling dalam memahami konsep sebenar silang budaya.





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin